Ruang Iklan Untuk Disewa

Jom Ketawa Sama-Sama Ha! Ha! Kelaka Wei!

Assalamualaikum,

Hari ni nak share sesuatu. Sy baca mesej ni sampai gelak sakan. Sangan kelakar okay. Ada 25 selected funniest Auto Correct Fails of 2012. Lagi banyak korang baca, lagi banyak korang ketawa haha...



























Drive Carefully Don't Speed Like Crazy


Assalamualikum,

Korang kalau dengan pasangan korang, selalu tak macam gini?
Saya pun bising jugak kadang-kadang.
Hari tu boleh encik suami pergi berlumba ngan ada satu kereta ixora ni.
Dahlah malam2 buta pulak tu. Berlumba kat jalan kampung 140km/jam.
Rasa nak tercabut jantung sambil pegang anak.
Memanglah jalan kampung tu sunyi TAPI GELAP!
Dia geram punya pasal sebab ixora tu cucuk2 belakang kereta sambil bg lampu tinggi.
Nak ikut mmg sy pun bengang bila ixora tu tunjuk lagak kat jln kampung.
Tapi dari kita ikut rentak dia baik kita berhati2 di jalan raya kan?
Kalau ixora tu nak mampos, biar dia mampos sorang2.
Tak payahlah kita ikut sekali. Seriously, lepas kejadian tu mmg rasa fobia.
Sekarang kalau dia TER speed lebih je, sy tegur mcm avatar di atas tu.
Suh encik suami speed standard je 80km-90km je.
Asoi... stress kadang2 bila fikir lelaki bwk ketera.

Mahirah Can't Take It Anymore

Assalamualaikum,

Sejak masuk biggest loser ni, banyak makanan yang aku gemar kena cantas habis-habisan.
Hopefully dengan usaha ini dapatlah aku berdiet dengan baik.
Yang penting pola pemakanan kena betul.
Tak boleh ambil makanan sesuka hati dah.
Semua kena ambil yang healthy food.
GAMBATEH MAHIRAH!

Aku Hadiah Anniversary Terbaik Katanya?


Assalamualaikum,

Hari ni hari anniversary kami yang ke 7 tahun perkahwian. 
Alhamdulillah... semoga usia perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat.
Di tanya pasal hadiah kat suami, dia nak hadiah apa? Malas nak berahsia2 sangatkan.
So jawapannya "Sayang adalah hadiah terbaik untuk abang." katanya.
Saya jawab. "Ehm... yalah..."
So, tak adalah hadiah untuk diakan kalau itu jawapan dia?
Nghehehe...

Terima kasih my lovely husband kerana menjadi pemimpin terbaik dalam keluarga kita.
In shaa Allah biarlah ia kekal abadi selamanya.


Apa Dah Jadi Dengan Blog Saya?

Assalamualaikum,

Apa dah jadi dengan blog saya ya? Korang jadi tak macam ni?


Shopping Novel Lagi Ngeee...

Assalamualaikum,

Semalam saya dah terima novel yang saya beli dari Kaki Novel. Kaki novelkan ada buat offer RM10 sebuah novel pada bulan october baru-baru ni. So, kami yang rambang mata ni pun boronglah 8 buah buku untuk di baca masa lapang nanti. Malangnya kami cuma terima 7 buah je. Masih deal dengan kaki novel, apa cerita dengan 1 buah novel lagi yang dia orang tak poskan tu? Dapat ke tidak? Kalau tak dapat atau dah sold out, gantikanlah dengan novel lainkan? Janganlah pos kurang dari oder bayaran yg dah dibuat. Tapi mereka cuma senyap je huhu.. Kecewa makcik tau...

Tajuk Novel yang saya order:
1. Kerana C.I.N.T.A - tak terima
2. Penjara Rindu - terima
4. Seandainya - terima
5. Ops! Pintu Hatiku - terima
8. Kerana Sebuah Janji - terima

So, berbalik pada cerita tadi. Inilah dia novel2 yang kami beli. Tak taulah, buku karangkraf yang hari tu pun masih tak baca lagi. Sy dah tambah lagi buku dari kaki novel. Mujur ler saya share dgn kawan sorang 4 buah buku beli. Nanti buat sistem bater jelahkan. Pinjam2 sesama sendiri kalau dah habis baca. Sy suka beli novel buat koleksi. Kawan sy beli novel mmg dia pulun baca sungguh2. Hope lepas dah selesai tugas mengarang SAJS ni, dapatlah sy pulun baca semua novel2 ni semua.



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia