Shopping Novel Lagi Ngeee...

Assalamualaikum,

Semalam saya dah terima novel yang saya beli dari Kaki Novel. Kaki novelkan ada buat offer RM10 sebuah novel pada bulan october baru-baru ni. So, kami yang rambang mata ni pun boronglah 8 buah buku untuk di baca masa lapang nanti. Malangnya kami cuma terima 7 buah je. Masih deal dengan kaki novel, apa cerita dengan 1 buah novel lagi yang dia orang tak poskan tu? Dapat ke tidak? Kalau tak dapat atau dah sold out, gantikanlah dengan novel lainkan? Janganlah pos kurang dari oder bayaran yg dah dibuat. Tapi mereka cuma senyap je huhu.. Kecewa makcik tau...

Tajuk Novel yang saya order:
1. Kerana C.I.N.T.A - tak terima
2. Penjara Rindu - terima
4. Seandainya - terima
5. Ops! Pintu Hatiku - terima
8. Kerana Sebuah Janji - terima

So, berbalik pada cerita tadi. Inilah dia novel2 yang kami beli. Tak taulah, buku karangkraf yang hari tu pun masih tak baca lagi. Sy dah tambah lagi buku dari kaki novel. Mujur ler saya share dgn kawan sorang 4 buah buku beli. Nanti buat sistem bater jelahkan. Pinjam2 sesama sendiri kalau dah habis baca. Sy suka beli novel buat koleksi. Kawan sy beli novel mmg dia pulun baca sungguh2. Hope lepas dah selesai tugas mengarang SAJS ni, dapatlah sy pulun baca semua novel2 ni semua.



2 comments

March 2, 2014 at 1:10 PM

best nyaaa. nakkk! klu boleh bagi satu rak pon ok! xD

March 2, 2014 at 1:51 PM

skang ni tengah sale bukukan? akak fikir 10 kali nak beli sbb yg tahun lepas punya tak habis baca lagi haha

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia