Assalamualaikum korang!
Selesai sudah segmen blogwalking ogos KM, tepat pada 11.59pm malam tadi.
Haaaa... KM syukur sangat-sangat sebab sambutan segmen sangat menggalakkan.
Terima kasih pada korang semua sebab sudi meletakkan diri sebagai peserta segmen ni.
*cewah mula poyo dah Mahirah ni.*
Nampak tak kelebihannya bila berblogwalking?
Nampakkan?
Pageview naik dan follower pun insyaAllah bertambah.
Tak apa, ini permulaan yang baik.
Lepas ni insyaAllah, KM akan buat lagi segmen macam ni.
Korang tunggu jelah ya.
Okeh!
Alhamdulillah... seronok sangat tengok.
Seramai 105 orang peserta sporting yang menyertai segmen KM ni.
Seperti yang dijanjikan, KM akan beri sumbangan hadiah duit raya kepada peserta yang bertuah.
Ingat lagikan?
Kepada top referral, akan menerima duit raya berjumlah RM10
Manakala 5 peserta bertuah lagi akan menerima duit raya berjumlah RM5
DAN
*Jeng! Jeng! Jeng!*
Ada lagi hadiah yang KM nak bagi kat korang, ngehehe! (^^,)
Apa hadiahnya tu?
Haaaa... itu rahsialah! Mana boleh bagitau. Ngeee...
Okeh, memandangkan peserta segmen mencecah lebih daripada 100 peserta, jadi ada tambahan 5 hadiah misteri yang akan KM sumbangkan kepada 5 lagi peserta bertuah.
*Eh! Eh! Ada tambahan hadiah pulok si Mahirah ni?*
Iyalah! Korang tak nak ke?
Orang nak bagi hadiah free ni haha.
Kalau tak nak, tak apa.
KM tarik balik 5 hadiah misteri tu kang haaa...
Nak ke tak nak?
Haha!
Jadi ada 11 peserta yang KM cari untuk segment ni!
Okeh, KM akan umumkan pemenang bertuah dalam masa terdekat ni.
Jadinya, korang silalah alert ya.

Oh, sementara tu korang boleh blogwalking lagi tau senarai peserta di bawah ni sampai KM umum pemenang.
