Assalamualaikum korang!
Haaa... kali ni aku nak share ngan korang satu info ni.
Semalam aku ada share gambar orang letak handbag kat cermin belakang kereta kan?
Yang mana bahaya tau buat macam tu.
Mengundang jenayah pecah kereta.
*Konon-konon concernlah nikan?*
Nah sekarang info pasal kertas tertampal pada belakang kereta pulak.
Cuba korang baca info dari PDRM ni.
Aku dapat info ni pun dari wassup group.
Dan haruslah aku sharekan?
Aku percaya, mesti korang pun dah dapatkan info nikan?
Jadinya, silalah berhati-hati.
Dinasihatkan kalau ada kertas tertampal kat belakang kereta, janganlah pi rajin nak tanggalkannya.
Sila teruskan perjalanan seperti biasa.
Takut ada penjahat dah standby untuk curi kereta masa korang tanggalkan kertas tu.
So, take care tau korang.