Jadi hasil kiraan umur chronological dan corrected age Uzair seperti kat atas tu. Sekarang dia dah genap 3 bulan tapi corrected age dia 3 minggu. Macam baby baru lahir. Fresh from oven gitu. Memang fizikal dia pun macam newborn. Menangis pun bunyi macam baby baru keluar dari perut.
Semalam KM bawa dia pi check up kat HPJ. Biasalah, baby prem ni banyak susulan check up. Sejak bersalin, bermulalah episod anak pulak kena pi check up kat hosp. Doctor nak tengok perkembangan baby prem ni dari semasa ke semasa. Ikut kembang macam baby normal ke tidak.
Uzair ni dah tiga bulan tapi berat terkini 2.4kg. Doctor kata tak cantik. Kalau tengok dalam graf pun dia bawah line. Sepatutnya kalau umur dia tiga bulan, beratnya kena cecah 3++kg. Doctor kata dia boleh kejar umur baby normal.
Bagi KM pulak, tak mau paksa. Janji baby sihat dan perkembangan dia cantik tu dah kira besar rahmat. Ala.. biasalah kalau menyusu badan, dia gunakan tenaga untuk minum. Jadi sebab tu berat dia lambat naik.
KM puas hati bila sekarang perkembangan dia dah pandai nak try ngoceh (berborak style dia la) Bila kita bercakap-cakap, dia reply dengan senyuman yang comel. So, ada improvementlahkan? KM ingat lagi masa Zulaikha dulu pun 3 bulan jugak pandai buat semua tu.
InshaAllah, baby prem ni kita tak boleh push sangat. Ikut je rentak dia. Yang penting rajin berbual dan buat massage kat dia supaya cepat membesar. Doctor je terlebih risau. Lepas ni kena check telinga pulak.
Hari tu masa rooming dengan dia dah check pendengaran dah. Cuma sebelah kanan je pass 100%, sebab masa tu dia tidur dengan lenanya. Sebelah kiri tak lepas sebab dia tak nyenyak tidur. Lepas 70% je. Nak uji pendengaran baby ni kena buat time dia tidur. Kalau dia tak tidur, memang payah nak lepaskan 100%
Lepas ujian pendengaran, nak followup echo jantung pulak. Hari tu masa lahir Uzair ada lubang kat jantung sebesar 1mm je. Sampai 2 bulan nak discharge memang besar tu je. Dan doctor kata ada bunyi sikit kat dada.
My instinct, jantung dia ok. Lubang tu akan tutup sendiri bila dia dah besar nanti. Doctor yang check dia masa di NICU dulu pun dah cakap benda yang sama. So just monitor perubahan muka. Jangan sampai oksigen tak sampai. Kena monitor pernafasan dia. InshaAllah tak ada apa. KM percaya ALLAH lindungi anak miracle ni.
Hasil ujian darah hari tu, alhamdulillah. Semuanya ok. Cuma Uzair confirm ada G6PD. KM pun tak tau mana datang G6PD ni sebab dalam sejarah keluarga kami, nilah baru pertama kali anak lelaki kena G6PD. Jadi, dia special care sikit dalam big family kami. Semua kena control. Kena jauhkan dia dari kekacang dan ubat gegat, ubat nyamuk dan segala benda racun la.
Tapi ni pun KM guna instinct mother. InshaAllah tak ada apa. Allah akan pelihara dia sampai besar. KM tak mau susah hati sangat. Baby ni semangat dia datang dari pada mak dia. So KM kena kuat. Kalau KM kuat, baby pun mestilah kuat.
Hasil check up semalam, doctor suruh setiap minggu pi check up timbang kat KK. Sampai dapat berat yang ideal seperti yg doctor nak tu. Next check up 30 Julai. Nanti KM update lagi ya. Daaa...
3 comments
mmg bb pre ni penjagaan dia kena lbh.. semoga bb uzair membesar dgn sihat ye..insyaAllah
semoga baby awk sihat membesar..selamat menyambut syawal akan dtg 9hari lg
Nice sharing...