Ruang Iklan Untuk Disewa

Ujian Prestasi Tadika Zulaikha

Assalamualaikum

Lama tak dengar khabar korang.
Tunggu habis 1st trimester nanti baru KM aktif semula cam dulu.
Doakan kesihatan KM dan baby baik2 ya.
Kali ni KM nak cerita pasal Zulaikha.
Baru-baru ni Zulaikha duduki exam.
Kesian dia, KM tak dapat nak fokus sangat pada dia sebab alahan ni.
Ayah dia pula kerja shift memang tak sempat nak tengokkan.
Yang pilunya tu dia pandai belajar sendiri melalui nota latihan yang cikgu dia ajarkan.
Tak payah di suruh, balik je sekolah dia cuma cakap, cikgu suruh baca buku.
Memang sungguh pun dia baca buku petang tu.
Malam pulak dia main-main.
Sambil main tu suka menghafal apa yang cikgu ajarkan.
Bila macam ni KM cuma mampu doa mudahan exam dia dapat jawab dgn cemerlang.
Dia 4 tahun, jadi KM tak mahu push sangat.
Ikutlah mampu dia faham macam mana.

Kelmarin, cikgu bagi result pada pakwan.
KM masa tu stay dalam kereta.
Nampaklah fail kuning kat pakwan dan terus hulur kat KM.
"Mama, ni kertas ujian Zulaikha." kata pakwan.
"Ya ke? Ok ke tak result dia?" soal aku.
"Cikgu suruh tengok sendiri." kata pakwan.
KM dah berdebau-debau dah dengar cam gitu.
Ok ke tidak, cemerlang ke tidak.
Tapi KM tak harap markahnya tinggi sangat.
Sebab KM tahu kemampuan dia.
At the end inilah dia hasil ujiannya.


Ya Allah, syukur alhamdulillah.
Terharu sungguh tengok keputusan dia sampai nangis2 aku pelok2 dia tau.
Dia pun pelik tengok aku nangis2 sambil pelok dia.
Maklumlah, mak buyung cepat tersentuh bila adengan2 macam ni terjadi haha.
Tak sangka ujian akhir tahun dia dapat markah cemerlang.
Dalam kelas dapat no dua kata cikgu.
Beza point dengan budak yang dapat no satu tu cuma dua point je dengan dia.

Matematik 93%
English 97%
Bahasa Malaysia 100%
Jawi 100%

Sayangnya dia tak dapat ikut pergi ambil hadiah di pahang sebab keadaan mak dia macam gini.
Jadi, dia di beri hadiah lebih awal di sekolah.
Kesian tengok, kawan2 semua ambil bahagian persembahan frozen, dia follow tapi tak ada baju frozen.
Jadi tadi cikgu dia pun call KM dan tanya,
"Akak tak nak hadiahkan baju frozen untuk ika ke?" tanya cikgu.
KM ni bukan tak mau, sebab tau baju tu sendat hanya pakai sekejap, memang tak adalah nak beli untuk diakan? Lagi pun dia tak masuk persembahan, buata apa beli huhu.
Cikgu pun sambung buat mak buyung ni jadi pilu sekali lagi.
"Kesian saya tengok dia. Dia tengok je kawan-kawan dia pakai kat sekolah masuk persembahan tapi dia tak masuk, jadi tak dapat pakai. Akak belilah satu untuk dia. Ada lagi satu extra memang saya beli untuk dia. Hadiahkan pada dia sempena kejayaan dia dapat no 2 dalam kelas."
Jeng..jeng..jeng..
Cikgu dah cakap cenggitu, mana maunya tak beli kan?
Sudahnya teman pun cakaplah kat cikgu.
"Yalah, reservedkan untuk zulaikha satu."
Kesian pulak ku dengar anak aku pandang je anak orang lain semua ada baju frozen.
Hah.. nanti kalau dah ada baju frozen tu, ku tunjuk pulak kat korang ya.
Oklah tu je nak cerita.
Daa..



23 comments

November 12, 2014 at 4:54 PM

tahniah zulaikha !
suka tengok bila kanak2 cemerlang... semoga menjadi insan yang cerdik pandai... tak sabar nak tengok baju frozen...

semoga kak KM dan baby sihat walafiat selalu... amin...

November 12, 2014 at 4:58 PM

Km!!!!!!! Penyakit berjangkit dahsyat nooo....ada muntah2 ka?hihi nk tny kat sini :p irrayyan.com

November 12, 2014 at 5:07 PM

tak habis lagi ye demam frozen ni..hehe

November 12, 2014 at 5:15 PM

kak KM cepat tersentuh ye.. alololo... jage kesihatan taw.. tahniah ika dapat markah cemerlang :)

November 12, 2014 at 5:18 PM

tahniah zulaikha.. :)

November 12, 2014 at 5:47 PM

pandainya ika... tak pe la kak.. bg la dia bju frozen tu, kecian plak nnt dia tgk je kawan2 dia pakai. biar merasa =)

November 12, 2014 at 6:05 PM

pndi plak cikgu tu psiko KM hehe

November 12, 2014 at 6:28 PM

wah.. hebat pencapaian beliau.. semoga terus berjaya nanti ya..
Mama Niza

November 12, 2014 at 8:48 PM

Allah. Besar dah zulaikha. Macam tahu2 je mak dia tengah sarat. Terharu scha baca. haha.

Jaga diri taw kakk. muah muahh!

November 13, 2014 at 7:31 AM

Zulaikha anak yg memahami...ada sesetengah budak, mau mengamuk nak...semoga jadi anak yg solehah ye sayang....

November 13, 2014 at 7:46 AM

Tahniah dulu buat anakanda Zulaikha. Yelah... kesian kalau tak belikan. Tak apalah demi memberi semangat dan tanda syukur juga dia cemerlang kan...

November 13, 2014 at 8:45 AM

@irra yyan ada jugak muntah2 huhu.. tu yg lemau je setiap hari... kdg2 tak layan tapi terlayan jugak... tak boleh tahan...

Anonymous
November 13, 2014 at 2:36 PM

tahniah zulaikha..

November 14, 2014 at 6:56 AM

wahhh tahniah zulaikha... sofea ni pun minat frozen...

- Mia Liana -

November 14, 2014 at 2:29 PM

Tahniah Zulaikha :)Semoga terus cemerlang :)

November 15, 2014 at 5:54 AM

wahhh bijaknya zulaikha.... meh nak upah kiss satu! belajar rajen2 yer :D

November 15, 2014 at 3:07 PM

saya yg bace ni pun terharu dgn kesungguhan dia.. inikan pulak KM.. alhamdulillah sejuk perut KM mengandungkan dia.. =)

November 15, 2014 at 5:02 PM

hehe. proses nak jadi ibu ni.. memang cepat tersentuh la kan ^^,

alhamdulillah. result memang membanggakan. memang kena ler beli baju tu.. sian dia. hhe

November 17, 2014 at 7:16 PM

Zulaikha pandai!
Pandai cikgu tu buat sales clear stok! Hahaha...

November 23, 2014 at 1:20 PM

tahniah buat adik zulaikha ^____^ wah wah! daebak! pandai orangnya, hikhik.

November 29, 2014 at 9:12 PM

tahniah zulaikha.queenpink tengah pregnant anak sulung..alami alahan yang teruk juga.

December 4, 2014 at 8:26 AM

Tahniah buat zulaikha....
Semoga semuanya dalam keadaan baik KM

December 15, 2014 at 4:21 PM

Alhamdulillah.. Tahniah zulaikha...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia