Ruang Iklan Untuk Disewa

Ujian Prestasi Tadika Zulaikha

Assalamualaikum

Lama tak dengar khabar korang.
Tunggu habis 1st trimester nanti baru KM aktif semula cam dulu.
Doakan kesihatan KM dan baby baik2 ya.
Kali ni KM nak cerita pasal Zulaikha.
Baru-baru ni Zulaikha duduki exam.
Kesian dia, KM tak dapat nak fokus sangat pada dia sebab alahan ni.
Ayah dia pula kerja shift memang tak sempat nak tengokkan.
Yang pilunya tu dia pandai belajar sendiri melalui nota latihan yang cikgu dia ajarkan.
Tak payah di suruh, balik je sekolah dia cuma cakap, cikgu suruh baca buku.
Memang sungguh pun dia baca buku petang tu.
Malam pulak dia main-main.
Sambil main tu suka menghafal apa yang cikgu ajarkan.
Bila macam ni KM cuma mampu doa mudahan exam dia dapat jawab dgn cemerlang.
Dia 4 tahun, jadi KM tak mahu push sangat.
Ikutlah mampu dia faham macam mana.

Kelmarin, cikgu bagi result pada pakwan.
KM masa tu stay dalam kereta.
Nampaklah fail kuning kat pakwan dan terus hulur kat KM.
"Mama, ni kertas ujian Zulaikha." kata pakwan.
"Ya ke? Ok ke tak result dia?" soal aku.
"Cikgu suruh tengok sendiri." kata pakwan.
KM dah berdebau-debau dah dengar cam gitu.
Ok ke tidak, cemerlang ke tidak.
Tapi KM tak harap markahnya tinggi sangat.
Sebab KM tahu kemampuan dia.
At the end inilah dia hasil ujiannya.


Ya Allah, syukur alhamdulillah.
Terharu sungguh tengok keputusan dia sampai nangis2 aku pelok2 dia tau.
Dia pun pelik tengok aku nangis2 sambil pelok dia.
Maklumlah, mak buyung cepat tersentuh bila adengan2 macam ni terjadi haha.
Tak sangka ujian akhir tahun dia dapat markah cemerlang.
Dalam kelas dapat no dua kata cikgu.
Beza point dengan budak yang dapat no satu tu cuma dua point je dengan dia.

Matematik 93%
English 97%
Bahasa Malaysia 100%
Jawi 100%

Sayangnya dia tak dapat ikut pergi ambil hadiah di pahang sebab keadaan mak dia macam gini.
Jadi, dia di beri hadiah lebih awal di sekolah.
Kesian tengok, kawan2 semua ambil bahagian persembahan frozen, dia follow tapi tak ada baju frozen.
Jadi tadi cikgu dia pun call KM dan tanya,
"Akak tak nak hadiahkan baju frozen untuk ika ke?" tanya cikgu.
KM ni bukan tak mau, sebab tau baju tu sendat hanya pakai sekejap, memang tak adalah nak beli untuk diakan? Lagi pun dia tak masuk persembahan, buata apa beli huhu.
Cikgu pun sambung buat mak buyung ni jadi pilu sekali lagi.
"Kesian saya tengok dia. Dia tengok je kawan-kawan dia pakai kat sekolah masuk persembahan tapi dia tak masuk, jadi tak dapat pakai. Akak belilah satu untuk dia. Ada lagi satu extra memang saya beli untuk dia. Hadiahkan pada dia sempena kejayaan dia dapat no 2 dalam kelas."
Jeng..jeng..jeng..
Cikgu dah cakap cenggitu, mana maunya tak beli kan?
Sudahnya teman pun cakaplah kat cikgu.
"Yalah, reservedkan untuk zulaikha satu."
Kesian pulak ku dengar anak aku pandang je anak orang lain semua ada baju frozen.
Hah.. nanti kalau dah ada baju frozen tu, ku tunjuk pulak kat korang ya.
Oklah tu je nak cerita.
Daa..



Dulu Suka Hijau Sekarang Kenapa Tak Boleh Tengok Hijau?

~auto publish~


Kesian sungguh dengan diri ni.
Dulu green addicted tapi buat masa sekarang tidak lagi.
Tak boleh tengok green langsung.
Laptop sticker warna green pun sanggup cabut.
Nasib baik la ku tak suruh pakwan cabut wallpaper bilik daun green.
Kalau tidak pengsan dia haha.
Tabahlah duhai hati.
Lagi sebulan je nak masuk 2nd trimester.
InsyaAllah morning sickness akan hilang.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia