Assalamualaikum!
Hai korang! Hari ni nak cerita pasal matlamat.
*Haha... apa mimpi pulak si mahirah ni nak cerita pasal matlamat?*
Sebenarnya kak KM dah bosan kerja keluar pagi balik petang.
Sebab apa bosan? Sebab buat rutin yang sama je setiap hari.
Kak KM sedar, dalam satu hari tu kita akan habiskan masa di tempat kerja dalam 10 jam betul tak?
Kadang-kadang lebih dari 10 jam bekerja balik malam2 buta.
Macam mana masa dengan keluarga? Masa dengan suami dan anak-anak?
Bagi yang bujang, nak kumpul harta, kumpullah dari sekarang.
Nanti bila korang dah berumah tangga, korang pun akan rasa perkara yang sama.
By right, korang dah banyak harta, dah ada matlamat nak bekerja sendiri ke tu terpulang.
Nak decide berhenti kerja pun tak mengapa sebab dah yakin kestabilan hidup.
Kenapa kak KM terfikir macam ni?
Satu masa dulu kak KM pernah sertai dua ceramah motivasi kewangan.
Ceramah dibentangkan oleh Tuan Syed dan Tuan Shamsudin Kadir.
Yang mana selepas kak KM dengar ceramah tu kak KM terus insaf dan terasa banyak sangat kesalahan kak KM buat sepanjang bekerja.
Ya Allah, mujur kesedaran tu ada dan belum terlambat untuk kak KM betulkan semula.
Ke dua-dua ceramah ni kak KM suka dan ingat sampai bila2.
Kak KM ringkaskan cerita ya.
Macam tuan Syed beliau pernah ceritakan kisah silamnya yang pada masa dulu pernah jatuh dan muflis.
Berhutang dengan bank hampir 2 juta ringgit sampai sekarang tak habis.
Pernah turun naik mahkamah pasal hutang yang tak habis-habis ni.
Sampai timbul kesedaran, sampai bila nak jadi macam gini?
Dah muflis, tak ada duit nak bayar, beliau pun merantau luar negara, jadi cleaner, pelayan restoran dan macam-macam lagi untuk kumpul duit.
Tapi katanya beliau cepat bosan dan kembali ke Malaysia.
Sehinggalah beliau jadi unit trust agen, takaful insuran dan dapat buka pusat training sendiri.
Jadi broker rumah, broker tanah, beli rumah sewa.
Dari situ je dia jana kewangan untuk family dia.
Wife? Beliau suruh berhenti kerja dan tumpu pada anak-anak dengan syarat, 10% dari gaji beliau ni mesti masuk poket isteri.
Contoh kata sebulan income RM20,000 kalau 10% wife dia dapat RM2000 macam tulah.
Di masa umur 35 tahun beliau dah bebas masa boleh bergerak ke mana saja sesuka hati dengan income yang memang confirm masuk tiap-tiap bulan.
Sebenarnya panjang cerita pasal Tuan Syed ni tapi kak KM ringkaskan je.
Cerita pula pasal Tuan Shamsudin Kadir.
Beliau ni pernah masuk TV3 dulu jadi jemputan.
Kak KM suka ceramah tuan Syed ni sebab dia mengajar macam mana cara nak buat duit dengan sewa rumah.
Beliau pernah cerita ada seorang kerani mempunyai 300 buah rumah dan sehingga sekarang masih berjawatan kerani.
Malah, income sewa rumah tu lagi besar dari gaji yang dia terima setiap bulan.
Sekarang ni kata beliau kerani tu dah ada syarikat sewa rumah sendiri dan hire beberapa staf untuk manage 300 buah rumah tu.
Kerani tu cuma ambil untung dari situ je.
Ada sorang lagi ikut jejak kerani ni.
Dia bujang berusia 25 tahun memiliki 12 buah rumah sewa dan income sebulan masuk hampir RM50k lebih dari gaji bulanan yang dia dapat.
Baru-baru ni dia ada masalah bank sekat akaun dia sebab setiap bulan RM50k masuk.
Entah kenapa baru sekarang bank perasan dan suruh register akaun syarikat khas untuk income rumah sewa.
Dan dengar cerita sekarang ni pun dia dah mula tak menang tangan nak urus 12 rumah sewa tu dan mencari staff yang boleh bekerja dengan dia.
Nampak tak kebijaksanaan mereka mengurus kewangan sehingga dapat mengeluarkan berbelas aset rumah dan beratus aset rumah untuk menjana pendapatan?
Korang yang muda-muda ni cubalah attend ceramah motivasi macam ni.
Di zaman ekonomi yang mencabar ni kita semua dah perlu buat sesuatu untuk masa depan kita semua.
Jangan merungut jangan membebel sebab takkan jadi apa-apa.
Uruslah duit dengan bijak dan jangan boros sebab semua tu tak sampai ke mana.
Jangan hanya harap menyimpan dari duit makan gaji sahaja tapi gunakan duit makan gaji tu ke arah benda yang berfaedah seperti mengumpul aset macam yang kak KM cerita tu.
Kak KM nak bagi nasihat pun tak pandai tapi apa yang kak KM pernah dengar kak KM cuba sampaikan pada korang yang muda2 ni.
Kadang-kadang rasa kesian dengan diri sendiri bila mengeluh penat kerja keluar pagi, balik petang dan kadang-kadang lajak sampai malam.
Kena perah otak, kena marah dengan bos, hadap lagi dengan sikap2 manusia pendengki di tempat kerja dan macam-macam lagilah.
Setiap tahun nak kena fikir pasal pengukur prestasi kerja, bagus ke tidak untuk tentukan bonus dan increment.
Dan kadang kala pengukur prestasi tu tidak adil bagi sesetengah pihak yang rajin bekerja tapi tidak dapat yang sepatutnya.
Malah, kadang-kadang setiap tahun boleh pula beri A pada pekerja kegemaran sahaja.
Letihkan setiap kali kena fikir macam gitu?
Yang cikai-cikai ni kena beralah dan makan hati berulam jantung.
Ramai dah rakan-rakan kak KM pun mengeluh dari syarikat yang berbeza.
Pendek kata semua tempat kerja sama.
Jadinya kita sendiri kena usaha untuk berubah dan jangan duduk saja.
Buat sesuatu dari sekarang.
Kak KM pun tengah cuba berusaha ke arah menstabilkan kewangan dan mengumpul aset.
Tak apa ikat perut sekarang demi masa akan datang.
Mana tau dalam masa 9 tahun akan datang kak KM dah boleh bersara dari kerja.
InsyaAllah.
Oklah itu je nak cerita.
bye2.
15 comments
Saya pon sedang berusaha untuk bersara...dah mula rasa yg kak KM cerita ni...
kena usaha lebih masa muda2 ni..
tulah kak KM, mak saya selalu pesan beli rumah n buat pelaburan masa bujang ni.anak dia ni tau nak berjalan je..huhu blognisalpunya.blogspot.com
nice sharing kak.. kene usaha lebihh n keje keras pasni..huhu
tima kasih kak krn sedarkan diri ini^^
In shaa Allah... mudah2an hasrat berjalan lancar & tercapai.. siapa tau kan KM.. :)
Bestnya article..thanks for sharing. moga jadi pedoman untuk pembaca
chayok2....usaha, In Shaa Allah boleh..
Jom Sertai Segmen MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi
thanks atas perkongsian. inshaAllah akan berusaha untuk capai kestabilan ekonomi diri :)
perlu set matlamat baru ada hala tuju..sis JM setuju cara KM nih
bertuahnya muda2 dah berfikiran jauh. jom kita think out the box. thanks km
Mmg tak fikir nk kerja smp pencen..
betul tuh..byk jugak join ni.. smpai xde mse buat sumenyer..huhu
akak fikir nak bersara CT pulak pikir stressnya tak ada kerja huwaaaa
all the best kak :D moga moga tercapai apa yang dihajatkan. kadangkala terlalu fokus pada kerja tetapi yang lain terabai.