Hari Raya Aidiladha (Qurban) Part 2

Assalamualaikum!

Hai korang! Hari ni kak KM nak sambung balik cerita pasal hari raya korban.
Korang pernah buat korban? Maksud kak KM keluarga korang sendiri buat korban.
Cuma panggil orang kampung je minta tolong sembelihkan.
Yang agihkan daging tu buat sendiri.
Haha, korang tau tak raya korban baru-baru ni memang kami rasa sendiri erti korban.
Ni semua perancangan last minit dari pak long aku tau.
Sampai lembu kat kampung semua dah habis di booking orang.
Tinggal lembu dari kampung seberang dan di jual dengan harga RM3200.
Terbaik punya harga mahal.
Siapa suruh buat last minit kan, huhu pandan muka kita orang.
Petang yang kita orang nak buat kenduri doa selamat tu la lembu tu sampai naik lori.


Haaa nilah dia lembu yang berharga RM3200 tu.
Tak banyak kerenah dan mudah je tumbangkan dia dengan sekali hiris.
Makna kata memang pisau tok imam tu tajam giler huhu.
Korang nampak budak ketot berbaju melayu warna meron tu?
Haaa tulah dia cucu pak long aku.
Macam tu gaya cucu, macam tulah gaya pak long aku.
Jadi mandur hahaha.
Serius cakap ayat pak long aku masa bagi arahan kat pakwan buat pakwan bahang telinga je.
*Ok awak dengan nuar jaga part timbang. Awang dengan orang kampung buat part sembelih dan lapah daging. Nanti Nuar gali lubang untuk tanam saki baki lembu. Saya pulak tak buat apa-apa tau, cuma tengok je korang buat kerja.* 
Makna kata jadi mandur, hahaha. Aku gelak je dengar pakwan cerita.
Kazen2 aku pun panas telinga dengar arahan pak long dia orang ni.
Dia punya rancangan tapi mengarah orang lain buat kerja.
*Kalau buat sama-sama tak apa jugak ya tak?*
Baru pakwan tau pak long aku tu cam ne orangnya haha.
Layan jelah orang tua tu haha. Setahun berapa kali je jumpa dia.


Haaa ni lah lembu yang sudah di cabut kulitnya.
Kulitnya dia orang kata boleh makan.
Tapi sejauh mana betul tu kak KM tak tau sebab belum pernah cuba lagi haha.
Sedap ke masalahnya?


Haaa ni la pakwan kita yang tengah memotong dan timbang2.
Ada part tulang yang sangat susah untuk di patahkan.
Sampai papan pemotong yang patah dibuatnya pak wan haha.
Hambik ko, dah macam Thor dah guna kapak.
Tu pun payah jugak nak potong tulang keras tu.
*Patutlah kalau kemalangan langgar lembu kereta yang bengkok, rupanya tulang dia kuat ya. Kuat makan kalsium ni haha.*


Seperti arahan tadi, nuar kazen ku tengah menggali lubang kubor untuk saki baki lembu.
Pak wan pulak jadi mandur sebab dah letih mengapak tulang haha.
Mesra alam dia orang ni.

Haaa nak tau yang mana satu pak long kak KM?
Tu, yang kepala botak baju putih pakai jeans.
Korang kalau tengok muka dia sangat garang okeh.
Suara dia kalau panggil, sebatu dengar.
Kalau dah cucu2 dia pun takut dengan dia, apa tah lagi anak aku tu ha? Haha.

Yang meriah kat sana tu nak tau apa benda?
Kazen aku baru bawak balik kepala lembu ke dua dari kampung lain.
Kampung lain tak mo kepala lembu, last2 kazen aku yang bawak balik.
Mak long aku pulak booking otak lembu.
Ini pun aku tertanya-tenya apa yang sedapnya makan otak lembu?
Kalau korang pernah rasa, silalah cerita sikit ya.
Mak long aku cakap sedap?
Sejauh mana sedapnya tu pun wa tak tau hahaha.

Apa yang kami buat dengan daging lembu ni?
Mak uda kak KM suruh buat sup gear box.
Nak tau siapa yang masak? 
Hahaha, macam biasa lah chef pakwan dan pembantunya chef nuar.
Kome tau, bila di suruh terus pakwan ketaq.
Katanya. *Abang ikut style abang jelah ya. Periuk besar sangat, pakai sudu letak garam lambat, tuang je lah garam ni.*
Hambik ko, hampir separuh bekas garam tertumpah dalam sup gear box tu.
Mak uda jerit. *Ko biar betul wan! Separuh bekas garam ko letak? Ingat sikit kat rumah ni ramai yang berpenyakit.*
Hahaha... aku gelak je dengar tapi nak rasa keciwa pun ada sebab kalau masin tak dapatlah rasa sup gear box tu.
Tapi bila sudah gaul-gaul-gaul dan tuang lagi air, terus jadi secukup rasa.
Aha, tak sangkakan pak wan pandai alter sup tu.

Dah habis cerita.
Oklah bye.

7 comments

October 13, 2014 at 2:41 PM

belum pernah lagi lah kak km famili buat korban...
wahhh meriah btl ye...

October 13, 2014 at 2:49 PM

sis JM pun belum merasia majlim korban ni..tgk org buat korban pun x pernah..mesti meriah kan...

ahahaha...sekali dia tuang garam setengah kampit

October 13, 2014 at 2:57 PM

family anis tak pernah lagi buat korban kak KM..huhu... sup tulang sedap.. kalau otak lembu tak pernah makan...huhu

October 13, 2014 at 3:05 PM

dulu masa kecik2 pernah tgk ahli masjid korbankan lembu secara live..

October 13, 2014 at 4:21 PM

tengok tu huuurm pernahla tapi time sembelih tu pandang tempat lain lah. sebab kalau kita buat qorban kita digalakkan hadir kan tengok lembu tu.. jadi shian lak kat dia kalo tak pi..

October 14, 2014 at 7:29 AM

Hebatnya pakwan! Suami irra tolong jaga anak je. Hehehe. Boleh pulak la anis insyirah taknak orang lain selain daddy dia. Sabar je la.
Pernah buat korban di rumah irra masa bujang. Pastu kat kelatan diorg share seekor tu ramai2. Jadi tengok org sembelih pastu balik tunggu daging. Tu pon i is tengok anak-anak kecik merengek. Tak dapat nak menghiris daging. He he he
jom sertai segmen bloglist irrayyan.com

October 14, 2014 at 12:03 PM

hehe...rasa cam kelakar pula cite ni esp karakter pak wan tu =)
dulu penah buat dekat kampung mak
tapi kecik lagi, tak berapa ingat
yang ingat seronok aje bila reramai ni =)
sup gear box tu memang terbaik!
awat tak tunjuk, boleh tumpang meleleh ayer liur =)

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia