Assalamualikum!
Berapa ekoq tumbang lembu? Ke tumbang kambing?
Mesti meriah korangkan?
Kak KM? Haha... meriah ko, tak tau nak cakap macam mana meriahnya.
Sebenarnya mak tok dan tok abah zulaikha ni ada planning nak buat house warming kononnya.
*House warming apa pulakkan? Mak tok dan tok abah zulaikha beli rumah baru ke?*
Ala... bukan rumah baru, korang ingat tak kak KM pernah cerita pasal rumah yang siap tak semenggah tu?
Ha, rumah tu lah yang kami nak buat doa selamat tu.
Alhamdulillah... rumah kami siap sepenuhnya.
Sikit-sikit kami baiki sampai mata ni puas hati dengan hasil tangan sepupu.
Mujurlah dia sudi nak tolong buatkan.
Jadi apakah menu di hari sebelum raya tu?
Jadi apakah menu di hari sebelum raya tu?
Untuk tak mo rasa renyah atau susah atau leceh, kita orang decide nak buat soto dan meehon sup je.
Perrggghhh!!! Terus terang cakaplah, kak KM kagum sungguh dengan mak uda kak KM.
Orang kalau nak buat kenduri, mesti panggil orang datang rewang dan tolong kan?
Kami tak, hanya kak KM, pakwan, mak tok, tok abah, mak uda je yang siapkan menu.
Semua kita orang buat sendiri tau.
Dan apa yang kak KM nampak, macam senang je semua urusan kami, alhamdulillah syukur.
Kami cuma rebus nasi himpit, buat sup ayam, rebus meehon, potong daun sup dan taugeh.
Yang cili api kicap, bawang putih, bawang merah semuanya dah siap bland sebelum ni.
Oh, satu lagi kacang goreng pun dah siap goreng sebelum ni.
Sebab tu kita orang boleh siap cepat dan rehat cepat.
Bila mak long yang duduk rumah sebelah tanya ada apa-apa nak tolong ke?
Kak KM cakap semua dah siap, tak ada apa nak mintak tolong huhu.
Deme terkejut dengan ketangkasan kita orang buat kerja hihihi.
Okeh, kalau korang nak tau, kiri dan kanan rumah kak KM adalah rumah pak long dan rumah sepupu.
Dia orang pun sibuk dengan hal masing-masing.
Nak tunggu dia orang balik rumah dan tolong memang lambatlah.
Jadinya baik kita orang buat dulu dan siap pun dalam kul 3 pm.
Dapatlah rehat awal hihi.
Haaaa jom kita cuci mata tengok gambar.
Sambil tengok gambar tu, korang bacalah sekali penerangannya hihi.
Ini angsa licik mak uda aku.
Banyak ko, spesis ni dalam reban.
Mulut bising! Suka kejo orang yang dia tak kenal bahaya!
Okeh, ini reban ayam.
Korang kenal ke tak rebat ayam?
Kat dalam reban tu ada sepupu dan mak uda sekali.
Mereka bertungkus lumus kejar menangkap ayam tau.
Yang ni pulak pakwan dengan gembiranya memegang dua ekor ayam.
Okeh, jangan tertipu dengan hasil tangkapan itu.
Yang sebenarnya, pakwan tu tukang collect dari mak uda dan sepupu je.
Yang tukang nangkap dalam reban tu mak uda dan sepupu.
Lebih kurang 8 ekor kami tangkap untuk buat sup soto hari tu.
Banyak ko, kenyang kita orang semua makan.
Lepas sekor tangkap, sepupu terus sembelih kat belakang rumah, senang kerja.
First time kak KM tengok ayam disembelih depan mata tau.
Puas hati dengan ke halalan toyibannya haha..
Waktu ni pakwan menunggu lagi beberapa ekor ayam untuk ditangkap.
Korang tau tak, nak sembelih tu senang je tapi yang leceh dan renyah time nak cabut bulu.
Adoi hai... mak uda suruh kak KM cabut pun kak KM tak sanggup tau.
Susah kot! Korang bayangkan kalau bulu korang di cabut, haaaa macam tu la susahnya hahaha.
Masa mak uda dan pakwan cabut bulu ayam, kak KM tak snap gambar pun.
Kak KM cuma tengok je cara dia orang buat.
Cara-cara dia senang je.
1. Kena rebus air dulu.
2.Ayam yang disembelih tu masukkan dalam air rebusan setengah minit untuk longgarkan liang roma ayam.
3.Lepas tu angkat dan terus cabut bulu ayam tu sampai togel.
Haaa senang tak? hehe kak KM saja nak cerita.
Manalah tau tetiba balik kampung korang pulak kena buatkan.
Lepas tu barulah nampak saiz ayam sebenar selepas bulunya di cabut.
Patutlah tak cukup kalau buat 2 ekor ayam.
Memang patut pun kena tangkap 8 ekor haha.
Okeh, dah siap semua menu, sebelum magrib, kita orang dah prepared hidangan kat atas meja.
Tinggal tunggu orang masjid dan orang kampung datang je.
Lepas tu baru mulakan doa selamat.
Kalau ikutkan sekitar rumah kami tu, adalah dalam 40 orang tetamu.
Mak uda masak ngam-ngam je tau.
Ni namanya masak bidan terjun untuk tetamu.
Mak uda kak KM memang terbaiklah pandai membudget makanan.
Sampai tak muat dalam rumah, terpaksa tuan rumah duduk kat luar.
Lepas doa selamat selesai, ada lagi tetamu sampai kemudian tu yang jadi 40 orang tu hihi.
Kenduri dah selesai.
Alhamdulillah... setakat ni je yang kak KM mampu kongsikan dengan korang.
Kak KM seronok duduk kampung ni sebab kemeriahan sangat terasa berbanding duduk di bandar yang kadang-kadang manusia suka buat hal sendiri.
Kak KM pernah rancang tau dengan pakwan.
*Esok-esok kalau kita dah pencen, kita duduk jelah kat kampung ya bang bercucuk tanam. Ada jugak hasilnya kita tanam pokok cili, serai, lengkuas, pokok bunga bla..bla..bla...*
Hahaha... awal tak kak KM dan pakwan rancang masa depan hari tua hihi.
Oklah, tu je nak cerita.
Daaa.
19 comments
rindu zaman kecik mase kat kampung dulu2
dok kejar2 ayam ramai2...
penyudah arwah atok je yg tangkap
Salam Aidiladha, KM. Seronoknya tengok KM sekeluarga jamu orang makan, semuanya buat sendiri :)
memang renyah nak cabut bulu ayam tu kak KM.. huhu
Bestnya suasana di kampung.
Korban ayam ye..hehe..
Soto memang sodap.
Den suko...
buat dengan satu family pun dah cukup puas hati kan... kitorang pun kadang2 satu family je buat. nenek malas nak panggil orang merewang. tapi kalau dah malas sangat, katering je. heee
angsa tu xde nama ke kak KM? hehe
umah pak cik saya ada burung wak wak. itu pun bising. macam nak tampar je suruh snyap -.-
alhamdulillah, baguslah kalau semuanya berjalan dengan lancar kan.. kita pun rasa puas hati sangat.
saya ni pun duk kampung.. so far, memang best. ^^, rasa selamat berbanding dekat bandar tu..
duduk dekat kmpung memang best :)
sama macam YY punya MIL
untuk kenduri kahwin pun dia buat sorang aje masak2 ni
orang lain tolong potong2 aje
hebat betul, tu pasal menantu dia ni jadi seram kalau suruh masak =)
anyway salam aidiladha
@hidayu ayumie belum pernah lagi kerja ayam masa kecik... dah tua bangka ni la pulak dpt kejo haha..
@Farrah MF alhamdulillah kak... boleh la sikit2... hihi
@siti zawiah ye.. susah dik oi.. nasib la dah kena sembelih.. klu tak disembelih mau menjerit2 member haha
@Nurashikin ZA a.k.a NAZECK sama la kita.. fav makanan tu.. alamak lupa nak share.. hihi
@Amy J betul amy... sbb tu suka masa benda simple je.. yg penting dah buat tu mesti habis, tak adalah membazir...
@Amy J betul.. puas hati kalau kita buat dari mula sampai habis..
@Anizz Annisa memang best haha.. tp tak leh duduk lama2 nanti bushan huhu
@yana yani haha.. KM pun bukanlah pandai sangat tp bolehlah masak2 biasa tu..
dulu kat sekolah ada amali sembelihan.. tapi CT lari tanak buat. kena sembelih burung puyuh. tak sanggop nak buat.. tapi makan nak kekeke.. meriahnyeee raya. nak wish pun raya dah lepas :p
ahaa...kenduri doa selamat masuk rumah baru lah ni ye