Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat kegiatan memberikan bantuan makanan (dapur jalanan atau soup kitchen) kepada gelandangan di Kuala Lumpur malam tadi selepas kerajaannya dikritik hebat minggu lalu kerana melarang kegiatan sedemikian di ibu negara.
Turut menyertai beliau adalah Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor yang melarang kegiatan itu minggu lalu; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim yang berkata pelancong juga mengambil kesempatan ke atas kegiatan itu.
Putrajaya kini menangguhkan sekatan kegiatan itu dua kilometer dari Lot 10 yang terletak di pusat perniagaan bandaraya selepas 16 Ogos ini, ketika bulan puasa bagi umat Islam di mana kegiatan memberikan sedekah adalah digalakkan.
"Saya juga fikir ini adalah agak lucu. Tengku Adnan memberitahu saya kerana saya memanggil nama dia, dia terpaksa turun untuk menyaksikan sendiri keadaan di sini," kata pengasas dapur jalanan Pertiwi, Munirah Abdul Hamid sebelum ketawa berdekah-dekah.
"Tetapi saya melihat ini sebagai positif, sesuatu yang akan memberi manfaat kepada masyarakat yang tiada tempat tinggal, " katanya kepada The Malaysian Insider selepas lawatan Perdana Menteri.
Najib dan menteri-menteri Kabinet tiba dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal serta lain-lain pegawai kanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pengagihan kedua dapur jalanan Pertiwi, yang biasanya menyediakan makanan dan perkhidmatan perubatan percuma pada malam Rabu.
Munirah berkata beliau terkejut dengan lawatan ini, dan hanya sedar apabila dia melihat orang yang luar biasa ramainya memecahkan kesunyian kawasan itu pada jam 11.20 malam.
Beliau menambah, selepas bercakap dengan beberapa gelandangan, Najib mendekati beliau untuk menyatakan hasratnya untuk mencari penyelesaian untuk tempat tinggal mereka.
"Bagaimanapun, saya memberitahu bahawa dia perlu berunding dengan mereka dahulu kerana mereka agak takut dan ragu-ragu dengan suasana di rumah sementara itu, "kata Munirah.
Beliau juga menyifatkan perancangan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengumpul dan meletakkan gelandangan di Desa Bina Diri iaitu pusat perlindungan merangkap pemulihan di Sungai Buloh sebagai tidak berapa sesuai.
Di bawah Ops Qaseh, gelandangan dan pengemis boleh ditahan di bawah Akta Orang Papa 1997, yang memberikan pihak berkuasa untuk mengemukakan orang yang tiada tempat tinggal di hadapan majistret dalam masa 24 jam selepas ditangkap.
Jika majistret mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia tidak berupaya, satu perintah boleh dibuat untuk memasukkan mereka secara sementara ke rumah kebajikan selama satu bulan, sementara menunggu laporan daripada pegawai di situ.
Selepas itu, jika majistret berpuas hati dengan laporan itu, perintah itu boleh dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun.
"Mari kita berharap mereka benar-benar menjalankan apa yang mereka katakan. Ini bukan soal siapa yang menang atau kalah, ia mengenai kita menangani keperluan mereka yang kurang bernasib baik," kata Munirah.
Putrajaya menarik balik larangan unilateral ke atas kegiatan dapur jalanan berkuatkuasa 7 Julai hingga bulan depan, tetapi badan amal di Kuala Lumpur berkata mereka akan terus menyediakan makanan untuk gelandangan dan orang miskin.
Dewan Bandaraya dan kerajaan berkata mereka sedang mengkaji pusat pengedaran kekal bagi badan amal untuk memastikan kebersihan, selain daripada memastikan ia tidak mengganggu pergerakan orang lain. – 10 Julai, 2014.
P/S : Bulan puasalah digalakkan memberi sedekah. Ini jadi pemberi sedekah kena tangkap masuk jail huhu...
P/S : Bulan puasalah digalakkan memberi sedekah. Ini jadi pemberi sedekah kena tangkap masuk jail huhu...
3 comments
Hahahaha... :)
kerja amal dan murni disekat..apakah??
Haaa... kan? Pelik betul undang-undang zaman sekarang...