Dia suka sangat duduk kampung belah suami sebab nak main dengan adik Arif Zakuan yang mana nama manjanya di panggil 'Atan'. Budak tu jarang meragam sangat dan suka gelak2 tu yang dia seronok melayan. Tolong tidurkan. Tolong dodoikan. Tolong bagi susu. Memang boleh harap dah anak dara aku sorang tu menjaga adik. Siap tanya kat aku, "Mama bila kita nak dapat adik?" Haha... dia ingat boleh order kat kedai agaknya?
Baru-baru ni kami tumpangkan dia kat rumah parent aku sebab sekolah tutup jumaat dan isnin. Ada kejiranan nak tumpang sekolah dia buat kenduri kata cikgunya. Masalahnya Zulaikha ni jenis tak betah duduk rumah parent aku. Pukul 4 ptg je dia dah angkut segala khazanah yang dia bawak ke rumah mak tok dia tu dan tunggu aku jemput kat depan pintu. Kata mak tok dia, Zulaikha tak sabar nak balik. Mulut membebel kat mak tok dan kata "kenapa mama kita lambat balik ni mak?!" Dia ulang banyak kali soalan yang sama. Hahaha.. nak tergelak dengar.
Bila dah bosan menunggu, dia suruh tok abah dia lalu depan rumah kami. Kononnya nak spot check sama ada mama dia dah balik ke belum. Betapa bijaknya anak dara aku tu. Aku pun tak sangka sampai macam tu sekali dia tak percaya cakap mak tok dan tok abah dia. Bila tengok ada kereta aku kat depan rumah, dia pun cakap "Tengok! Kan kita dah cakap mama dah balik rumah! Mama lupa ambil kita!" Hahaha... lagi nak terbahak-bahak aku ketawa. Dia tak boleh tahan duduk lama-lama kat rumah mak tok dia. Budak dah besarkan, macam tulah.
Now dah hampir dua minggu bercuti panjang. Aku rasa boleh kiralah dia datang tadika berapa hari. Selebihnya macam tadilah ku cakap memerap bawah ketiak mama ayah. Dia cakap tak nak pergi tadika sebab kawan2 tak ada. Haha.. tapi kalau aku tak hantar dia minggu ni, aku risau minggu depan dia liat nak bangun pergi sekolah. Gigihlah pujuk jugak. Tu yang kata aku psycho dia. Ku cakap "kalau Zulaikha tak nak bangun pagi, mama tak nak beli bag Frozen." Haha! Dengar je perkataan Frozen, terus bangkit pergi mandi. Senang kerja aku.
Macam-macam ragam aku tengok perangai anak dara aku ni. Semakin dah besar, semakin banyak akalnya.
Macam-macam ragam aku tengok perangai anak dara aku ni. Semakin dah besar, semakin banyak akalnya.
4 comments
bukan zulaikha saja kak, saya pun malas! heheheh
Ooo 2 x 5 rupanya hahaha...
hahha.. comel la zulaikha marah mama.. hhehe
begitu la pattern dia marah haha.. mmg kelakar...