Roti Gardenia Purple

Saya dah jatuh cinta dengan roti gardenia purple ni. Dia 100% wholegrain with Canadian purple wheat. Tak ada pengawet tiruan, sintetik atau bukan semulajadi. Uji kaji dari beberapa kawan yang parentnya ada diabetic duk amal makan roti ni, diabetic dia terkawal. Bagi siapa yang nak diet pun elok makan ni. Baik untuk kesihatanlah. Rendah lemak dan 0% lemak trans. Harga dia cuma RM3.50 je.


Serba sedikit pasal roti ni. Roti yang unik rasanya dan berkhasiat tinggi, Gardenia 100% wholegrain dengan canadian purple wheat yang rendah lemak adalah seperti apa yang dikatakan oleh namanya dengan bijian gandum penuh yang mengandungi semua nutrien penting dari keseluruhan biji gandum, sebagaimana alam semulajadi menghendakinya.

Untuk kebaikan yang lebih, mereka menambah gandum ungu Kanada yang tumbuh di tanah subur wilayah tanaman bijirin Saskatchewan yang tinggi khasiat dan kandungan antioksidannya.

Gardenia 100% wholegrain dengan canadian purple wheat, rendah lemak, sangat tinggi kandungan serat dan vitamin, dengan gandum ungu yang tinggi antioksidan dan tanpa pengawet tiruan, sintetik atau bukan semulajadi.

Ia adalah sebaik yang mungkin.

2 comments

March 6, 2014 at 9:00 AM

kaler purple xpenah beli lg...

March 7, 2014 at 11:29 AM

rasa dia mmg tak sedap sgt tapi sbb ada biji bunga matahari tu akak suka.. hehe

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia