Ruang Iklan Untuk Disewa

Novel : Suamiku Anak Jiran Sebelah [5]



BAB 5

MENYANYI riang puan Aisyah sewaktu mengeluarkan pakaian yang sudah siap dibasuh tadi lalu dimasukkan ke dalam bakul. Dia tersenyum senang hati bila mengenangkan suami dan anak-anak sudah keluar bekerja. Bukan kata dia tak suka bila suami dan anak-anaknya ada, cuma dia tak dapat bagi perhatian terhadap kerja rumah bila melayan makan minum keluarga.
Terutama sekali si ayah yang manja mengalahkan anak-anak. Boleh kata semua perkara puan Aisyah yang uruskan. Baik makan, minum, nak mandi pun tuala disediakan, nak pakai baju disediakan pakaian atas tilam. Belum masuk lagi massage service bila suaminya letih seharian bekerja. Itu pun puan Aisyah sediakan juga. Pendek kata semua kerja remeh-temeh yang orang dekat luar sana tak buat tapi puan Aisyah buat. Sebab itu encik Wahid begitu sayang dan cintakan puan Aisyah kerana pengorbanannya tak ternilai. Tak mungkin dia dapat isteri sesempurna puan Aisyah diluar sana.
Baju kotor milik suaminya dimasukkan ke dalam mesin untuk dibasuh. Kemudian dia mengangkat bakul baju bersih untuk dijemur. Selipar disarung seraya melangkah ke arah ampaian. Sehelai baju diambil lalu dikibas berkali-kali. Kemudian baju tersebut disangkut pada ampaian.
“Hai cik Aisyah, tengah jemur baju ke?” Tegur puan Arifah dengan mimik wajah sinis.
Puan Aisyah menjungkit kening seraya menyelak pakaian yang disidai tadi. Senyuman terukir sinis pada jiran sebelahnya.
“Yalah cik Pah oi, nampak macam kita ni tengah lipat baju ke? Sementara matahari tengah naik mencanak ni, baik dijemur baju ni.”
Sekilas dia menjeling lalu mengambil baju yang lain untuk di jemur. Tak sangka dalam sombong dia tu rajin pulak sibuk pasal keluarga aku. Bisik hati puan Aisyah.
Puan Arifah tersengih kelat. “Ya tak ya jugak, nanti lambat kering pulak baju-baju tu. Eh cik Aisyah, anak perempuan awak mana? Selalunya nampak je memanjang muka dia dekat rumah.”
Puan Aisyah mengerling. “Dah pergi kerja.”
“Ooo… dah kerja ke? Dia kerja dekat mana? Mesti pangkat besar ni.”
“Ehm… tak adalah besar mana pun tapi sesuailah dengan kelulusan dia.” Ucap puan Aisyah malas melayan.
“Iya? Kerja kerani ke?” Gaya puan Arifah persis seperti mami jarum yang sibuk duk korek rahsia rumah tangga orang.
Puan Aisyah buat muka. Amboi! Rendahnya kau pandang kelulusan anak aku ya cik Pah?! Dia tu ada ijazah perakaunan, takkanlah kerja kerani. Bisik hatinya.
“Taklah, account executive!” Tekan puan Aisyah sengaja.
Telan air liur puan Arifah mendengarnya. Hebat juga anak dia tapi tak sehebat anak aku yang berpangkat pengurus.
“Ooo… executive je. Anak saya pun ada yang akauntan juga tapi pangkat pengurus. Baru je dapat tukar kat sini. Sebelum ni dia kerja kat Penang. Sebulan sekali baru balik sini. Tak sangka ya cik Aisyah, kebetulan pula bidang anak kita sama ya.” Sinis puan Arifah berkata-kata.
Executive ‘je’?! Berlagaknya bunyi. Nak jugak sebut pangkat anak dia tu. Padahal aku tak tanya pun. Bisik hati puan Aisyah.
“Ehm… kebetulanlah sangat.” Puan Aisyah mencapai lagi pakaian yang mahu di sidai.
“Sebelum ni anak awak tu memang tak kerja ke?” Soal puan Arifah cuba mengorek lagi.
Laju je tangan puan Aisyah menyidai pakaian. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat beredar masuk ke dalam rumah.
Puan Aisyah senyum kelat. “Masa tu belum ada rezeki.”
“Dah berapa lama menganggur sebelum dia dapat kerja ni?”
Rasa panas je hati puan Aisyah bila ditala dengan bermacam-macam soalan oleh jiran sebelahnya.
“Tak adalah lama mana pun…”
“Ya ke tak lama? Dah sebulan lebih saya pindah sini, selalu jugak tengok anak perempuan awak tu dekat rumah. Erm, mungkin belum rezeki lagi masa tu kot ya? Dapat jugak dia tolong-tolong awak dekat rumahkan.” Ulasnya mencebik. “Hai, syukurlah anak saya tak macam tu. Yang sulung tu lelaki, graduate UiTM. Nak ceritanya lepas SPM terus dapat offer dari University. Keputusan pun boleh tahan, semua cemerlang. Tu yang sekarang dapat offer jadi pengurus. Yang anak kedua saya pulak perempuan, ambil master dekat luar Negara. Uih! Dia kalau balik hujung tahun mesti bawa ole-ole dari England. Sejuk perut saya mengandungkan dia. Hari tu dia cakap nak ajak saya dan suami pergi ke England. Rasa tak sabar pulak nak bercuti kat sana. Anak ketiga saya pun perempuan juga. Sekarang tengah belajar dekat UKM Bangi. Yang ni pun masa SPM dia hari tu straight A. Harapnya cemerlang juga dia dalam akedemi University macam kakak dan abang dia. Yang bongsu tahun ni PMR. Saya tak risau sangat dengan anak-anak saya ni sebab bila kakak dan abang dia tunjuk contoh yang baik, InsyaAllah yang lain mesti ikut.”
Dah dia buka cerita salah silah sejarah anak-anak dia pulak. Rasa berbulu telinga ni mendengarnya. Macamlah anak dia sorang yang hebat. Nak tau hebat ke tak hebat, cubalah tanya anak-anak aku pulak. Yang Wazir tu sekarang pegawai kerajaan. Yang Afrina tu pulak pegawai bank. Sekali buat sale, income belas-belas ribu. Wafi pulak pegawai swasta dekat menara petronas. Nak compare dengan anak bongsu aku, dah tentulah budak tu baru nak hidup.
“Okaylah cik Pah, teman masuk dalam dulu.” Puan Aisyah tergesa mengangkat bakul.
“Eh, dah nak masuk ke?”
“Ya le, banyak kerja tak siap lagi dekat dalam tu. Lain kali borak lagi ya.” Seraya berlalu meninggalkan puan Arifah yang terpinga-pinga.
Buang terbiat ke apa orang sebelah ni. Tak pernah-pernah dia tegur kita tapi hari ni kenapa rajin benar korek rahsia dari aku? Bisik hati puan Aisyah sendirian sambil tertinjau-tinjau ke luar tingkap. Orang tak tanya dia sibuk nak bercerita.


MANALAH minah ni pergi? Dah separuh hari tak ada dekat tempat. Bisik hati Amir seraya berjalan ke workstation keraninya pula. Bila tiba di tempat Sofia, pun gadis itu tiada di tempatnya. Jemari Amir menggeletik menari di atas meja Sofia sambil matanya meliar mencari mangsa untuk bertanya.
“Zafrul! Mana Sofia?”
Amir menunjuk tempat duduk gadis itu dengan jari telunjuknya.
“Tak sure pulak. Pergi hantar document kot.” Zafrul menjungkit bahu.
“Hai?! Lamanya pergi hantar document? Dah dekat tengah hari ni, takkan tak masuk-masuk lagi?”
Sebelah tangannya mula bercekak pinggang. Muka nampak serabut dan bengang. Cuba dia bertenang semula.
“Kalau tak pun dia bawa staff baru tu pergi berkenal-kenalan kot.” Sambung Zafrul.
“Amboi, lamanya?!” Amir memandang jam tangannya. “Nak canangkan satu company ke apa?”
“Biasalah bos, Sofia tu mesti ada singgah mana-mana dulu. Sambil menyelam minum air katakan.” Zafrul tersengih.
Serius Amir memandang wajah Zafrul. Aku serius ni, dia main-main pulak.
“Encik Zuhairi,” Tiba-tiba salah seorang staff di situ menjengah kepala. “Saya nak minta tanda tangan untuk cheque ni.”
Gadis yang berambut blone itu mula melangkah lalu menyerahkan satu fail kuning kepada Amir.
Cheque untuk siapa ni?” Amir mula menyemak satu per satu.
“Untuk Daya Maju Bhd. Development Division nak cepat payment ni.”
“Nak cepat? Nanti I tengok dulu. You letak cheque dalam bilik I. Dia orang ni payment nak cepat tapi hantar memo lambat! Dah tau nak cepat, hantarlah memo dua minggu awal. Bolehlah process cepat!” Bebel Amir tension.
“Okay bos.” Gadis itu tersenyum seraya berlalu.
Celaru sungguh fikiran Amir hari ni. Gadis rambut blone yang dikenali sebagai Tania itu melangkah ke arah biliknya. Amir mengeluh. Seminit kemudian dia pula berpaling dan melangkah ke bilik. Namun langkahnya terhenti bila terdengar suara Sofia begitu lantang ketawa sambil bercerita. Dia menjengah seketika.
“Haaaa… Sofia! Ingatkan tak jumpa jalan balik dah. You ke mana, lama betul you bawa staff I jalan-jalan?”
“I kenalkan cik Mira pada top management sekali…”
Top management?!!” Terkedu Amir seketika. “Kenapa you tak kenalkan Mira pada tukang kebun sekali kalau dah satu company you nak canang dia?!” Sindirnya.
Mata Amira silih berganti memandang Sofia dan majikannya. Dia tesengih kelat menampakkan sebarisan gigi. Nak mencelah, takut kena marah pula. Sekilas Amir melirik mata ke arah Amira di belakang.
“Encik Zuhairi, I ni sambil hantar dokumen sambil bawa cik Amira round. Kalau tak, bila kerja I nak siap?” Jawab Sofia selamba.
Amir tidak mahu banyak cakap. Dia memberi isyarat supaya Amira mengekorinya masuk ke bilik.
“Mira, follow I!”
“Ke mana?”
“Masuk bilik!”
“Eh, nak buat apa?” Amira tercengang.
Discussionlah!”
Amir menjeling bengang seraya berlalu ke bilik pejabatnya. Mengeluh dia bila Amira salah faham dengan arahannya. Sofia terkekek-kekek ketawakan mereka berdua. Amira menoleh ke arah Sofia sambil menggaru dahinya yang tak gatal. Dia tersengih kelat.
“Cik Mira, bos you tu gabra. Dia baru masuk kerja dua minggu lebih. Sebelum ni dia stay dekat site office. Selalu dekat sana ada assistant yang buat kerja. Sampai HQ dia kena independent. That’s why dia tak tentu arah buat kerja. Kebetulan pula banyak tugas pending disebabkan staff sebelum ni. So, encik Zuhairilah yang kena cover semua. Itu yang tambah kelam kabut kawan tu di buatnya.”
Terangguk-angguk kepala Amira. “Ooo… baru naik pangkat ke? Saya ingat dia staff baru.”
“Eh, tak… dia dulu senior executive di Penang site office. Baru naik pangkat Manager dan ditukarkan ke HQ.”
“Hebat juga ya kak Sofia?”
Sofia menjengkit kening. “I hebat? Hohoho… apa yang hebatnya? I biasa-biasa je.”
Amira tersenyum kelat bila melihat telatah Sofia yang ala-ala malu kucing bila dipuji.
“Err… maksud saya encik Amir Zuhairi, bukan akak.” Ucap Amira sambil menunding ibu jari ke bilik Amir.
“Oh! You puji encik Zuhairi? Heee… you ni lain kali cakap biar terang.” Sofia menjuih bibir.
“Saya salah cakap ke?” Amira pelik.
“Yalah, you cakap ‘hebat juga ya kak Sofia’ so I ingat you puji I.”
Ooo… ya tak ya jugak. “Sorry…” Amira sengih.
Seketika pintu bilik Amir terbuka dan lelaki itu menjengah kepala.
“Oi cik kak! Apa yang tercegat lagi tu? Cepat masuk! Nak bagi kerja ni!” Panggil Amir seraya menutup pintu.
“Oh, okay-okay! Saya datang sekarang.” Tergesa-gesa Amira membawa buku note yang baru diberi oleh Sofia tadi.
Haish! Berlagaknya! Nasib baiklah kau ni bos aku! Kalau tak, dah lama melantun balik suara aku ni. Rungut Amira dalam hati.
Tersenyum Sofia melihat muka gelabah rakan kerjanya.


PINTU diketuk lalu Amira melangkah masuk. Wajah majikannya dipandang resah. Dalam bimbang tu sempat lagi hatinya menyumpah-nyumpah. Ditarik kerusi seraya duduk di hadapan majikannya yang sedang menyemak dokumen yang bertimbun.
“Puas berjalan?” Soal Amir tiba-tiba. “Mestilah puas dapat round satu companykan?”
Amira menjengkit kening. “Err… bukan saya…”
“Ya tau, Sofia heret you ke sana sini but you can excuse. Tak semestinya sehari suntuk dia kena bawa you ‘melawat tapak’ setiap division. Macamlah tak ada hari esok!” Celah Amir.
Melopong Amira dibuatnya. Aku ni staff baru kot, takkan nak bantah cakap orang even dia tu seorang kerani?! Hari pertama, kenalah ikut kata. Lusa tulat esok, barulah aku tunjuk belang. Baru masuk HQ beza dua minggu je dengan aku, dah cakap banyak!
“You dah baca job scope you?”
“Belum…”
Tangan Amir ligat mengayakan mouse computer. Matanya terlalu focus sambil diperhatikan oleh Amira di hadapan.
“Nanti I print hardcopy dekat you sebab I ada tambah kerja. Cuma I akan cerita serba sikit apa tugas di sini.”
Amir berhenti bermain mouse computer. Sesekali matanya memandang pada screen computer untuk membaca fail yang tertera pada screen.
“Okay, dengar betul-betul. Tugas pertama, you kena kira dan sediakan jadual cukai dan bentangkan mengenai masalah pencukaian bagi setiap jabatan. Tugas kedua, you kena sediakan dan sahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, dan lain-lain. Tugas ke tiga, you kena sediakan atau laporkan ramalan keuntungan dan belanjawan syarikat. Tugas ke empat, you perlu merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun syarikat. Tugas ke lima, you kena buat audit bagi setiap jabatan then sediakan laporan. Tugas ke enam, you kena jadi penyelia bekaitan dengan kewangan dan penyata...”
Amira masih setia mendengar. Namun tak semuanya masuk. Wah! Banyaknya kerja aku kena buat! Dia ni nak kenakan aku ke apa? Matilah macam ni! Tak sampai sehari aku bekerja, dah stress! Ini belum start kerja lagi. Kalau dah start kerja mau kembang rambut aku lepas ni. Sedap je mulut dia bacakan skop kerja aku ya. Mentang-mentang dia manager, bolehlah nak berlagakkan? Cuba kalau aku yang jadi manager, dia jadi kuli. Nghehehe… Syok jugak dapat maki dia ni. Mulalah berkepuk-kepuk awan keluar di minda Amira.
“Amir, you tolong draft minutes yang kita meeting dengan HR semalam. Dah siap nanti bagi I check.” Arah Amira tegas.
Minutes meeting? Alamak, I tak salinlah cik Mira.”
Galak Amira membuntang mata. “Kan I suruh you ambil minutes?! Habis apa yang you tulis hari tu?!”
“Err… memang I ada salin tapi tak banyak.” Jawab Amir tenang.
“You ni memang tak boleh haraplah! Setakat duduk dan dengar, semua orang boleh buat!” Amira mula membuka buku notanya. “Nasib baik I ada salin hari tu! Nah, you ambil nota I dan buat minutes! By today mesti siap!”
Today?!” Amir mengambil nota yang dicampak oleh gadis itu. Sehelai demi sehelai dilihatnya. Wajahnya blur sekejap. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. “Cantiknya tulisan…” Sindir Amir. Padahal macam cakar ayam dilihatnya. “I cuba buat minutes ni dulu, nanti I bagi dekat you.” Senyumnya kelat.
Okay, good!” Ucap Amira tanpa memandangnya.
Walaupun rasa menyampah dengan Amira, tapi ditelan je perangai majikannya  memandangkan mahu bekerja lama di syarikat itu. Pintu ditarik lalu Amir keluar dari bilik tersebut. Dalam hati je dia berani menyumpah.
Terjengah-jengah kepala Amira melihat lelaki itu di luar. Kemudian terkekek-kekek dia ketawakannya. Puas hati dapat kenakan lelaki itu. Dia nak tengok, sejauh mana Amir dapat siapkan minit mesyuarat tersebut. Hatinya bersorak gembira. Dokumen di atas meja di selak satu persatu untuk di semak. Setengah hari kemudian, Amir mengetuk pintu lalu masuk untuk menyerahkan minit mesyuarat yang disiapkan kepada Amira.
“Cik Mira, I dah siapkan minutes tu. Check dulu, kalau ada salah nanti I betulkan.” Amir menghulurkan minit mesyuarat tersebut kepada Amira.
“Sekejapnya?”
“Yalah, suruh siap by todaykan?” Amir senyum kelat.
Amira mula membacanya dengan tenang. Lima minit berlalu. Wajahnya mulai serius. Di selak lagi helaian demi helaian. Wajah Amir dipandang sekilas lalu dicampak minit mesyuarat tersebut pada lelaki itu.
“Eh! You tak sekolah ya? Buat minit macam budak-budak! I tak boleh accept you kerja lama dengan I lah kalau macam ni! Baik I transfer you pergi ke department lain lagi senang. Kat sini kerja kena cepat! Kena on time!”
Bagaikan tamparan hebat bila seorang gadis cuba mengherdiknya dengan kasar. Terlihat tulang pipinya bergerak. Mata merenung tajam ke arah Amira.
“Cik Mira, you jangan biadap!”
“Eh! I bos ke you bos? Suka hati I lah nak maki you ke tak!”
“Cik Mira!” Panggil Amir dengan suara sederhana.
Amira menyandar tubuhnya sambil menyelak dokumen yang ada di tangan. Muka berlagak tu. Selamba je dia tidak menjawab panggilan Amir.
“Cik Amira!!” Panggil Amir sekali lagi.
 Namun gadis itu masih dengan kepulan awan di kepalanya. Dia berangan! Tangan Amir terus menepuk meja. “Cik Amira Zulaikha!!!”
Terhenjut bahu gadis itu dibuatnya. “Ini apa yang tengking-tengking I ni?”
Amir menjeling bosan. “You dengar tak apa I explain tadi?!”
What?! Pasal minutes meeting tu?! It’s lousiest minutes!” Ucap Amira selamba dengan muka tak bersalah.
“Lousiest minutes?!” Berkerut dahi Amir mendengarnya. “What minutes you are talking now?! We are discussing on your job scope! Are you dreaming?!
Amira terkedu. Dia tersedar. Terus meletup kepulan awan di kepalanya. OMG! Aku berangan ke tadi? Malunya! Mana nak sorok muka ni?! Detik hatinya lalu disusun fail kembali ke atas meja. Merah padam mukanya menahan malu.
“Err… apa job scope saya tadi ya?” Amira memandang kelat ke wajah majikannya.
Amir mengeluh seraya membawa tubuhnya rapat ke meja. Kedua tangannya bercantum sambil merenung gadis di hadapannya. Hingga membuat gadis itu serba tidak kena.
Cantik jugak anak makcik sebelah rumah aku ni tapi sayangnya lembab. Kenangkan terdesak je nak pakai orang sebab tak cukup tangan nak buat kerja. Kalau tak, dah lama aku minta HR pilihan yang lain. Bisik hati Amir.
“Mira, apa yang you fikir tadi?”
“Err… tak apa-apa.”
Jemari Amir mula berada di atas keyboard computer. “For your info, I tak suka staff I hilang focus semasa meeting atau discussion. So, please well prepare ya. Kerja kita banyak melibatkan figures. Kalau silap, masa depan memang padah. Kena D.I, terus buang kerja.”
D.I? Kena buang kerja? Takutnya dengar. Amira tertunduk resah. Hai kenapalah aku ni kuat berangan? Bisik hatinya tidak berani merenung mata lelaki itu. Telinganya terdengar mesin printer berbunyi dan mengeluarkan beberapa helai kertas di situ.
“I malas nak ulang banyak kali. You balik ke tempat dan baca balik job scope you. Kalau tak faham, tanya!” Ucap Amir sambil menghulurkan kertas tersebut kepada Amira.
Kertas tersebut di ambil oleh Amira. Dia membacanya sekilas.
“Err… ada apa-apa kerja untuk saya ke?” Soalku.
“Banyak! Tapi tak boleh bagi you seretak sebab I tengok hari pertama pun you dah macam blur tak faham apa. You buka fail yang I bagi atas meja you dan study. Nanti I buat handover notes untuk you. So you can go now.”
Dia cakap aku blur? Kuang ajaq! Amira akur dengan arahan yang diberi oleh Amir.
“Baiklah, bos.” Balas Amira lemah.
“Semangat sikit! Baru hari pertama kerja you dah mengeluh. Macam mana nak kerja lama dekat sini kalau dah awal-awal you tunjukkan kelemahan?”
Psychonya bos aku! Benci! “Okay bos! Saya akan lebih bersemangat!” Ucap Amira penuh semangat sambil menggayakan tangan.
Terkebil mata Amir memandangnya yang nampak over excited. Amira bangkit lalu berjalan ke arah pintu. Diekori gadis itu dengan ekoran mata sambil menggeleng kepala. Sekilas matanya terpandang sesuatu di atas meja seraya memandang Amira yang sudah keluar dari biliknya.
Amira mengetab bibir sambil mengenang rasa malu. Sebaik pintu bilik itu ditutup rapat, dia mengeluh sambil menepuk dahi.
“Malunya aku! Macam mana aku boleh berangan depan dia?! Dah terlepas cakap pulak tu!! Haish! Rasa nak sorok muka dalam baju je. Ini baru sehari aku kerja dengan dia. Kalau hari-hari, macam mana agaknya aku nak berhadapan dengan dia?! Di office muka dia, di rumah pun muka dia jugak. Pendek kata dua puluh empat jam sentiasa nampak muka dia je. Ah! Malunya aku hari ni!” Amira merungut sendiri sambil berkali-kali menepuk kedua belah pipi.
Tiba-tiba pintu bilik Amir terbuka dari dalam. Amira tersentap. Amir terperanjat melihat Amira masih tercegat di hadapan biliknya.
Are  you okay?”
Pantas Amira menoleh. “Yes, saya okay. He..he..” Tersengih kelat.
Then kenapa tercegat lagi dekat sini?”
“Err… baca bismillah dulu then baru balik ke tempat.” Jawab Amira terus berlalu.
Wait! Wait!”
Apa lagilah anak makcik sebelah ni?! Amira berpaling semula. Amir menunjukkan sebuah buku kepadanya.
“Is it yours? Couse I tak guna buku notes macam budak-budak ni.”
Bulat mata Amira mendengarnya. Buku macam budak-budak? Buku apa? Owh! Buku nota yang dihiasi dengan cartoon Winnie the pooh itu dipandang. Erk! Macam mana boleh lupa? Rona merah terus menyerbu ke wajahnya. Malu!
Thanks!” Terus Amira berpaling. Mulut terkumat-kamit menyumpah majikan.

        Amir menggeleng lalu tersenyum lucu. Gelagat Amira ditenung lama sambil berpeluk tubuh. Pada asalnya memang Amir tidak senang bila dapat tahu anak jiran sebelah menjadi rakan sekerja. Bengang pun tak hilang lagi. Kerana perbuatan Amira, dia dimarahi oleh ibunya. Namun setengah hari mengenali gadis itu buat dia jadi suka pula. Seronok hatinya bila dapat menyakat Amira selalu. Bolehlah dijadikan bahan untuk menghibur hati.

7 comments

Anonymous
December 4, 2012 at 1:12 PM

best ! hehe.. nak next n3 :))

December 4, 2012 at 8:03 PM

InsyaAllah sy cuba ya.. =)

Anonymous
December 11, 2012 at 1:46 PM

Assalamualaikum... Err.. bab 4,mmg xde ke? or trus jump ke bab 5?? Truskan usaha..I love this story..

December 11, 2012 at 1:53 PM

Bab 4 sy dah upload di entry bawah dear...

Anonymous
April 28, 2013 at 3:51 PM

entry bawah mana?? bab 4?? cari "page doesnt exist".. :(

April 28, 2013 at 4:12 PM

sy dah betulkan... boleh baca... sorry ye...

Anonymous
April 28, 2013 at 4:24 PM

hehe... isK, dah jumpa... trimass :D

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia