Zalora Beri Voucher Lagi

Assalamualaikum

Nak tau macam mana Zalora boleh bagi voucer pada sy? Ceritanya gini. Pada satu hari tu saya nak membeli belah di Zalora untuk beli baju anak. Tak silap masa tu harga baju kurung kanak-kanank tu RM59 kot. Lepas tu sy berkira-kira nak beli sbb nak survey yang lain pulak. Sampailah terlupa dan biarkan ia masuk dalam fav list. Dah beberapa minggu Zalora duk remind kata akan simpankan stok kononnyalah. Dah biasa dah tarikan dia nak suh kita beli kat dia.

Hinggalah satu hari tu tetiba email dari zalora mengatakan baju kurung kanak-kanak yg sy jadikan fav list telah di diskaunkan sehingga 90%. Apa lagi cepat2lah saya tengok baju kurung anak sy tu dah turun harga menjadi RM15 sepasang dan terus purchase + RM5 postage! Dah clear payment dan bukti permbayaran RM20 tu, tetiba dekat 5 hari tunggu tak dapat2. Sy ni bukan jenis suka tunggu dan 100% pecaya dengan online selling ni. Tapi bila dah tahap lembab dkt seminggu ni mmg peliklahkan. Sy pun terus call Zalora dan bertanyakan khabar baju anak saya tu dan tau apa yg berlaku???

 Rupanya, saya purchase untuk barang yang dah SOLD! Dia orang tak update sistem. Sy punya hangin tapi masih maintain suara lagi sebelum naik darah. Lepas tu pihak dia orang mohon maaf dan credit storekan menjadi voucher RM15 balik pada sy. Sy pelik gak untuk apa voucher tu? Kalau nak credit store, pihak dia orang kena pulangkan semula pada sy RM20 bukan RM15 je! So RM5 tu mana perginya? Sy call semula dan perkara yg sama juga dia orang explain. Sy dah bosan dan terus guna jelah RM15 tu utk beli kasut yg harganya RM19 (tak teruja pun sbb terpaksa beli) So tolak credit store RM15 tu jadilah RM4 je. Ingatkan postage free???? Rupanya dia cas jugak RM5 dan jadilah RM9. Malas nak cakap banyak... pihak zalora terus pos kasut tu pada hari yg sy purchase tu jugak. Takut sy bising lg kot. Next day dah sampai. CEPAT! Tau apa yg saya dapat pulak dalam parcel tu utk bodek sy lagi?

Ini dia, voucher 3 tiket wayang RM10, 10% diskaun, 25% uk kawan rapat. 
Maknanya suh purchase lagi! Marketing! Huhu... 1 voucher tiket wayang dah sy bg pada student practical di office, ada lagi dua je... 
Nak tengok wayang time dah ada anak ni jangan haraplah kan...
Cadangan???


6 comments

July 22, 2013 at 11:59 PM

hahaha...siannya....:)
jadi baju baby tak jadi beli ke dik...:)

July 23, 2013 at 12:30 AM

wahhhh.. best. rezeki ni..

July 23, 2013 at 7:25 AM

ye... baju zulaikha tak jd beli sbb stok tak de... melampau juga sbb tak diberitahu awal2... dah byr, stok tak de boleh pulak disenyapkan je...? adoi.. ada pro n con beli kat zalora ni...

July 23, 2013 at 7:26 AM

mmg rezeki... utk pujuk hati cust dia ni ni.. hehe

July 23, 2013 at 11:10 AM

wah bestnye. rezeki raya ke? hehe

July 23, 2013 at 11:20 AM

lebih kuranglah haha..

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia