BAB 7
SEMASA
pembentangan budgetberlangsung, Amira
begitu focus mencatat sesuatu di atas buku comel dia tu. Berpeluh juga dia
mencatat minit walaupun penghawa dingin dalam bilik mesyuarat tersebut mampu
menampung suhu sejuk untuk sepuluhahli mesyuarat. Sesekali Amir memandang Amira
yang sikit pun dia tidak memandang pada slidepresentation
di hadapan.
“Untuktraveling budgettahun depan, I anggarkan
kita perlu dalam RM80k.”
“Traveling tahun lepas kita budget
berapa ribu?” Puan Zalina bertanya.
“RM50k puan.”
“Budget tahun ni berapa ribu?”
“Upjadi RM65k.”
“For next year budget, you up lagi jadi RM80k?”
“Ya puan.”
“Uih, banyak sangat ni
Zuhairi.”
Puan Zalina membetulkan
duduknya. Suasana bilik mesyuarat menjadi gamat. Masing-masing bercerita sesama
sendiri tentang budgetkewangan yang
dibentangkan oleh Amir ketika itu. Terlihat salah seorang ahli mesyuarat
mengangkat tangan.
“Puan!I nak celah
sikit.” Kata pegawai dari bahagian pengurusan projek.
“Yes, apa dia Taufiq?”
“I setuju dengan amount RM80k tu. Amount yang Zuhairi anggarkan tu adalah berpandu pada projek yang
tengah jalan sekarang. I tak nak nanti jadi macam last year terpaksa guna budgetunit
lain.”
Kini semua mata memberi
tumpuan kepada anak muda itu termasuklah Amira yang sudah bersedia untuk
mencatat sesuatu.Usahalah dia memahami issue yang dibincangkan walaupun
sebenarnya dia tidak faham.
“Biasalah EBITDA
crisis.” Celah beberapa suara.
Dah, menatang apa pulak
EBITDA tu wei?! Amira menggaru kepala dengan hujung kilometrico pen.Kemudian
menulis perkataan itu di dalam buku.Nampak benar wajahnya celaru. Banyak yang
perlu dipelajari dalam syarikat ini. Terdetik juga di hatinya, andai satu masa
tiba gilirannyaperlu membentangkan issuebudget
tahunan, mampukah dia lakukan perkara yang sama seperti Amir di hadapan sana?
Amira focus semula hingga
matanya telus merenung wajah Amir di hadapan sana.Akalnya mula mengandaikan
Amir adalah dirinya. Awan berkepukkeluar menjadi angan-angan dan meneroka ke
segenap ruang bilik mesyuarat. Andaikan aku naik pangkat, Amir kena tendang
keluar, Ngeh! Ngeh! Ngeh!
“Puan, disebabkan
EBITDA crisis banyak cost kita yang
kena cantas.” Terang Amira yang dia sendiri pun tak faham apa itu EBITDA
sebenarnya.
“Team building budget pun dipotong juga puan.” Celah salah seorang
pegawai Technical lelaki.
Team
building tu apa kejadahnya pulak? Mampus kalau ditanya aku
tak tau nak jawab ni. Amira senyum ketat memandang pegawai yang bersuara tadi.
“Apa
cerita ni Mira? Boleh you explain?”
Soal puan Zalina menjeling.
“Err… kena explain ya?”
“Yes, teruskan…”
Puan Zalina mengangguk
lalu diteguk secawan kopi. Amira mula terkulat-kulat di hadapan bila semua mata
tertumpu padanya.
“Err… sebelum tu boleh
ke puan cerita sikit apa tujuan team
building tu ya?”
Hampir tersembur air minuman
yang diteguk oleh puan Zalina waktu itu. Amira tergamam melihatnya.
“Puan, are you okay?” Soal salah seorang ahli
mesyuarat terdekat menghulur tisu.
Yang lain membisu
seribu bahasa. Semacam gerun tidak berani bersuara. Puan Zalina merampas tisu
dari tangan pegawai itu.
“Mira, you present ni tak buat preparationdulu ke?How come you boleh tak tau teambuilding
tu untuk apa?!” Soal puan Zalina serius sambil mengesat mulutnya.
“Err…cool puan. I bukan tak buat preparation tapi cuma tak sempat baca
habis memandangkan I baru jejoincompany
ni satu hari je. Ngeee…”
“Oh ya ke?” Puan Zalina
serius selamba. “Okay, tak apa. Ehem! FYI, bagi sesiapa yang belum tahu! Team building tu bertujuan untuk lihat
hasil kerjasama staf tak kira pangkat dalam memajukan syarikat.” Tiba-tiba puan
Zalina berdiri.“Di dalam team buildinglah
kita boleh lihat semangat berpasukan antara staf beraksi. Kalau you all semua perasanlahkan, environment dalam syarikat kita ni macam
buat hal sendiri je.Kurang ada kerjasama dan masing-masing berkira.So, kita nak hapuskan environment macam ni dengan adanya team building! Faham?!”
Amira menjungkit
kening. Yang lain semua mematung. Puan Zalina dah seperti wakil rakyat berucap
di hadapan. Penuh emosi dan semangat berpasukan.
“Oh, I see.” Jawab Amira. “Err…
thank you puan. Err… can I proceed with my slide?”
Amira tersengih kelat
memandang puan Zalina.
“Ehem! Yes silakan.”Ucap puan Zalina baru sedar
yang dia terlebih beremosi di hadapan.
Hi! Hi! Hi! Puan dah
beri kepercayaan pada aku. Sekarang aku yang berkuasa untuk ambil alih tugassi
Amir jahanam tu!Bisik hati Amira.
“Sebenarnya kita dah pernah
mohon budget team building sebelum ni
tapi tak lepas.Alasannya kalau nak mohon second time
kena after three years.” Jelasnya
yang tahu serba sedikit tentang issue
tersebut.
“Last team building bila?” Soal puan Zalina.
“Lima tahun lepas puan
dan sepatutnya kita dah boleh mohon untuk next year budget.”
Cewah! Amira nampak confident dan penuh bergaya walaupun ada rasa
takut-takut semasa membuat pembentangan budget.
Erm, kalau macam nilah gayanya tak adalah susah sangat nak jadi manager. Ni dalam angan-angankan? Suka
hati akulah jadi manager!Hik! Hik! Hik! Bisik hati nakal Amira.
“Tahun ni you masukkan budget team building.” Arah puan Zalina.
“So, macam mana dengan budget lain? Traveling ada masalah?”
“Okay untuk traveling budget, I buat costingberpandu pada info yang diberi
oleheach unit.For your info, pada tahun-tahun lepas, budget tak pernahnya cukup. Every
year mesti updalam 20%. So, for next year budget I up terus 30% dan amount tersebut kekal untuk tahun seterusnya tetapi bergantung pada
situasilah.”
“Macam mana you handle budget sebelum ni, asyik tak cukup
je?” Soal Puan Zalina mengerut dahi.
Amira pamerkan wajah
berlagak. “Puan,as you know. I baru join syarikat pada tahun ni…”
“Audience! Can anybody tell me, siapa yang handle budget last year?”Celah
puan Zalina sebelum Amira menghabiskan ayatnya.
“Amir Zuhairi!” Jawab
ahli mesyuarat.
“Owh ya! That guy! Now I remember.Staff
bermasalah. Meninggalkan tahi lembu pada kita semua.” Ucap puan Zalina.
Amira jungkit kening.
Tahi lembu?Tergamam juga dia mendengarnya.Senyumannya terukir jahat. Tanduk
setan tumbuh suku dengan niat menjadi batu api. Masa inilah kalau dia nak
mengampu pun.
Amir Zuhairi tu staff bermasalah?!Kih! Kih! Kih! Ada chance aku naik pangkat ni. Ehm, padan
muka dia. Derhaka lagi pada aku. Tak pasal kena tulah orang teraniaya. Bisik
hati Amira senyum penuh agenda.
“Yeah, that’s right. I am agreed puan.That’s why budget last year tak pernah cukup dibuatnya.I pun rasa frustmempunyai leader yang ‘jual ikan’!” Ucap Amira penuh semangat.
“Jual ikan?!” Puan
Zalinatercengang.
“Err… maksud I ‘selfish’ puan.” Ulas Amira sengih. “Oleh
kerana sikapnya yang begitu, maka sangat menyusahkan kita satu division! Tapi takapa puan, kita belum
terlambat untuk betulkan semua kesilapan yang ditinggalkan. Demi syarikat, I
sanggup bersengkang mata untuk siapkan semua!”Ucap Amira semangatmengampu
majikannya.
Pergh! Jahat gila aku
jadi batu api! Batu api pun tak jahat macam ni! Kalau jadi kaki ampu, memang
menjadi.Amira sinis tersenyum.
Tiba-tiba pintu bilik
mesyuarat terbuka luas. Kini semua mata terpana melihat insan biadab yangcuba
mengganggu kosentrasi ahli mesyuarat.Amira terpaku seketika. Pen di tangan
terlepas jua.Puan Zalina bangkit dengan wajah bengisnya.
“Amir Zuhairi?!”
Jeng! Jeng! Jeng!Oh!
Hoii! Kalau mata dah bertentang mata... Hati di dalam bagai nak gila… Heh! Lagu
apa ni?Dua, tiga kali Amira berkedip mata, menggeleng kepala. Focus! Focus!
Bala dah dekat tu!
“Zuhairi, what are you doing here? You are not my staff anymore. Get out!” Halau puan Zalina sambil
menunding jari ke arah pintu.
Berlaku drama sebabak. Waktu
itu Amira melangkah rapat ke arah puan Zalina lalu berdiri di belakang wanita
itu sebagai backup. Senyuman jahatnya
saling tak tumpah seperti setan bertopengkan manusia. Cuma tambah tanduk je
dekat kepala.
Wajah lelaki itu
ditenung sinis oleh Amira. Berlagak bukan main. Mengalahkan puan Zalina pula. Semua
ahli mesyuarat membisu seribu bahasa. Masing-masing tidak berani nak menyampuk
sebarang kata.
“Puan, I can explain it. Jangan percayacakap
perempuan tu! Di tangan I ada slide
yang betul.I dah siapkan semua sebagai bukti untuk you judge sendiri.”
“Puan, jangan dengar
cakap dia. Nanti you confuse dengan rayuan
dia.” Bisik Amira di telinga puan Zalina.
Kecik besar-kecik besar
je mata Amir tenung mata Amira. Begitu juga dengan Amira yang tidak mahu
mengalah dengan Amir. Bagai ada panahan petir berlaku di antara mata mereka.Amira
senyum nakal bila timbul idea khianatdi mindanya. Amir pula berteka-teki
membaca minda gadis itu.
Sekilas Amiramelirik
matapada computer bimbitnya yang sedang memancarkan slide presentation melalui projector.Serentak
itu jugaAmir melirik mata pada computer bimbit yang sama. Lantas masing-masing
bergerak pantas untuk mendapatkan computer tersebut sebelum ia jatuh ke tangan
salah seorang daripada mereka. Acara rebutan kuasa mulai berlaku di situ sambil
disaksikan olah ahli mesyuarat lain.
“Bagi akulah!” Amir
membuntang mata pada gadis itu sambil ditarik computer itu kepadanya.
“Saya punyalah!” Amira
menjegil mata pada lelaki itu lalu ditarik computer itu kepadanya pula.
“Kau jangan dengki.
Segalanya akan terbongkar jugak!” Kata Amir cuba menarik lagi computer itu.
“Tidak! Awak ingat
semudah itu saya nak bagi?!” Kata Amira juga cuba merampas computer tersebut.
Blink! Blink! Blink!
Di dalam situasi
sebenar, mula ada suara-suara yang berbisikdi dalam mesyuarat tersebut.Lucu
bila melihat dua pasang tangan sedang merebutkan sebuah file. Puan Zalina yang sedar situasi itu mula memandang aneh pada
Amir yang sedang tegas berkomunikasi dengan Amira.
“Are you okay Zuhairi?Discuss
apa yang lama sangat tu?”
“Oh tak ada apa. Hanya
salah faham sikit. Oneminutes puan!”
Amir tersengih kelat. Berpeluh
juga dia menahan malu di hadapan ahli mesyuarat dengan kelakuan Amira yang
sedang merebutkan filebudget tahun
lepas dengannya.
“Ini saya punyalah!
Jangan harap awak dapat tunjuk slide
tu pada puan!” Tegas Amira yang masih berebutkan file tersebut dari tangan Amir.
“Tunjuk slidekepala hotak kau?! Woi!Aku nak guna
filebudget ni lah! Puan nak tengok summary budget aku sekarang! Bagi aku
fail ni!”Amir terus merampas fail tersebut serta-merta dari tangan Amira.
Terkebil mata gadis
itu. Dia mendongak memandang wajah Amir yang bengis. Serta-merta kepulan awan
dikepalanya meletup dan hilang diminda. Wajahnya resah. Kelam kabut dia mencari
buku Winnie the pooh untuk sambung
ambil minit semula. Namun buku nota tersebut tiada di atas meja mahu pun di
tangannya.
“Kau cari ini ya?”
Sekilas Amira
terpandangkan buku nota comel yang sedang berada di dalam tangan Amir. Lelaki
itu senyum jahat.
“Buku saya!”
“Ya! Aku tahu.”Amir
terus mencampak buku nota Winnie the pooh
milik Amira itu ke tengah meja mesyuarat. “Habis meeting jumpa aku dekat bilik!!!” Bisik
Amir tegas.
Amira cuak membuntang
mata.Bahasa diri pun dah berubah. Glurp! Mati aku kali ni. Bisik hati Amira.
Ternyata buku nota Winnie the poohtelah menarik perhatian semua.
“Amboi, comelnya buku
dia. Pinjam boleh?” Tegur Taufiq, pegawai dari unit Pengurusan Projek.
Dari tadi Amira
diperhatikan lelaki itu. Kelakuan Amira yang agak clumsy tadi telah menjadi tarikan matanya. Tertanya-tanya juga dia
dengan kehadiran ahli baru itu di dalam mesyuarat tersebut.
Amira tersengih
menayang gigi. Pantas tangannya mencapai buku nota dan terus kembali duduk
menumpukan perhatian. Malu tak usah cakaplah. Winnie the pooh adalah cartoonkesukaannya.
Sebab itu dia sanggup usung buku tersebut ke mana sahaja. Tak sangka pula ia
menjadi bahan ketawa di pejabat baru.
Amir menahan rasa lucu
sambil terus berlalu bersama dengan dokumen budget
yang ingin diusul kepada puan
Zalina.
“Puan, ini budget tahun lepas dan yang ni pula budget tahun ni. Satu lagi ni summary bagi ke dua-dua tahun.”
Dokumen tersebut mula
bertukar tangan. Puan Zalina mula membaca dengan teliti. Setelah berpuas hati
dia membuat keputusan.
“Baiklah, kita letak
RM80k tu. Lepas tak lepas tu bergantung pada topmanagement. Cuma nanti you tunjukkan sebulan berapa kerap staff kita travel keluar.”
“Okay puan.” Amir mengangguk.
Sekilas puan Zalina
memandang pegawai-pegawainya.
“Whonextpresenter?”
Pegawai lelaki dari
bahagian pengurusan projek tadi tidak putus perhatikan gelagat Amira.
Sehinggalah Amir kembali muncul lalu duduk di sebelah gadis itu. Dia mula
merapatkan wajah pada rakan disebelah.
“Eh Hajar, staff baru ke tu?” Soal Taufiq.
“Erm, I think so.” Balas Hajar merenung Amira
dari jauh.
“Kenapa tak introduce pada kita?”
“You ask Zuhairilah.” Kata Hajar malas ambil tahu. Namun tiba-tiba
dia rapat kembali untuk berbisik. “Kenapa you tanya? Admire ke?”
“You ni Hajar, I tanya
je.”
“Ya ke tanya je?” Hajar
menyiku lengan lelaki itu sambil tersenyum mengusik.
“Cuba youpositive sikit. Tak baik syak I yang
bukan-bukan.” Nafi pegawai lelaki itu.
Hajar menoleh. Senyuman
sinis terukir di bibirnya.
“Mr. Taufiq, I try to be positive but I can’t because I
know who you are?”
“Siapa I kalau you
kenal?”
“Hallo, bro! You ingat I kenal you ni sehari dua ke? Erm?” Perli
Hajar menjeling.
Taufiq hanya tersenyum
pada Hajar. Matanya kembali merenung Amira sebaik sahaja terpandang Amir yang
sudah kembali ke tempat duduknya. Begitu rancak dia melihat dua rakan sekerja
itu membual sesuatu merujuk pada file-file di hadapan mereka. Terdetik juga
dihatinya mahu cuba anak bunga baru. Itu pun kalau bernasib baik diterima.
4 comments
awak ditag...
http://setiasmile.blogspot.com/2013/07/ga-like-ja-bah-by-sharina.html
Tq i will join...
menarik.. :)
Tq... ;)