Yeay! Akhirnya siap juga sy punya biskut batik yg nak di bawa ke rumah mertua ptg ni. Hehehe.. actually this is first time sy tunjuk skill kat mertua dan ipar duai setelah bertahun lamanya. Sebelum ni tak nak tunjuk sangat, nanti kena suruh macam2 muahaha... Okay find! So bahan2 tadi sy tunjukkan semula ya.
Bahan-bahannya :
1/2 Planta (planta beli yg saiz kecik)
1 Cawan milo (yg ni belilah paket kecik)
1/2 Susu pekat manis (Jgn letak 1 tin, kecing manis pulak nanti)
1 Paket biskut marie (Patahkan 4 ya)
1 Sudu besar asen vanila
2 Sudu serbuk coklat
Cara nak buat dia
1. Campurkan planta, susu pekat manis, secawan milo, serbuk koko dan asen vanila.
2. Kacau hingga sebati jgn ada ketul2.
3. Bila dah ada blup-blup menggelegak tu silalah masuk biskut marie yg dah di patah empat.
4. Kacaulah biskut marie itu hinga bodynya di saluti coklat tadi. Tapi jangan kacau lama sangat ya, nanti lembik tak best
5. Tutup api
6. Masukkan dalam bekas/loyang yg boleh muatkan biskut batik yg anda masak tu. Tekap-tekapkan permukaannya dgn sudu, bagi mampat.
7. Rasa macam dah puas hati, masukkan dalam peti ais.
Inilah dia hasilnya yg nak di bawa ke rumah mertua sy petang ni.
Sudut bucu... hehehe
Sudut tengah... hehehe
Sy letak aluminium foil tu pasal senang nak bawak keluar kek batik dan potong seperti biasa.
DAH SIAP!
Amacam? Terliur tak kome nengok teman punya kek batik ni?
Ngehehe.. sabo ye, tunggu 4 jam lagi nak berbuka...
Selamat berbuka semua!
7 comments
sedap tu.
Sedap... sy yg tukang buat pun terliur..
Asyik mkn kek ni...
aduuhhh terliur sedap nie
sila ler try... senang je..
perghhh.. meleleh air liur tgk.. hehe
sabar... sabar... 8 jam lagi nak berbuka...