Diet : Makanan Sampingan Ketika Lapar

Assalamualaikum

Hari ni saya nak share makanan sampingan sy ketika diet. Semua orang taukan, kalau diet je mesti ingat tak boleh makan nasi, tak boleh makan itu, tak boleh makan ini. NO! Sebenarnya boleh cuma makan dalam kuantiti yg sikit je. Setiap orang jumlah kalori berbeza. Kalau korang taulah cam mana nak kira kalori dlm bdn korang, memang baguslah. Dari situ korang tau macm mana nak kawal jumlah kalori dlm makanan harian yg korang makan.

Okay, macam sy pulak, setiap pagi breakfast sy bancuh nestum kosong dengan sesudu gula. Tawar memang tawar tapi ingat untuk kesihatan. Sebenarnya, minum nestum kosong pun dah kenyang. Tak payah makan nasi, mehon, mee atau kuih-muih bagai. Kalau fikir balik, sebab tulah penduduk Malaysia ramai berpenyakit sebab pagi makanan berat, tengah hari makanan berat, malam pun makanan berat. Itu yang kita dengar ada belia umur 30an pun dah boleh kena stroke, kena kencing manis, darah tinggi. Muda belia lagi. Jadi, kita yang belum kena ni jagalah kesihatan.

Cuba tengok muesli bars tu kat kotak dia dah siap tulis less then 100cal per bar. So, mkn satu bar pun dah kenyang. Janganlah pergi mentekedarah sampai sekotak habis. Itu dah jadi 600cal. Nasi xboleh ambil dah der lepas tu. Kalau ambil jugak, bertambahlah kalori dalam badan. Korang kena tau, jumlah kalori dalam nasi berlauk ada lebih kurang 1000cal. So, pandai-pandailah sukat makanan korang ye.


Biasanya saya akan ambil cereal bars ni dalam jam 10am ke atas dan lepas jam 3pm bila perut dah rasa lapar. Jumlah kalorinya sikit je. Memang dah sukat satu bar 100calori. Makan jam 10am boleh tahan kenyang sampai jam 12pm-1pm waktu makan tengah hari. Sebelah petang pulak makan jam 3pm boleh tahan kenyang sampai kul 4pm-5pm habis waktu kerja. Kalau lapo gak, banyakkan minum air masak ya. Hilangkan lapo tu segera. Kalau korang dah try tapi lapo gak, cubalah minum oat pulak. Kalau dah minum oat pun still lapo gak, memang teman tak taulah perut jenis apa kome tu, huhuhu... Makan tengah hari pulak saya akan ambil segenggam nasi, lauk sayur, ikan/ayam (pilih salah satu)


Cookies oat ni kalorinya agak berat sikit. Tak silap dalam 120cal satu pack.

Cereal Bars ni pulak hanya 90cal per bar. So, dah boleh budget lepas tu boleh mkn apa.

Yogood muesli bars ni banyak perisa (mangga, strawberry, wildberry dll). Satu bar ada less then 100cal. So, pilihlah perisa apa korang nak ikut selera tekak korang.

Yg ni sedap tau! Haha... walaupun brand tesco, tapi sedap. Trylah ya.

So, korang tak nak tau ke berapa kilo berat saya turun? Haaa... kalau nak tau now berat saya sudah turun 7kg. Masih dalam proses lagi dalam penurunan berat badan. Menu makanan pun tak berubah. Nasi tetap makanan walau segenggam.

Dietlah cara sihat. Seminggu 1 kg turun pun dah ok. Kira sebulan 4 kg turun. So, mcm sy sebulan lebih 7kg turun dengan penuh sabar. Okay, kita pun dah nak puasa ni, so gunalah peluang ni untuk diet disamping menjalani ibadah puasa. Selamat mencuba...

2 comments

July 1, 2013 at 1:04 PM

Saya dah cuba makan tu time lapar tapi masih gak rasa mengikis-gikis dalam perut saya.. Huhu..

July 1, 2013 at 1:32 PM

hohoho... takpe klu lapar banyakkan minum air masak... tp nak kenyang lagi minum oat... insyaAllah kenyang...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia