Assalamualaikum,
Siapa pernah try produk Anugerah? Produk yang dibaca dengan 30juzuk ayat al-Quran dengan ayat-ayat terpilih. Elok bagi sesiapa yang ada gangguan atau sesiapa yang mahu mencegah dari terkena gangguan. Inilah cara perubatan islam yang terbaik, yang mana pusat darusyifaq pun akuinya.
Saya baca testimoni2 pembeli yang dah cuba produk ni, memang banyak berkesan. Saya tanya ustaz di kawasan perumahan saya tentang produk ni, pun dapat galakan untuk menggunakan produk ni. Di samping guna produk ni, kita berdoa dan mohon perlindungan dan pertolongan dari Allah s.w.t.
Antara produk Anugerah yang menjadi kegunaan harian saya ialah pencuci muka, losyen sejuta khasiat, minyak kasturi, minyak anugerah dan air minuman anugerah
Ini losyen sejuta khasiat Anugerah. Saya gunakannya setiap malam sebelum tidur dengan al fatihah dan selawat. Sangat bahang dan panas. Saya gunakannya di bahagian yang berlemak seperti lengan, perut dan peha. Hasilnya sangat memuaskan, inci berkurangan. =)
Ini pulak pencuci muka Anugerah. Yang ini hanya untuk kulit biasa yang tiada masalah. Saya gunakan setiap kali nak mandi. Baca alfatihah dalam hati dan selawat 3 kali. InsyaAllah muka kita akan bersih sentiasa.
Ini pulak Minyak sejuta rahsia Anugerah. Kegunaannya untuk sakit2 sendi, sakit perut ke, lenguh2 badan ke atau seangkatan dgnnya. Tukang urut badan (bidan) pun guna minyak ni untuk pelanggan. Memang selesa bila gunakan.
Ada yg pesan jangan guna pd kanak2, takut nanti manangis pijau (panas) pulak. Betul ke panas sangat? Sy pun try lumur pada diri sendiri tp tak adalah panas pijau macam yg dia orang cakap tu. Sy cuma rasa macam minyak angin biasa je. Tak adalah bahang dan sy rasa boleh gunakan untuk budak2 jugak. So, sy pun lumur je macam biasa kat perut Zulaikha dalam setitik ke dua titik mcm tulah dgn selawat. Yelah, perut budak 3 tahun kecik je pon. Dia punyalah suka setiap kali lepas mandi mesti gunakan kat perut dia nak bagi selesa. Bila dia sakit perut pun sy letak juga minyak sejuta rahsia ni dengan selawat. Jika amalkan selalu di bahagian yg sakit, InsyaAllah akan pulih dengan baik.
Apa perbezaan orang yang 'bermasalah' dengan orang yang 'tidak bermasalah' bila guna minyak sejuta rahsia ni?
Okay, contoh bagi mereka yg ada masalah gangguan, mereka akan rasa bahang panas ya amat sangat di bahagian2 tempat yg dilumur tapi bagi mereka yg tiada masalah gangguan, panas tu mereka akan rasa seperti minyak angin biasa je dan selesa digunakan macam biasa. Sy cerita berdasarkan pengalaman dari kwn2, saudara mara dan sy sendiri. =)
Ini pulak Minyak kasturi anugerah. Bau minyak wangi yang harum. Calit sikit je kat bawah telinga, kat nadi dan kening untuk menaikkan seri dan pemanis. Kalau orang tengok wajah kita sejuk je. Tak adalah nak marah-marah. =)
Saya terbaca satu pengalaman dr hamba Allah ni. Mak mertua dia benci sangat kat dia. Lepas dia amalkan minyak wangi kasturi ni dengan bacaan al-fatihah, selawat sambil mengadap kiblat, alhamdulillah lama-lama sejuk hati mak mertua bila tengok dia dan layan dia seperti menantu2 lain.
So, siapa ada bos2 yg panas baran tu, boleh le guna minyak kasturi ni supaya deme tak marah2 korang. Huhu... Sesungguhnya minyak Anugerah, hasil keajaiban al-quran.
Sy guna ni bila perlu je. Bukan selalu. =)
Air Mineral Anugerah pulak sesekali sy gunakan untuk mandian anak sy dan air minumnya sambil berselawat dan berniat kepada Allah swt. InsyaAllah, sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab. Jadi doalah yang baik-baik untuk anak-anak. Doa juga untuk diri kita sendiri jika amalkan meminum air anugerah ni.
Ini yang sy gunakan. =) Cubalah amalkan produk ni dalam harian kita. IsyaAllah...