Ruang Iklan Untuk Disewa

Tourist Shot User Manuel


Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com



SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."


Minion Road Tax Sticker

Oh, tidak... kenapa tiba-tiba saya gila minions ni? Tak pasal-pasal terpengaruh dengan minat anak saya sendiri. Cartoon fav Zulaikha adalah minions Despicable Me. Sampai tabung pun nak tabung minion yang kecik cenonet tu. Tak cukup dengan tu, bantal peluk pun nak minion jugak. Cuma baju je belum beli yang design gambo minion. Hari tu dia dah mintak dah. Cuma tak jumpa lagi yang mana berkenan.

Now mak dia ni ha pulak tersampok nak beli roadtax sticker yang ada gambo minion. Bapak dia geleng kepala ja tengok perangai mak dia sama cam anak. Hehehe.. lepas ni abang polis tgk roadtax sy nampak minion dululah ya. Kalau tak, hambar je nampak nombor. Hehe...

Sticker Roadtax Mak Zulaikha (sayalah tu)

Tabung minion Zulaikha

Slipar minion mak Zulaikha (Saya punyalah tu hehe)

Korang tengoklah bertaba addictednya kami anak beranak dengan minion. Ni nak tambah lagi koleksi minions yg saiz beso punya...




Siapa nak tau bahasa minion boleh tengok sini ya... hehe..





Pelakon popular 80an, Noreen Noor meninggal dunia



AMPANG: Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Berusia 40an, Allahyarhamah meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

Berita mula diterbitkan pada: Oktober 22, 2013 08:44 (MYT)

Tips fesyen untuk wanita yang rendah



Memiliki saiz badan yang kurang tinggi atau pendek biasanya menjadi halangan kepada seseorang wanita itu untuk mengaya sesuatu fesyen dan mengekspresikan fesyen tersebut dan ada sesetengahnya yang menggangap untuk kelihatan tinggi haruslah menggunakan kasut bertumit tinggi. 

Namun kini anda tidak perlu lagi menyusahkan diri anda memakai kasut bertumit tinggi hanya kerana mahu tampak tinggi kerana di sini kami ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana untuk kelihatan tinggi melalui pemakaian anda yang mana pasti ianya akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri anda dan percayalah untuk kelihatan tinggi tidak perlulah menyakitkan badan dengan menggunakan kasut tinggi kerana mengikut kajian pemakaian kasut tinggi tidak baik untuk kesihatan. 

Tip-tip yang boleh gadis di luar sana praktiskan untuk kelihatan tinggi bak model: 

Warna pakaian 
Elakkan pakaian dengan warna yang terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin menyerlahkan bahagian- bahagian yang anda ingin sembunyikan. Warna baju hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada bahagian bawah pakaian skirt atau seluar juga akan menambah kesan tinggi pada tubuh anda. 

Motif atau corak pakaian 
Pilihlah pakaian yang bercorak dan berukuran tebal kerana ia akan lebih efektif untuk menjadikan anda kelihatan lebih ramping. Oleh sebab itu, pilih motif garisan vertikal yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Kalau boleh pakailah skirt blaus, t-shirt dan gaun bergaris kerana garis vertikal ini akan membuat tubuh anda nampak lebih tinggi. Untuk kelihatan lebih tinggi Anda juga boleh pakai seluar yang panjang dan menutupi sampai ke bahagian kasut. 

Ukuran pakaian 
Anda juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang anda gunakan. Banyak orang memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar supaya kelihatan ramping. Ini adalah salah kerana pakaian yang terlalu ketat akan menampakkan kekurangan pada tubuh anda, sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan menutupkan kelebihan dan kekuatan yang boleh anda tonjolkan dan apabila ukuran pakaian yang sesuai tentunya akan menampakkan anda lebih tinggi. 

Skirt
Jika anda suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki Anda kelihatan lebih besar, sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan menampakkan tubuh anda lebih kelihatan lebih gemuk. 

Postur 
Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu anda untuk kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah tegak jika Anda ingin kelihatan lebih ramping dan yakinlah pada diri yang walaupun anda tidak tinggi tetapi sekurang-sekurang anda bijak berfesyen. 

Kesimpulannnya fesyen itu dapat membantu untuk anda nampak lebih tinggi dan juga fesyen itu boleh membantu anda nampak lebih menarik. Hakikatnya walaupun setinggi mana pun anda jika anda pandai mengayakan pakaian, pastinya akan kelihatan lebih elegan dan tinggi tanpa perlu mengenakan kasut tumit tinggi.

Celcom Bar Line Broadband

Assalamualaikum...

Tansion jugak bila celcom bar line broadband sy. Puncanya terlebih credit limit je. Ni gara2 yg terpurchace sampai 10gb tu la. Basic RM68 4gb tp terpurchase RM100 mmg overlah dari creadit limit. Dah macam mana teman nak membayonya kalau dia dah bar line ku. Ni pun guna hp punyalah payah. Asyik log out je. Bosan. Tak pelah guna jelah hp sampai hari isnin. Buat transaction kat office. Grrrr... sabo jelah ni ha...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia