Ruang Iklan Untuk Disewa

Showing posts with label Zulaikha Minat Membaca Dan Menulis? Ikut Siapa Tu?. Show all posts
Showing posts with label Zulaikha Minat Membaca Dan Menulis? Ikut Siapa Tu?. Show all posts

Zulaikha Minat Membaca Dan Menulis? Ikut Siapa Tu?


Setiap hari lepas balik sekolah je mesti Zulaikha cakap kat aku...

"Mama, cikgu Shima suruh kita baca buku hijau ni. Kalau kita tak baca, nanti cikgu Shima marah."

Ooo.. cakap cikgu dia dengar, cakap mama ngan ayah, buat tengin je.
Korang taulah, budak kalau dengan cikgu dia memang dengar cakap tapi kalau dengan kita dia main-main.
Bukan tak dengar cakap, dia mungkin dengar tapi dia tak seriouslah.
So, aku bila dengar dia nak belajar tu suruhlah dia guna meja tulis aku tu untuk dia belajar.
Yang penting botol susu tak tinggal ya. Memang sentiasa kena ada kat sebelah. 

Apa yang aku perasan selama ni, Zulaikha ada satu minat ke arah membaca dan menulis tau.
Waktu bila aku perasan? 
Sejak dia sekolah ni asal aku balik kerja je terus dia siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi tanpa di suruh.
Dia akan siapkan semua termasuklah buku yang cikgu suruh dia baca tu then bila dah siap barulah dia nak main ke, nak tidur ke, nak makan ke, atau apa sajalah.
Itulah rutin dia seharian tapi kalau satu hari tu tiba-tiba tak namapk dia pengang buku, haaaa yang tu kena tanya, ada kerja sekolah atau tak.
Biasanya kalau macam tu tak ada kerja sekolah atau pun dia terlupa.

Pergh! Sebiji copy paste perangai aku habaq hang sebab aku memang suka menulis dan membaca.
Bagus! Bagus! Biar dia ikut hobi mak dia ni, jangan ikut hobi ayah dia tu, giler memancing kojenye.
Setakat ni bukan aku sorang je yang nampak, mak tok dan tok abah dia pun nampak jugak.
Even Pak Wan sendiri pun sedar yang anak dia ni kaki membaca dan menulis haha.

I support youlah sayang!
Nanti mama ada gang nak menulis!
(~_^)

Sekian.

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia