Assalamualaikum...
Apa khabar semua, KM dah lama betul tak update blog. Tak taulah korang ingat lagi ke tidak dengan KM haha. Preggy kali ni memang agak teruk sikit sampai kena admitted hospital. Macam-macam alahan sampai jadi high BP. Apa pun doakan kesihatan KM dan baby ya.
Kali ni saja nak share dengan korang beberapa koleksi perbualan Zulaikha yang spontan dan sempatlah KM ingat sampai sekarang. Kadang-kadang tak terfikir pun dek akal dia boleh cakap macam tu haha. Selamat membaca...
Tajuk: Soup
Aku yang tengah lalok ni terdengar perbualan bapak dengan anak dari dalam bilik...
Zulaikha: Ayah soup dlm bahasa english apa?
Ayah: Soup lah.
Zulaikha: Betul2 la ayah. Soup dlm bahasa english apa?
Ayah: Laaaa.. Betul la tu soup.
Zulaikha: Salah!!! (Dgn confidentnya dia menjawab) Soup dlm bahasa english tu KUAH!!!
Ayah: Kuah???
Muehehehe... terbalik... Kena gelak dgn ayah dia...
Tajuk: Baby Kicking
Zulaikha nampak perut mak dia bergelodak.
Aku: Kakak nak rasa baby kicking tak?
Zulaikha: Nak!
Dia pun excited letak tangan kat perut aku. Sekali dapat dua das tendangan, spontan terus dia tarik tangan. Tau apa dia cakap?
Aku: Hah, rasa tak?
Zulaikha: (muka panic) Rasa... Kesian kat adik, nak keluar tak boleh, sebab tu dia tendang kuat..."
Aku: Hahahaha... Nasib baik dia tak ckp "You ate that baby???"
Okeh setakat tu je nak share... lain kali update lagi daaaa...
4 comments
Haha comelnya Zulaikha!
hehehehe story ke2 tu kelakar ;p
paling kelakar sis JM ingat KM dah bersalin hohoho
baby nk keluar? zulaikha....zulaikha hihhi
kak KM is back! :D