Ruang Iklan Untuk Disewa

Cabaran 30 Hari Entry : Day 17 : 5 Perkara Yang KM Rindukan Apa Sahaja

Assalamualaikum.

Cabaran kali ni KM tak mo panjang-panjang sangat.
Straight to the point je senang hihi.
Maaflah agak lambat update tapi janji adakan?
Bukan apa satu hari banyak sangat pulak entry KM publish huhu.
Kesemuanya autopublish pulak tu.

Okeh kali ni, apa 5 perkara yang KM rindukan?
Apa ya? kejap nak fikir.

1. Rindukan Zaman Sekolah.

Tak taulah kalau tengok balik kenangan zaman belajar dulu memang rasa rindu sangat. Nak jumpa bukannya senang. Masing-masing dah duduk jauh. KM je yang duduk terceruk di hujung dunia.


2. Rindukan Masakan Arwah Ibu Mertua
credit to http://www.ourlittlekitchen.net

Kalau korang nak tau, KM sempat dengan mak mertua KM hanya 5 tahun je. Lepas tu arwah pergi meninggalkan kami semua adik beradik sebab stroke dan tekanan darah tinggi. Setiap kali raya, KM sangat suka makan lontong masakan arwah mak mertua ni. Satu pagi di hari raya sebelum balik ke perak, arwah siap isikan dalam tong bekas suruh bawa balik kampung makan ramai2. KM punya sukalah masa tu sebab tau dia masak lontong memang sedap sangat. Tapi sayangnya tak sempat nak turunkan kat KM huhu. Kalau KM buat pun ikut resepi KM yang rasanya amat berbeza.


3. Rindukan Perkhidmatan Bos Lama

Terus terang cakap kita kalau bekerja mesti mahukan bos yang sporting dan boleh ngam dengan semua stafkan? Tapi biasalah, tak semuanya kekal di dalam satu division. Mestilah masing-masing ada matlamat. Nak kejar matlamat tu perlu keluar dan kembangkan pengalaman. Sama jugak dengan bos lama KM. Dato' N. Kami semua rindukan jasa perkhidmatan beliau di dalam division kami dulu. Bagi KM bos ni paling sporting dengan semua staff. Lebih kurang 2 tahun selepas dia bertukar ke tempat lain, masuklah bos baru. Dan alhamdulillah, di gantikan jugak dengan bos yang sporting. (Nasib baik)


4. Rindukan Shah Alam

Yang ni memang rindu sangat-sangat sebab dah berpindahkan. Shah Alam tempat membesar dari sekolah rendah ke sekolah menengah. 25 tahun KM dibesarkan di Shah Alam. KM rindukan jiran2 kat sana dan rata-ratanya juga ramai yang dah pindah dan beli rumah lain lepas bersara. Anak-anak jiran yang membesar dengan KM pun dah bawa hala tuju masing-masing.

Sampai 4 je, yang ke 5 jenuh KM fikir apa benda tapi dah lupa.
Jadi itu jelah yang KM rindukan sekarang.
Oklah, itu je.
Nanti sambung cabaran lain pulak ya.
daaa..

9 comments

September 19, 2014 at 3:13 PM

rindu zaman bujang..sobsob..haha

September 19, 2014 at 3:23 PM

Salam singgah, wah memang rindu.. btw, camne nak join cabaran 30 hari ni?? huhu. bagitau kat sini. studioous.blogspot.com

September 19, 2014 at 3:24 PM

rindu zaman sekolah jugak.. :)

September 19, 2014 at 3:29 PM

Oo jihe boleh search kat entry lama KM jom join cabaran 30 hari. Kat situ ada soalannya. Tp ni dah hari ke 19. Jenuh nak kejar.

September 19, 2014 at 5:54 PM

rindukN zaman2 sekolah jugak.. rase nak blaja balik je

September 20, 2014 at 12:16 AM

Zaman sekolah ni rata2 org ramai rindu kan.. Saya pun.. Dulu rasa best bila jadi org besar, tp bila dah tua.. ingin nak jadi budah sekolah balik hehee..

September 20, 2014 at 10:48 AM

semua org rindukan zaman sekolah kan kak KM..

September 25, 2014 at 1:56 PM

Pernah skali ja pergi masjid ni.
Masa rombongan tadika.

September 26, 2014 at 9:59 PM

x rindu sama kak jm ke heeee

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia