Ruang Iklan Untuk Disewa

Produk Review Dari Zalora : Tudung Ariani

Assalamualaikum korang!

Dah baca tajuk ke? Hehe...
Kali ni aku nak buat produk review pulak.
*Ceh... apa mimpi pulak si mahirah ni buat produk review?*

Aku tak mimpi wei, ni betul-betul aku nak share produk best dari Zalora kat korang.
Hihi... aku kalau bab shopping onlinekan memang berhantu.
Psssttt!!! Korang pernah dengar Tudung Ariani tak?
Tak pernah dengar?  
Ke pernah dengar gitu-gitu je? (^^,)
Haaaaa meh sini aku nak cerita sikit pasal Tudung Ariani ni.
Yang pasti kalau korang dengar mesti rasa teruja punyalah.
*Ceh, konfiden je mahirahkan? Haha!*


Okay, jom aku start bercerita.
Korang mesti dah pernah dengar Galeri Muslimah Ariani kan?
Ok, korang tau ke apa disebalik kejayaan Ariani sampai namanya nampak gah kat mata Malaysia?
Tak taukan? Haaaaa... meh sini aku nak certia ni sikit kat korang.

Kalau korang nak tau, Ariani ni dah muncul sebagai  salah  satu  jenama  tudung kat Malaysia yang menawarkan macam-macam koleksi hijab yang menarik tau? Yang terujanya, rangkaian tudung dari jenama popular ini dah memecah tembok persaingan dari semua jenama-jenama lain. Hasil  usaha  yang tak pernah putus dan macam-macam strategi pemasaran yang berkesan dan competitive telah melonjakkan nama jenama Galeri  Ariani  dalam pasaran Malaysia. Haaaa... malah kalau korang nak tau penerimaan orang ramai terhadap koleksi tudung Ariani ni pun dah semakin bertambah dari hari ke sehari. Dan apa yang lebih menarik ialah Ariani  menerima banyak pelanggan baru bagi kumpulan pelanggan setia mereka yang sedia ada.

Jadi,  fenomena  yang  dibawa  oleh  Ariani  ini sekarang dah pun membuka  mata  ramai  orang dan termasuklah  pemerhati  fesyen  kat Malaysia. Haaaaa... mereka pun bersetuju tau dengan pandangan  yang Ariani sekarang ni adalah antara jenama terkemuka yang semakin gah dalam pasaran  fesyen  Muslimah terkini kat Malaysia. Buktinya kalau korang nak tau, setiap tahun koleksi tudung  terbaru  Ariani  mesti  akan  terima  sambutan  yang  cukup  hangat  dikalangan  wanita  kat  Malaysia ni.



Tengoklah, cantik tak koleksi tudung Ariani?
Aku tengok pon rambang mata kot! Haha!


Aku suka yang warna merah ni.
Tudung ni Nampak lebih elegant kalau aku yang pakailah. Haha!

Sambung lagi cerita tudung Ariani ni.
Untuk pengetahuan korang, tudung Ariani ni dah menghasilkan gelombang trend fesyen tudung terkini dengan bermacam-macam rekaan yang sangat cantik, menarik dan awesome! Contoh gambar seperti di atas. Haaaa... jenama ini jugak kalau korang nak tau, dah berjaya mencipta sentuhan trademark tersendiri ke atas semua koleksi  hijab dan shawl terkini mereka. Tak susah pun nak tengok dan nak spot koleksi  tudung Ariani ni. Sekarang Ariani dah melangkah lebih besar dengan kehadiran koleksi-koleksi tudung terbaru dari mereka yang cantik belaka tu.


Korang tengok ni, siapa yang jadi model tudung Ariani? Dato Siti beb!
Cunkan dia hihi. Tudung yang dia pakai tu pun cantik.


Nampak muda remaja dan menawan walaupun dah 3 siri hehe.

Tengoklah,  jalinan  kerjasama  bersama  personality  hebat  dalam  industry  hiburan  Malaysia,  Dato’ Siti  Nurhaliza  telah  membuka  lembaran  baru  dalam  dunia  fesyen  dan  industri  fesyen  Malaysia.  Siapa  yang  tak  kenal  dengan  diva  cantik  lagi  tersohor  ini  kan?  Popularitinya  pun  dah  menjangkau  bukan  setakat  pentas  seni  tempatan,  malahan  diterima  dengan  cukup  baik  dan  supportive  dari  para  peminatnya  di negara-negara  seperti  Brunei,  Singapura,  Indonesia  dan  lain-lain.

Tak  sangka  wei,  koleksi  eksklusif  tudung  Ariani  bersama  Siti  Nurhaliza  ni  dapat sambutan yang sangat-sangat hebat dari para peminat kedua-dua ‘jenama’ hebat ini – Dato’ Siti Nurhaliza  dan  Galeri  Ariani.  Kalau  korang  mencari  jenama ini,  apa  kata  korang  layari  website  ZALORA Malaysia  sebab mereka ni  menawarkan  koleksi  tudung  Ariani  dengan  rekaan  terkini  dengan  harga  yang  berpatutan  di  laman web dia orang.  Malahan kalau korang nak dapatkan koleksi  tudung  Ariani  bersama Siti  Nurhaliza  ni  boleh  jugak  beli kat  ZALORA. 
 Apa lagi? Jom le tengok  koleksi  hijab online ini  sekarang!

Enjoy!

9 comments

August 15, 2014 at 6:02 PM

hahaha Nadyya gila tudung. opcrse tahu tudung ariani.. mcm2 patern ek skg.. cantekkk!!!

nanti nak tgok laa :)

August 15, 2014 at 6:55 PM

wah, haritu ada nak g butik tudung Ariani tu tapi terpergi awal pula -.-

insya-ALLAH, ada masa nak g sana lagi. kalau lg senang, online je ye dak.. hehe

August 15, 2014 at 7:30 PM

cantik2 la tudung dia tuh . sukaaaa :D

August 15, 2014 at 10:34 PM

selalunya stalk di zaharah.com je. hehehe. ariani pun lawo gak. meletup

August 16, 2014 at 9:11 AM

lawooooooooooooooooo! tapi mcm mahal :(

August 16, 2014 at 9:22 AM

Sebutje ariani semua org akan ingat tudung sebut je jimmy choo semua org akan ingat kasut bila sebut karya mahirah semua org tahu penulis blog tp bila sebut jari manis semua pandang jari sendiri hahaha org x kenal pun Jm ahahaha. Ehhh komen ada kaitan ke tidak?

Pernah jgk masuk butik ariani ni just tgk2 design dorang pastu tgk duit dlm dompet hurmm x oe lah pakal shawl rm30 sepasang je lah

August 16, 2014 at 3:23 PM

hahh nih meati sponsored post kan kan..hahaha

August 16, 2014 at 4:12 PM

wah..cantik2..tapi tak pernanh beli tudung ariani lagi..

August 21, 2014 at 11:37 PM

Nti nk survey2 la kt zalora blik.. :)

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia