Iklan 18SX : Tukar Ads Preferences Di Akaun Nuffnang

Korang aku dah banyak dengar pasal iklan 18SX dari nuffnang ni. Cuma aku tak tau sejauh mana kerapnya iklan tu berjoget kat ruang iklan aku. Aku harap kalau korang ada terpandang iklan ni, bagi tahu ya. Cuma sekarang aku dah dapat jalan penyelesaian. Aku tau ni pun sebab terbaca dari blog 2 orang blogger ni Yana Yani dan Mimi Azirah. Mereka share masalah yang sama berlaku pada iklan nuffnangnya. Tak sangka pulak nuffnang pun ada buat iklan 18SX. Aduhai, jadi macam tak berkat pulak kalau ada yang terklik iklan tu.

So, apa yang blogger ni kongsikan ialah kita kena pergi ke manage blogs dan setting balik ads preferences tu jadikan ia sebagai Charity Ads, bukan Global CPC/CPA ads. Selama ni mesti kita semua dah terklik Global CPC/CPA ads kan? So kali ni kita ubah je terus dan updatelah survey sekali. Dengan cara ni dapatlah kita elakkan dari timbulkan satu salah faham pada blog kita. Kalau tak, sia-sia je orang singgah tengok blog dan kebetulan masa tu iklan lucah tengah berjoget haaaaaa... terus orang cabut lari sebab ingatkan blog kita tu blog lucah. Kan ke tak pasal-pasal jadi magsa fitnah? So, hati-hati ya.


Aku harap lepas ni nuffnang kena lebih peka dengan iklan-iklan 18sx ni sebab mejoriti blogger yang register dengan nuffnang ni islam. Dan aku percaya orang bukan islam pun mesti ada yang tidak selesa dengan iklan-iklan yang menimbulkan isu 18sx ni. So, nuffnang kami tak suka iklan 18sx ni dari berlegar-legar di ruang iklan blog kami. Harap maklum!

Sekian.

16 comments

July 20, 2014 at 12:57 AM

apa beza global tu ngan charity ni KM?

July 20, 2014 at 1:03 AM

sy pun tak pasti ira tp apa yg sy fhm klu global tu kita akan terima semua jenis iklan seluruh dunia termasuk yg iklan 18sx tu. part ni kena ada org yg lebih pakar terangkan...

July 20, 2014 at 1:47 AM

sangat kerap sebenarnya iklan seksi meksi tu semua jejoget..
CT pun da tukar thank you :D
geram betul..

July 20, 2014 at 2:03 AM

CT ada nampak kat blog KM tak? huhu malunya...

July 20, 2014 at 2:08 AM

Susah gak klu cam ni. Nasib baik ada solution :)

July 20, 2014 at 2:15 AM

kita kena lebih hati2 hal ni... sbb sebelum ni ada akak ternampak tapi akak dah lupa blog siapa dan anggap blog tu blog lucah haha... rupanya dia bukan blog lucah... kesian dia kena banned ngan akak...

July 20, 2014 at 6:25 AM

nice sharing... nasib baik ada solution... hari tu member tegur jgk blog ada iklan camtu... puas nk explain.. malu pn satu hal.. thank you... =)

July 20, 2014 at 8:04 AM

itulah, hopefuly dgn cara ni nuffnang akan lebih pekalah.

July 20, 2014 at 11:05 AM

Ade ke? Tak pernah lagi nampak dekat blog sendiri atau blog orang lain kempen 18sx ni.

July 20, 2014 at 11:05 AM

harap mr nuff lebih peka

July 20, 2014 at 11:07 AM

Dah tukar !! Thanks akak !! :)

July 20, 2014 at 3:15 PM

sy pernah nampak dulu... sampai sy fikir yg sy termasuk blog lucah tp rupanya iklan nuffnang... tp tak ingat siapa punya blog sbb dah lama...

July 20, 2014 at 3:15 PM

ye... memang kena peka...

July 20, 2014 at 3:17 PM

no problem.. =)

July 20, 2014 at 10:08 PM

dia suka keluar malam dan subuh.. waktu siang jarang. kan... memang tak sesuai lerr, especially kat blog.. melain la.. blog porno.. heee

July 20, 2014 at 10:16 PM

ye.. time malam akak tak nampak lagi.. time subuh mmg tak tengoklah sbb ngantuk tido balik pas subuh...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia