Ruang Iklan Untuk Disewa

Meja Kecil Untuk Zulaikha Juga

Assalamualaikum,

Hahaha.. nak gelak dulu baru cerita. Kan baru-baru ni saya baru beli meja tulis dan kerusi baru, jadi saya terfikir ada lebih baik kalau saya lapik dengan kain. Kalau togel sangat pun tak cantik jugak. Kebetulan saya jumpa shawl warna hijau yang memang saya tak pakai dah. Jadi, saya pun ambillah shawl tu untuk dijadikan alas meja. Wah.. memang sungguh green bilik saya. Semuanya serba serbi hijau. Saya suka permandangan di mata saya nampak hijau sahaja. Orang kata elok untuk mata dan juga ia melambangkan ke islaman. =)
Nak dijadikan cerita, anak dara saya pun berkenan dengan kerusi hijau saya ni. Dia suka benar memanjat dan duduk atas kerusi ni dengan anak patung dia. Siap cakap lagi, "Mama belilah satu kerusi macam ni untuk kita." Adoi... request bukan main. Kesian punya pasal, saya pun ambillah portable meja saya yang lama serta kerusi kecil untuk dia. Kemudian saya letakkan meja dia dan kerusi di sebelah meja saya. Janji susun dia sama macam mama. Sebijik! Punyalah seronok kawan tu bila dapat meja dan kerusi sebijik. Tengok xcited dia tu buat daku ketawa je.

Inilah dia mejanya. Comelkan? Memang sesuai dengan tuannya yang kecik tu. Meja konon nak menghadap tingkap tapi bukan nampak pun luar tingkap tu. Angan-angan punya pasal. Janji dia puas hati sudah. Senyap sikit mulutnya. Kalau tidak, mengungkitlah 24 jam.



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia