Ruang Iklan Untuk Disewa

HomeDeco: Bilik Tidur Dengan Meja tulis dan Kerusi Baru

Assalamualaikum, 

Sekian lama saya mencari, men-survey meja tulis dan high back chair berwarna hijau yang mana ianya nak dipadankan dengan tema bilik saya. Rata-rata saya cari semuanya tak ada high back chair warna hijau. Saya teringin kerusi yang selesa waktu buat kerja menaip di rumah. Cari punya carilah kat google ni dan adalah beberapa design yang berkenan. Yang mana harganya bukanlah saya mampu milik pun. Dan saya rasa memang tak layak saya miliki kerusi macam tu. 

Jadinya, saya pun hanya cuci mata dengan beberapa design di bawah ni. Manalah tahu, tengah survey2 dapat pulak design yang lebih kuran atau ala-alan gambar di bawah ni dengan harga murah. Itu pun dalam mimpilah kot haha. Kalau jadi kenyataan alhamdulillah... 

Ini adalah antara kerusi idaman yang saya nak selama ni. Saya memang pentingkan keselesaan tapi ikut tahap kemampuan ler pun. Kalau tak mampu buat cara tak mampu. Kerusi macam ni hanya layak dibeli oleh bos2 besar yang ada bilik khas sendiri di rumah haha. Daku cuma ikan bilis jer. So, simpan je angan2 nak beli kerusi ni sebab harganya RM1500++ ya. Dah sama harga dengan sebuah sofa L-Shape 



Beralih kepada design ini pula. Yang ni lebih kurang je macam design yang atas tu. Cumanya yang ni high back dia lebih tebal dan selesa kot. Yang atas tu macam jaring je. Tapi bagi saya dua2 di atas nampak exclusive dan moden.

Beralih pula kepada design ni. Yang ni memang saya suka. Sebabnya dia daripada kulit. PU kulit kot. Tapi confirm tak berat sebab nipis. Masalahnya yang ni lagi mahal dari fabric haha. So, pangkah habislah kalau yang ni.


Design ni pulak nak kata lama tapi baru, modern. Ah! Wa tak kisah design baru atau lama janji wa dapat duduk dengan selesa. Cumanya dalam banyak2 kilang perabot, tak satu pun yang harganya bawah RM300. Nampak tak? Hahaha... ya, saya memang standby budget untuk beli kerusi ni dengan harga bawah RM300 je. Maklumlah ikut kemampuan, so kalau tengok design kerusi semua di atas, memang tak dapatlah RM300 ke bawahkan? Jadinya, saya dengan pasrah tak membelilah sbb kerusi ni pun harga RM500. Huhu...

Dan akhirnya bila kata ikut kemampuan, saya pun pilihlah kerusi ini. Jeng jejeng!
Ok tak? ok tak? 
Okaylahkan, janji harganya bawah RM300. Nak tau? Saya tak tawar pun. Oleh sebab dia nampak saya macam berkira2 nak beli, jadi dia terus tawarkan saya RM250 instead of RM299. Huhu... rezekilah tu. Janji kerusi ni selesa, boleh bersila, boleh rehatkan pinggang. Yang penting boleh buat kerusi rehat, haha. Akhirnya high back chair yang saya idamkan pun tercapai. Walaupun tak sebiji macam design yang sebelum ni.  

Apa yang penting, warna kerusi mesti match dengan tema bilik saya. Meja, saya beli yang kecil je. Karang kalau beli yang besar, tak muat pulak nak letak dalam bilik hehe. Bilik saya wallpapernya warna hijau seperti ini. Jadi, sangat sesuai saya beli kerusi warna hijau tu. hehe..


Yang sebenarnya saya cuma nak tengok2 je tapi bila dah terpandang kerusi warna hijau ni, terus rasa tak sabar nak beli. Sebelum tu mintak pendapat suami dulu. Walaupun dia kata tak kisah dgn pilihan saya tapi apa2 saya memang suka mintak pendapat dia. Hehe...

Balik rumah tadi, saya tak sabar betul nak kemas bilik. Habis bilik tu kami ubah suai sikit perabut. Mana yang tak perlu, saya transfer ke bilik belakang. Rak buku novel saya pindahkan di sebelah meja tulis. Hias punya hias, jadilah macam di bawah ni.

Masih ada lagi ruang untuk main pondok2 kat belakang kerusi tu hehehe. Buat masa ni meja tu kosong lagilah. Kejap lagi mulalah berkecah. So simple kan? Janji ada. Almari tak payah carilah, almari saya tu payah nak amik gambo. Besar sangat. Tingginya dah sampai siling. Haha...

Saya sebenarnya berangan nak meja tulis yang macam di bawah ni tapi saya tau harganya amat mahal dan kalau nak milikinya kena tempah untuk build-in. So, tak mampu, buat cara tak mampu. Jangan membazir. Haha... (sentiasa ingatkan diri sendiri ni)
Meja dia lagi simple kan? tapi build-in kat dinding. Huhu.. saya percaya nak buat ni perlukan modal dalam RM5k ke atas. Kalau tak ada, abaikan je. Apa yang saya boleh buat adalah seperti di bawah ni je.

Last touch up tadi, saya letak lampu tidur kat atas meja. Abaikan botol biru tu. Memang saya akan standby air sebelum tidur atau semasa buat kerja. Jadi, inilah hasilnya. Dalam gambar ni saya tau yang tak kena adalah langsir. Memang saya nak kena ubah langsir bunga2 ni jadi langsir plain.

Inilah dia table mini saya.
Oklah, itu je yang saya nak share setakat ni.
Bye! Bye!

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia