Vacuum Baru Untuk Kami

Assalamualaikum,

Nak tau? Semalam kami gigih pergi cari vacuum baru setelah vacuum lama jenama Penasonic yang berkhidmat kepada kami selama 6 tahun itu sudah menunjukkan tanda-tanda sudah semput. Sayang... tapi nak buat macam mana, masa kami guna tu ada bau burning. Cuak jugaklah kami tengok. Burning tu sebab dia tak mampu nak sedut kuat tapi kena paksa, tu yang bau hangit tu. Sudahnya terpaksalah pakai penyapu untuk beberapa bulan yang lama.

Inilah dia vacuum kesayangan itu.

So, semalam macam mana terdetik nak beli vacuum baru? Ceritanya gini, saya nak ubah suai perabot bilik tidur. Masalahnya kalau nak ubah suai bilik tidur, mestilah habuk terbang menggila masa alih-alih perabot tu. Macam mana pun, vacuum mesti kena beli jugak. Jadi tak sabar rasanya nak ubah suasana itu, kami pun teruslah pergi mencari kat tesco. Alahai... brand dia buat hati ku tak teruja nak beli. Jadi kami pergi ke pilihan ke dua ia itu court mammoth. Harga tengah murah pulak tu. Dengan bahagianya satu-satu ku usha harga dan berkenanlah dekat brand Elba warna maroon. Pergh... silau mata mak tengok ni. Kam pun buat kata putus, terus nak beli yang ini.


Malam tadi jugak kami kemas bilik tidur dan rasa lapangnya bilik lepas dah ubah tu.
Lepas ni, bolehlah saya beli meja study pulak. Hihihi...


1 comment

February 15, 2014 at 8:32 PM

zam smlm pun dok usha barang2 elektrik ni

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia