Tanggal
8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari
itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu.
pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo
kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia
Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major
ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila
kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan
dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM
Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.
petang
menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu
yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan
keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk
membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar
keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.
aku,ramzul
dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki
dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi
salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah
aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika
diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan
aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko
termenung bro”? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan
kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak
guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. “Entah la aku pon
pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”?
sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar
menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to
kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga
setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.
Aku
hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan
melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan
mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang
korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap sembarangan dah
lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata ramzul seperti
meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu
pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita
lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak
lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin
yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita
mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam
kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.
Perjalanan
kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah
di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari
negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan
barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila
tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang
datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk
pengesahan.
Apabila
kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila
melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah
lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga
bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika
berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama
zulfakar. ” apa… kapten tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan
penuh berani.
aku
terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa
yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan
melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan
daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang
melanda sekala sekala deras.
ramzul
dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan
keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu
dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2
bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ” weiii.. korang nampak tak kat sana?”
tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku
dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ”
mana taka ada apa2 pon” pintas ramzul. ” ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2
bahtiar itu. ” apa yang kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar.
“Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul
lagi. ” takk..aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ” biar betul
kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku
sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat
sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal
dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di
dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya
sebuah kapal perang lama.. ” ramzulll.. minorrr” jerit aku meminta ramzul
teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal
tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin
dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi
keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal
perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah
melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .
Tiba-tiba
siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang
melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. ” apa yang terjadi kapten”?
“entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar
sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas
menenggelamkan diri” kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa
maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan
kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar
disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar
kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari
mereka.
Aku
turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah
mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin semakin
kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan
tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pon bnyak
yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan ” ahh kapal ni
tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri ” kata ku. sebab aku kata
begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak
dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring
dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih
berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan
kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan
rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”. dengan tak semana2 ada
satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew
termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab
nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal
kami.
kilat
terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua
krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam
kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah
sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah
seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus
meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan
muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu
berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..
Keadaan
pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang
aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di
pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya
melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di
serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami
dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada
kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu
sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama
yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa
maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.
perjalanan
pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan
berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak
terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar
dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya
apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana
melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu
hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke
tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak
ternilai semasa berada di lautan Atlantik..
ALLAH
MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…
Wujud
Paranormal Team!
sumber: mymedialab.blogspot.co.uk
- See more at:
http://anak-ketam.blogspot.com/2014/02/pengalaman-ngeri-rakyat-malaysia-di.html#sthash.L8qDz926.dpuf