Ruang Iklan Untuk Disewa

Steambot Time at Office (Friday Lunch Hour)

Assalamualaikum,

Jumaat hari yang sangat panjang rehatnya. Ada sorang member ni teringin benar nak makan steambot beramai-ramai kat office time lunch hour yang panjang itu. Mak buyung katakan, semua dia teringin. Hehe... kami layan je. Seronok makan ramai-ramai ni. Yang sebenarnya dia nak merasmikan periuk steambot yang dia dapat hadiah masa malam gliterz bollywood hari tu. Kami pun tumpanglah sekakikan.

So, nak dijadikan cerita, kami pun merancang beramai-ramai untuk kongsi beli bahan sorang sikit untuk buat steambot tu. Saya cuma bawak mee sanggul 2 paket, penapis dan senduk. Dia orang yang lain beli bahan2 untuk direbus. Tak sangka banyak tangan yang membeli boleh dapat banyak giler hasilnya dan dapat jamu satu office makan. MashaAllah... ini namanya rezeki. Memang puas kami makan dari tengah hari sampai ke petang. Kalau tengok petang tu semua dah jadi macam ular sawa. Hahaha... penangan steambot ala-ala Joneys gitu.


Ini adalah suku bahan yang kami sediakan. Suku je wei, banyak lagi tak bukak dalam plastik. Kami akan bukak bila ada lagi permintaan yang utk mereka.

Taaadaaaa... dah siap untuk di makan. Banyak tak bahan yang kita orang masukkan? Memang mengenyangkan wei...

p/s : Masa ni korang baca, steambot ni dah selamat dalam perut kami. Actually, bagus buat makan-makan macam ni. Dapat meningkatkan ukhwah sesama rakan sekerja. Cewah!

2 comments

January 19, 2014 at 10:25 AM

wow good idea! lain kali boleh buat mcm ni gak kat office zam

January 19, 2014 at 1:55 PM

zam.. jimat utk makan tengah hari kalau share ramai2 ni... just beli nasi kat kafe je... =)

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia