Bagaimana Hilangkan Dagu Berlapis



Assalamualaikum,

Kali ni nak share macam mana cara nak hilangkan dagu berlapis atau kata lain double chin.

Kepada siapa yang kat luar sana mempunyai dagu berlapis di sini kami ingin berkongsi dengan anda berita gembira kerana kini anda boleh lupakan semua latihan dan senaman yang berpanjangan juga berat serta pembedahan yang mahal untuk menghapuskan kesan dagu berlapis. 

Ini kerana syarikat farmaseutikal di Amerika Syarikat, California, Kythera telah menemui jalan penyelesaian apabila mengumumkan suntikan ATX -101 yang direka khas untuk menghilangkan dagu berlapis telah berjaya lulus ujian klinikal ke atas lebih 1,000 pesakit. 

Suntikan yang mengandungi versi sintetik asid deoxycholic, kompenen yang dihasilkan oleh badan untuk menggalakan perpecahan lemak. 

Walaubagaimanapun, suntikan ini juga mempunyai kesan sampingan iaitu bengkak, sakit, lebam, kesemutan dan kemerahan. 

Selain pembedahan plastik, suntikan ATX -101 boleh dijadikan sebagai jalan penyelesaian alternatif kepada anda di luar sana yang mempunyai dagu yang berlapis terutamanya golongan wanita.

4 comments

January 3, 2014 at 2:09 PM

Teknologi semakin maju nampaknya.

January 4, 2014 at 5:33 AM

alaa..nape nk buang..cun la dagu berlapis..

January 5, 2014 at 11:38 AM

ada sesetengah perempuan kisah dgn dagu berlapis hehe...

January 5, 2014 at 11:41 AM

tu la pasal...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia