Tok Abah Layan Cucu Main Pondok2

Assalamualaikum,

Hari ni sibuk Zulaikha ajak teman main kat luar. Mak tok punya rajinlah mop lantai luar sbb nak bentang tikar bagi cucu dia main. Apa lagi, punya seronoklah kawan tu berjimba2 depan rumah. Cuma yang letihnya sebab kena layan dia main sama2. Haha... kita ni jadi peneman dialah kat luar tu. Kesian dia, dah janji nak bawak main kat playground tapi ayahnya kena masuk shift awal. So, tak bolehlah bawak dia bermain2 kat playground.

Nak bagi dia happy, bawaklah ke rumah mak tok n tok abah. Luas sikit dapat main kat luar tu. Kalau rumah kami yang apartment ni, balkoni kecil. Tak puas pun nak main kat situ. Nak lepaskan dia kat luar, langsung tak percaya. Kang ntah ke mana2 hilangnya. Huhu.. dahlah  fobia dengar macam2 kes budak hilang. Kena berhati-hati sentiasa.

Dah macam taska halaman rumah tok abah dibuatnya...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia