Pesanan Ustaz Azhar Idrus




Pesanan Ustaz Azhar Idrus... 


Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam2 tugas untuk suami dan anak2 di rumah. Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami, dan macam2 lagi .... Kan banyak kerja isteri buat tu!

Asalnya isteri tidak wajib memasak, buat air, sapu sampah, basuh baju suami .... Tapi, apabila suami suruh, baru isteri wajib taat suami. Sebab tu isteri boleh minta upah dari suami. Oleh itu, mana2 perempuan yang buat kerja rumah, dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia.

Dah banyak mana kena bayar? Yang moleknya suami bayar RM1500 sebulan pada isteri. Tu dah kira murah. Tengok pelayan di restoran, gaji katakan RM800, tapi dia tak masak pun, cuma ambil oder saja. Tukang sapu, gaji RM600 cuma sapu sampah je. Orang gaji jaga anak saja, kena bayar RM500. Dah berapa dah jumlah tu. Tapi kerje2 tu semua isteri sorang yang buat.

Jadi sebab dah tahu ni, nanti para isteri bolehlah cakap pada suami, "Ustaz Azhar kata boleh mintak upah dengan suami. Jadi saya nak la dalam RM1500 sebulan..."

p/s : Hehehe... boleh cakap kat encik suami masing2 ya.

3 comments

October 8, 2013 at 3:08 PM

bole cakap kat bakal somi hik3..

October 8, 2013 at 4:21 PM

pengsanlah suami akak kalau nak bagi RM1500 sebulan...

October 9, 2013 at 8:19 AM

Berani ke tak nak cakap nie erk. Hahaha.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia