Manjakan Kaki Selepas Penat Berjalan

Assalamualaikum,

Semalam pergi site visit. Mak datok penat tak usah cakaplah, rasa macam nak tercabut kaki ni. Meninjau kawasan tapak dekat 5km setengah. Huhuhu... Mula2 pergi tu bestlah juga. Excited gila sbb dpt explore benda baru. Tapi bila dipertengahan tu dah mula flat. Jalan dah slow je. Nak duduk berehat tak de tempat. Otot2 semua dah sakit. Macam orang tua pun ada haha... Muka pun dah comot2 sampai ke balik. Macam muka apa je. Malas nak bermakeup bagai sbb pergi site visit penuh dengan debu bagai.

Inilah dia mas akat DCA tower. Sempat posing. Peace...

So, balik rumah je terus mandi. Pastu mula nak manja kan diri. Masakkan air. Ambil besen masukkan air sejuk. Tunggu air masak sambil baca novel. Lama jugak tunggu. Bila air masak tu berbulalah sessi manjakan kaki yg dah penat berjalan seharian ni.

Besen yg ada air sejuk

Bath salt ni bukan utk kaki je. Utk rendam badan pun boleh juga... hehe

Ini belakang dia. Siapa nak baca apa kebaikannya sila click gambar ya

Tuankan garam dalam air serta masukkan air panas tadi bersama. Jangan panas sangat karang melecur kaki masuk sepital plak huhu

So, rendamlah kaki anda mcm biasa. Hehe.. time ni segarnya rasa. Mcam otot kaki tu kembang kuncup je mengeluarkan toxin2.

After 15minit hingga 30minit. Sy keringkan kaki. Amibil minyak anugerah ni. Sapu dari lutut hingga ke jari kaki dengan selawat ke atas nabi. Alhamdulillah.. malam tu dah lega sikit. Boleh tidur dgn nyenyaknya... =)




8 comments

September 4, 2013 at 4:02 PM

wah macam best jer ni...

September 4, 2013 at 4:30 PM

mmg best.. hehe

September 4, 2013 at 4:33 PM

kadang-kadang ayu buat mcm tu gak. cume xde bath salt tu je. pakai garam biasa nak kasi nyah kan kuman kuman dan bakteria.hehe.. lagipun kat tapak kaki ada bnyak urat...bole lancarkan darah...

September 4, 2013 at 6:03 PM

Manjakan kaki :)

September 4, 2013 at 8:10 PM

buat selalu lagi bagus... buang segala toxin... akak terpaksa buat sbb smlm tersepak debu semen... huhu... ralit ambil gambar tak sedar depan ada debu... huhu..

September 4, 2013 at 8:11 PM

ya silalah manjakan kaki... selalu manjakan badankan? hehe

September 5, 2013 at 9:30 AM

Amboi..manjakan kaki...Salam kenal.Semoga berjaya dunia akhirat.

September 5, 2013 at 9:52 AM

hehehe.. sesekali...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia