Zikir Penenang Hati - Hasbi Rabbi

Assamualaikum,

Kali ni saya ingin berkongsi zikir yang sangat saya suka dan gemar mendengar di waktu saya gelisah. Zikir ni juga dapat memberi ketenangan dalam diri saya sewaktu saya merindui seseorang. Kita wajib menanamkan sifat yakin pada Allah s.w.t. Zikir ni dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah s.w.t serta ingatan kita padaNYA. Malah dibulan puasa ni juga kita disuruh untuk banyakkan beramal dengan berzikir.

Kalau korang semua rasa rindu akan seseorang, lafazkan dan bacalah zikir ini supaya hati korang rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan rindu itu kepada rindu yang Maha Esa lagi baik. Lebih afdhal lagi kalau kita fahami maksud erti setiap bait ayat zikir ni dan kita berserahlah pada Allah s.w.t.

Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita. =)

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hatiku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah



Syamil

2 comments

July 16, 2013 at 9:15 PM

tengs untuk info ni..
eh amal follow sini okay

July 16, 2013 at 9:26 PM

thanks amal... i follow back...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia