Pernikahan Hanif & Akmal (Part 1)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... kami selamat tiba di Jerantut Pahang jam 2pm tadi utk menghadiri majlis pernikahan Hanif & Akmal. Tak sangka adik aku ni dah jadi laki orang. Dengan 2 kali lafaz, Hanif telah pun bergelar suami kepada Akmal. Stadylah bro! Tak gabra langsung sebab pak imam suka buat lawak. 2 kali lafaz tu sebab tercicir 1 pekataaan je, yg lain ok.

Ini photo booth. Cantikkan. Plastik pun belum buka. Esok sanding baru buka.

Ini laluan pintu gerbang. Sempat sy ambil sementara berarak nak masuk rumah.

Ini pelamin dia, simple tapi cantik. Standard mana2 wedding sy pergi design pelaminnya mcm ni. 

Ini meja makan beradab. Bersih lagi sbb esok baru nak guna.

Dan inilah mempelai dua hati sejoli tu. Muka dah hilang neves macam tulah. Haha...

Apa pun semoga berbahagialah kalian berdua hingga akhir hayat. Esok klu sempat, update lagi ya... Daaaa...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia