Berazam Untuk Diet

Assalamualaikum,

Kali ini saya telah berazam untuk diet. Sejak lahirnya Zulaikha ke dunia, mak datuk badan ku dah tak tau macam mana rupanya. Tong drum ada kot! Chubby gilez! Ini baru anak sorang belum lagi anak seterusnya. Takkan setiap kali beranak, berat aku kena naik berkilo2 kot? Pengsan! So, azam saya sejak 4 bulan sudah adalah untuk berdiet. Saya kena jaga pemakanan harian saya. Di samping dapat menjaga kesihatan.

Jadual pemakanan saya tak adalah sampai tak makan nasi. Sebenarnya bahaya juga kalau tak ambil nasi. So, saya ikut cara kavin zahari. Waktu breakfast saya minum nestum Oat 3 in 1. Kalau tak ada 3 in 1 saya minum nestum kosong letak 1 sudu gula. Itu pun dah cukup untuk alas perut. Kalau lapo in between breakfast ke lunch tu boleh makan cereal contoh macam yg saya cerita dalam entry sebelum ni. Nak baca klick SINI . Mula2 payah jugak nak terima sebab dah biasa makan nasi goreng pagi2 tapi demi azam baru, daku gagahkan jugak. Huhu

ATAU



Okay, waktu lunch pulak. Saya akan ambil nasi segenggam je. Contoh macam di bawah ni. Mula2 memang rasa bapak lapar gila tapi bila hari2 makan posyen yang sama, lama2 kita terbiasa. Perut kita pun nanti terlatih dan tak mungkinlah dapat terima kuantiti makanan yg banyak pada masa yang sama. Huhu... Perut dah sukat, apa yang perlu sumbat.


Okay, apa lauk2nya? Biasanya saya akan ambil lauk sayur goreng / ulamam / sup sayur dan seangkatan dengannya. Masakan simple je. Tak payah nak pening2 buat macam kat cafe atau kat hotel tu. Contoh seperti di bawah.

Sayur goreng

ATAU

Sup sayur

ATAU

Ulaman


Lauk kedua pulak saya akan ambil sama ada ayam goreng / ikan goreng / ikan bakar / ikan rebus / ikan masak singgang. Saya takkan ambil menu yang ada SANTAN sebab santan penyebab kalori lambat turun. Kalau nak ambil santan jugak boleh tapi dalam kuantiti yg sikit.

Ayam goreng

ATAU

Ikan goreng

ATAU

Ikan bakar

ATAU

Ikan singgang

Hehe.. itulah dia menu tengah hari saya. Mesti korang rasa membosankan tapi itulah cara terbaik kalau nak berdiet.
Bila sebelah petang pulak saya akan cari biskut kering dan cicah dengan milo. Walau pun hati tu teringin nak makan keropok lekor, kek, cucuq udang, kuih2 tradisional tapi tetap ku kawal nafsu makan ku. Huhuhu



Sebelah malam pulak biasanya saya tak makan. Hanya minum air jarang je. Tapi kalau lapar jugak saya akan standby buah epal atau buah lai. Itu pun sudah cukup untuk kita alas perut. That's it!



So, nak nampak hasil kena sungguh2. Confirm menyusutlah berat badan. Cuma dalam berdiet ni kena banyakkan bersabar. Kalau tak sabo, tak jadi der...  (^^,)

Apa hasilnya bila saya berdiet?
Hehehe... daku rasa segan nak tunjuk gambar masa chubby, tembab dan gemuk dulu tapi gambar ni boleh jadi sumber inspirasiku untuk terus berdiet cara sihat. Sebab sakit mataku tengok bulat beno badan huhu... Tambah2 lagi di bulan ramadhan ni, lagi mudah daku nak berdiet. Ngeee...

Tak boleh ke cheating makan sikit? Nak jugak merasa pizza... erm... nyum! Nak jugak merasa KFC... erm... lazatnya! Nak jugak rasa Secret Recepi... erm... sedapnya! Jawapannya? Bolehlah! Siapa kata ka boleh? TAPI cheating hari weekend jelah. Kalau hari2 bedal benda alah tu semua, bukanlah diet namanya. Bila dah masuk weekdays je, menu diet kembali seperti biasa.



Inilah hasilnya. Gemuk tak saya? Malu nak tunjuk tapi itulah hakikatnya. 
Selama empat bulan berdiet, 7KG turun ngehehe...
Ni saya pakai baju yang sama tau! Lepas turun tu, nampaklah longgarnya hehe. 

So siapa yang ada hajat nak diet tu boleh ler cuba cara saya ye...



3 comments

July 20, 2013 at 11:02 AM

semua makanan diet ni best. huhu

July 20, 2013 at 12:39 PM

mmg sedap n ikut selera tekak.. hehe...

September 10, 2013 at 5:22 PM

awak... baru terbaca blog awak.. salam kenal..
sgt setuju... for me.. during weekend susah sket nak control diet... so control la time weekdays.. and nasi sy tk akn skip jugak.. sy masih lagi tercari cari lauk sesuai untuk tengah hari.. awak nye menu boleh jugak la sy try... :)

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia