Ruang Iklan Untuk Disewa

Passport Perkahwinan

Hari ni borak-borak dengan bos. Tiba-tiba dia cakap dapat jemputan wedding anak x bos dulu. Biasa kalau dapat kad kahwin mesti yang wangi-wangi, yang berkerawang-kerawang, yang berwarna warni tapi kali ni lain daripada yang lain. Saya tengok pun teruja bila nampak cover warna maroon yang pelik.

Sekali bos pun tunjuklah pada saya kad jemputan kahwin anak xbos dulu. Yang pelik kat tangan dia passport meroon. Sekali dengar dia baca nama pengantin bagai terus minta nak tengok dan ambil lah gambar sekali. Kalau tengok memang sebiji macam passport. Siap ada visa cop sekali tu yang tak tahan. Menarik dan kreatifkan?

So, kepada anak-anak dara, anak-anak bujang yang nak kahwin tahun ni ke, tahun depan ke atau akan-akan datang, sekarang dah trend kad kawin lain dari yang lain. bolehlah ikut contoh kad kahwin sepert ini. Idea memang kreatif. Terbaek gitu... =)

 

Maher Zain - I Love You So


Bila dengar lagu ni berulang kali, sejuk je hati dengar. Terfikir dan terdetik apakah yang kita dah buat sepanjang hayat kita hingga kini padaNYA?!

Hayatilah sedalamnya. Segala yang kita buat di atas dunia ini semuanya hanya untuk ALLAH S.W.T. Segala-galanya kita serahkan kepadaNYA. Everything kita nak, kita akan mohon pada ALLAH S.W.T. Cinta kita juga yang utama adalah pada ALLAH S.W.T dan kemudian RASULULLAH S.A.W. Setujukan?


I Love You So - Lyrics:

I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for You
O Allah! You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Iphone, Blackberry, Android, Nokia


I like this conversation!!!


I phone: Semalam I jatuh. Sakit tau =(
Blackberry: Teruk ke?
Android: Lain kali, hati-hatila.
Nokia 3310: Gediknya! Aku jatuh, rilex jer!



Teringat nokia 3310 berapa kali jatuh tak pernah rosak... Baling kat anjing, anjing boleh pengsan...huhu memang power la... zaman 2000 duk pakai masa belajar dulu... masa tu nokia 3310lah panling canggih!!

Ringgit Malaysia Baru

Sayangnya nak guna RM baru ni. RM1, RM5, RM10 dan RM20. Setakat ini 4 keping je dapat. Belum terima lagi RM50 dan RM100... Siapalah nak bagi ya? He..he.. ATM pun belum tentu nak keluarkan. Pengalaman pergi kedai bagi RM20, dia orang confuse. Kira dua kali tu yang tak tahan nak gelak!


Bagi saya RM1 dan RM5 ni tak berkenan sikit jenis kertas dia sebab macam plastik sikit. Bila kira nak masuk sampul mesti terambil dua keping sekali gus dan buat saya kena kira dua-tiga kali. Biasa  masuk sampul RM5 tapi bila dah habis RM5 terpaksa juga guna RM1 (cover). Itu yang kadang tersasul sampai RM6. Apa pun, rezeki budak-budak le tu! =) 

Kalau RM10 dan RM20 saya boleh terima sebab masih maintain jenis kertasnya. Agaknya susah tak orang OKU cacat penglihatan trace duit RM1 dan RM5 ni? Apa kata survey? =) 

Bulan Ramadhan

Assalam semua,

Bulan ni sangatlah bz tapi saya cuba juga menyiapkan bab2 untuk indahnya puzzle c.i.n.t.a. This week pulak makcik nak dtg tido seminggu kat rumah. Seronok sgt sbb dah lama tak borak dgn dia dan rasa masakan dia yang the boom tu tapi bila dah sedara datang, tentulah kita lebih focus pada dia orangkan. Kalau nak berkarya confirm tengah malam itu pun kalau tak mengantuklah. Biasanya pekena kopi sekali sampai sahurlah mengarang novel.

Kalau dah duduk seminggu dekat rumah kita, mesti ada rancangan yang nak dibuat. Makcik dah start ajak buat kuih. Dah le teman ni tak pandai buat kuih sebab memang tak pernah sentuh pun oven ke bagai cumanya bila tengok resepi, lahai... senang gamaknya... Ingatkan susah beno... Nak tau resepi apa yang saya dan adik duk idamkan?...


Cornflakes Madu



Bahan A 
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B 
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan 
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara 
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Dan juga resepi kuih paling senang yang ke dua adalah...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia