Ruang Iklan Untuk Disewa

Pemenang Blogwalking Karya Mahirah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... selesai sudah segmen blogwalking saya ni. Terima kasih pada peserta yang join. Memandangkan hanya tujuh peserta yang join, jadi saya putuskan ke tujuh-tujuh peserta yang comel ni layak menerima hadiah misteri daripada saya. =)

1. Nurin Irsalina
2. Claramenda Douhin
3. Karimah Zulkafali
4. Shafyqah Azry
5. Sephia Irdinah
6. Anis Aisyah
7. Shahida Rahim

Tahniah sekali lagi pada peserta. Sila tuntut hadiah anda dengan segera pada saya. Masa untuk tuntut hadiah diberi sah sehingga 7 Mac 2014 (Jumaat). Selepas dari tarikh itu sebarang tuntutan tidak akan diterima lagi.

PM saya di Facebook beserta details seperti di bawah :

Nama :
Alamat :
No Tel :

Terima kasih pada yang sudi join segmen blogwalking saya. In shaa Allah, akan datang saya akan buat lagi segmen macam ni.


Novel : Suamiku Anak Jiran Sebelah [6]



BAB 6

LIGAT jemari Amir menaip sesuatu di atas papan kekunci. Walaupun agak kaku dan keras jemari tapi akhirnya siap juga slide pembentangan budget yang puan Zalina minta. Sebenarnya daripada minggu lepas lagi dia mendapat arahan daripada pengurus kanannya itu tapi memandangkan tak menang tangan, mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan. Sesekali dia melihat jam tangan.
“Sempat ke nak print sepuluh set ni? Satu set ada tiga puluh slide pula tu!”
Amir terus mencetak dua set salinan. Satu set salinan sebagai rujukan dan satu set salinan lagi akan di serah kepada Amira untuk dicetak lagi sepuluh salinan. Dia bangkit dan terus meluru keluar dari biliknya. Workstation Amira di tuju lalu bersidai pada partition sambil menghulur satu set salinan padanya.
“Mira, you tolong copy sepuluh set. Cepat sikit ya, I ada meeting.”
Terpinga-pinga Amira dibuatnya. Blur pun ada bila Amir nampak tergesa-gesa begitu.
“Err… mesin copy dekat mana ya? Macam mana nak guna?”
“Mesin copy dekat mana?!” Amir tajam membulat mata. “Ha! You pergi pantry, bukak cabinet cari mesin kopi dalam cabinet!” Sambungnya bercekak sebelah pinggang dengan machonya. “Cik kak, you cari dengan matalah. Bukan cari dengan mulut. Kalau tak tau guna, pergi tanya Sofia. Minta dia tolong ajarkan cara nak guna mesin copy tu. I tak sempat nak ajar, nak kejar masa!”
Terkebil-kebil mata Amira bila dibahasakan oleh majikannya yang berlagak itu. Wah! Pedasnya mulut dia! Macam mulut mak dia jugak! Bisik hatinya rasa berdesing telinga. Hari pertama dah kena bambu. Mood terus jadi kurang baik.

Blogwalking, Tinggalkan Jejak dan Dapatkan Hadiah Misteri


Kali ni saya ada sedikit rajin untuk blogwalking. Saja nak tinjau2 and baca entry terkini di blog korang. Saya pasti entry2 diblog korang pasti menarik untuk dibaca. Dengan ini dapatlah kita mengeratkan sillatulrahim sesama kita. Hehe...
Cuma, untuk memudahkan saya berjalan-jalan sambil menyelam minum air dan tinggalkan entry kat blog korang, korang di minta lakukan sesuatu untuk saya. Mudah je, tak banyak songeh pun.

1. Korang kena tinggalkan SATU link entry yang paling terbaik dari blog korang ke dalam kotak komen entry saya.

Sebagai contoh :
<a href="LINK BLOG KORANG">NAMA BLOG KORANG</a>

2. Saya akan blogwalking ke blog korang dan saya akan tinggalkan komen kat dalam blog korang.


3. Siapa yang paling RAJIN KOMEN kat ENTRY LAMA dalam blog saya ni, anda akan di pilih secara random untuk menerima hadiah misteri dari saya.

4. Bilangan peserta bertuah yang akan terima hadiah misteri adalah rahsia.

Mudahkan? Tak payah nak susah payah buat entry bagai. Tinggalkan jejak je.

Jom mulakan!

Tamat 2 March 2014

Ceramah Ustaz Don 26 Feb 2014

Hari tu ada ceramah bersama Ustaz Don. Tajuk yang dibincangkan Menangani Stress di Tempat Kerja. Sangat menarik isu yang dikupaskan. Semua berkaitan dengan kisah nabi. Bila Ustaz Don membandingkan stress yang nabi alami dengan kita. Bila saya dengar cerita tu, barulah saya nampak rupanya stress yang kita alami kat dunia ni amat kecil berbanding para nabi dan rasul.


Ustaz Don kata kalau kita tak alami stress, maknanya ada masalah mental. Haha... tapi kalau kita tengok balik, memang mejoriti semua orang ada stress dalam hidup. Sekecil-kecil masalah pun boleh jadikan kita stress sebenarnya. Cuma kita ni tahan atau tidak je nak hadapinya. Kita boleh tangani stress kalau kita tau kisah-kisah nabi dulu. Di mana para nabi dan rasul juga pernah alami stress ketika berdakwah dan sebagainya. Selama ni kita ingat kitalah yang paling teruk banyak masalah tapi sebenarnya tidak. Kita kena anggap, ada lagi orang lain yang memiliki masalah lagi besar. Dan kata ustaz Don, anggaplah kita ni dipilih oleh Allah s.w.t untuk dijadikan uji kaji yang mana Allah s.w.t mahu tunjuk kekuasaanNYA pada kita.

Siapa kata kalau dah kaya tak ada masalah? Ada! Belenggu hutang. Dikecam penjenayah. Dalam kepala asyik fikir nak buat duit je memanjang. Dalam kepala asyik fikir tak selamat. Kan stress namanya tu. Kita patut bersyukur, Allah beri ujian paling sikit pada kita. Janganlah merungut. Stress tu perkara biasa. Banyakkan berzikir kalau kita hadapi stress. Jangan pulak layan perasaan sampai histeria pulak. Huhu... tu macam tak ingat Tuhan dah tu. Kalau stress datang, cepat-cepat pergi surau, bertenang, ambil wuduk, solat sekejap untuk tenangkan fikiran. Jangan nak jerit-jerit macam dalam filem tu. Aku dengar orang menjerit pun jadi stress. Tak bagus untuk mental. huhu...

Haish... banyak sebenarnya saya nak cerita tapi panjang menjela pulak. So saya cerita kesimpulan yang dah di kupas di atas. Kome fahamkan? Banyakkan zikrullah ya. Hati tenang. Stress pun hilang. Kalau sempat, saya akan review lagi kata-kata nasihat ustaz Don after saya tonton semula video yang saya rakam tu kat new entry ya.


Air Oh Air

Kritikal sungguh air kat bumi selangor ni.
Tempat saya dah ada jadual catuan air.
Esok dan lusa start tak ada air.
So, malam ni kena sungguh-sungguh basuh baju.
Bukan kami tak tadah air.
Dah lama kami tadah.
Kena standby bila tangki kosong.

Kesian kat famili yang ada budak kecil dan orang sakit.
Memang dugaan kalau rumah tak ada air.
Biar tak ada api dari tak ada air.
Air wajib ada untuk ambil wuduk dan beristinjak.
Kalau dah kritikal, basuh baju kat negeri yang ada air.
Wuuaaa.. rasa stress pulak tiba-tiba.

Air oh air.
Bilalah hujan nak turun ni?
Sekurang-kurangnya, bolehlah padamkan hutan yang terbakar kat kawasan sepang ni.






Aura Positif Atau Negatif Dalam Family

Assalamualaikum,

Kalau bercakap pasal aura positif dan negatif ni memang tak taulah nak describe macam mana. Saya percaya boleh kata setiap hari korang pun dikelilingi dengan aura positif dan negatif, betul tak? Kalau boleh korang nak sentiasa berada dalam aura positif dari negatifkan? Ngeee... Masalahnya susah nak dapat aura positif je sentiasa. Dalam pada positif tu mesti terselit negatifnya sikit. Andai kata kena buli, takkan kita nak pandang positif jugakkan? Itu gila namanya. Kadang sabar pun ada hadnya.

Bercakap pasal aura positif. Baru-baru ni ada satu musibah telah menimpa keluarga besar kami. Musibah yang mana telah menyedarkan semua ahli keluarga betapa kita perlu mendekatkan diri pada Allah s.w.t. bila senang atau pun susah. Alhamdulillah dan rasa bahagia bila melihat perubahan itu. Harap ia kekallah sampai bila-bila dan bukan hanya sementara. Saya di dalam keluarga besar itu cuma orang asing. Saya hanya mampu berdoa dan menjadi pemerhati.

Bercakap pasal aura negatif. Saya cuma boleh beri perumpamaan je. Kalau nak cerita tu panjang sangat dan penat nak type. Huhu... Kerana mulut, badan binasa. Pernah dengarkan? Atau lebih tepat kalau nak bandingkan dengan keluarga seni, kerana mulut, keluarga binasa. Ha!ha! Stress kalau fikir tapi lebih baik buat tak tau je. Saya percaya semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Kalau tak berlaku macam ni, mungkin ada yang lupa padaNYA.

Itulah lumrah kehidupan. Pasrah dan redha dengan ketentuan after segala usaha telah dilaksanakan.

 

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia