Holla! Korang!!
Dah balik bandar ke belum ni? Sesungguhnya aku bosan tanpa korang semua. Sunyi sepi sungguh laluan ke blog aku ni, haha.
Okaylah, aku nak sambung cerita balik kampung. Excited ni ko, tu yang sungguh-sungguh cerita ni. Dah lama tak balik Taiping, Perak, tu yang rasa teruja sangat. Korang baca jelah ya. Aku janji ni entry ke dua last pasal hari raya hahaha. Maknanya ada lagi satu entrylahkan?
Kampung Jana,
Taiping, Perak.
Pagi tu lepas breakfast kita orang planning nak beraya ke rumah arwah tok abah. Lebih kurang jam 10 pagi baru kita orang gerak. Dekat je dari homestay kita orang ni. Dalam sepuluh ke lima belas minit sampailah kalau tak jem. Ok, nak ceritanya sebaik sahaja kita orang sampai kat kampung tok abah, kita orang tengok rumah bertutup, tingkap bertutup dan boleh kata semua berkuncilah. Kosong sunyi dan sepi.
Alamak! Tak ada orang ke?
Memang sahlah dia orang pergi beraya pagi-pagi. Kita orang lewat sikit je nak jumpa. Yalah, dah masuk hari raya kedua kot. Dah tentulah masa untuk dia orang pulak beraya. Semalamnyakan dah tunggu sehari suntuk kat rumah.
