Ruang Iklan Untuk Disewa

SALE : Flying Nomad KLIA Part 1

Assalamualaikum!

Hai korang! Buat apa tu? Mesti korang sibuk persiapan rayakan?
Ya ampun kak KM macam-macam nak cerita kat korang ni tau.
Pasal sembelih ayam, sembelih lembu dan macam-macam lagilah.
Tapi tu semua tunggu lepas hari kejadian ya,
Bagi masa kak KM mengolah ayat cam power ranges.

Okeh, hari ni kak KM nak cerita pasal sale Flying Nomad yang berlaku kat pejabat AMC baru ni.
Erm jujur cakap, kak KM memang tak ambil tau pun kalau bab jenama ni.
Masa email tu muncul kat inbox pun kak KM pejam mata je delete.
Malas nak ambil tau sebab nanti confirm terbeli belah dengan jayanya hahaha.
Tiba di hari kejadian, kawan kak KM pergi AMC jadi trainer kat sana.
Hari pertama kak L buat tak tau je, masuk hari kedua dia tak boleh tahan dah, jadi dia ajak cik Henshin turun sekali.
Haaaa masa tu mereka membeli belah dan balik membawa perkhabaran yang ngeri kat aku.
Tak cik henshin cakap apa?

*Kak Mahirah, shhuuuttt... diam2 tau, kak L bagi bag ni kat kita berdua."

Kak KM terpinga-pinga tengok bungkusan kat tangan dia.
Korang tau kak L sedekahkan apa kat kak KM dan cik Henshin?

Taaaadaaa! Cosmatic Bag warna hijau!
Hah! Nilah dia benda alahnya yang dihadiahkan oleh kak L.
Cantik tak? Cantik tak?
Yang penting warna hijau tu ya.
Cuba korang teka berapa agaknya harga cosmectic bag ni sebelum dan selepas sampai kak L bermurah hati nak hadiahkan pada kak KM dan cik Henshin? Heeeee..

Okeh, apa yang menariknya dengan cosmetik bag ni?
Haaa korang tengok gambar atas ni je dah boleh agak.
Segala mak nenek accessories wanita boleh di sumbat ke dalam bag ni.
Yang mana kak KM rasa kita sebagai kaum wanita perlu ada satu untuk travel jauh hehe.
So, tak ada istilah tercicir lagi ya.

Okeh, ni baru part 1 tau.
Ada lagi sambungan cerita pasal sale flying nomad ni.
Lepas kak KM dengar je harganya jatuh merundum giler2, jadi kak KM pun mula terpengaruh.
Makanya di hari terakhir sale FN ni, terus kak KM ajak cik Henshin pergi redah sale tu.
Haaaaa korang teka lah berapa harga cosmetic bag ni sebelum dan selepas.
Lepas ni kak KM cerita apa yang kak KM dah terborong kat sale tu dalam part 2 ya.

Daaa...

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia