Ruang Iklan Untuk Disewa

Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 4

Holla! Korang!!
Dah balik bandar ke belum ni? Sesungguhnya aku bosan tanpa korang semua. Sunyi sepi sungguh laluan ke blog aku ni, haha.
Okaylah, aku nak sambung cerita balik kampung. Excited ni ko, tu yang sungguh-sungguh cerita ni. Dah lama tak balik Taiping, Perak, tu yang rasa teruja sangat. Korang baca jelah ya. Aku janji ni entry ke dua last pasal hari raya hahaha. Maknanya ada lagi satu entrylahkan?

Kampung Jana,
Taiping, Perak.

Pagi tu lepas breakfast kita orang planning nak beraya ke rumah arwah tok abah. Lebih kurang jam 10 pagi baru kita orang gerak. Dekat je dari homestay kita orang ni. Dalam sepuluh ke lima belas minit sampailah kalau tak jem. Ok, nak ceritanya sebaik sahaja kita orang sampai kat kampung tok abah, kita orang tengok rumah bertutup, tingkap bertutup dan boleh kata semua berkuncilah. Kosong sunyi dan sepi.

Alamak! Tak ada orang ke?
Memang sahlah dia orang pergi beraya pagi-pagi. Kita orang lewat sikit je nak jumpa. Yalah, dah masuk hari raya kedua kot. Dah tentulah masa untuk dia orang pulak beraya. Semalamnyakan dah tunggu sehari suntuk kat rumah.


Bila dah tak ada orang kat rumah pusaka tu, kita orang pun decide terus pergi ke rumah pak long. Haaaa.. gambar di bawah ni adalah gambar abah aku (baju biru) dengan abang dia (baju merah). Keadaan pak long sekarang dah tak sihat sangat. Baru-baru ni dia operate kaki. Lepas tu doktor kata suruh dua bulan berehat tanpa jalan. Di sebabkan dia kedegilan sangat (ni mak long yang cakap tau bukan aku), baru dua minggu baik dia dah berjalan sana sini. Lepas pada tu yang kaki dia longlai dan terus jatuh. Sampai sekarang tak boleh berjalan langsung. Kena berkerusi roda. Sedih tengok keadaan dia.


Gambar kat atas ni pun dah boleh tau keadaan dia. Sangat cengkung dan kurus. Dia pun dah tak berapa ingat sangat aku dengan adik aku. Masa nak transfer dia ke kerusi roda tu pun gigih dia nak buat sendiri tau. Nasib baiklah ada adik macam abah aku tu. Dialah yang gigih dukung abang dia dudukkan kat kerusi roda. Aku yang tengok ni pun sayu tau tak. :-(

Sekejap je kita orang melawat pak long sebab banyak lagi destinasi yang nak di tuju. Korang taulah abah aku tu kalau jumpa adik beradik dan kaum kerabat dia memang lama. Maklumlah dah lama tak jumpa tu yang macam-macam cerita keluar tu. Aku pun tak sanggup nak tunggu lama huhu. Nasib baiklah pak wan aku ni sporting tahap gaban. Layan je kata abah mertua dia ni, haha.

Lepas beraya rumah pak long, kita orang gerak ke next destination pulak. Masa on the way tu, tetiba aku ternampak van pelik kat sebelah kanan kita orang. Aku pun teruslah snap gambar macam orang jakun hahaha. Van apa tu? Korang tau tak? Abah aku cakap macam van angkut orang. Aku tengok macam van jenazah pun ada, huhu... serious seram okeh.



Ok, kita orang dah sampai ke rumah tok andak pulak. Haaaa kali ni tak dapat nak snap gambar tok andak sebab dia asyik menghilang ke dapur je kojenya. Jadi aku ambik gambar mak tok dan tok abah Zulaikha je lah kan. Rumah dia best tau, sebab corner. Angin masuk direct je.

Kalau korang nak tau, tok andak ni adik beradik dengan arwah tok abah aku *kot* lah. Tak taulah betul ke tak tapi kalau dah aku panggil dia tok andak tu maknanya adik beradik arwah tok abah aku lah kan? Huwwaa!!! Stressnya aku nak ingat salah silah keluarga aku ni wei. Tok andak ni anak ke berapa pun tak tau. Umur dia lebih kurang abah aku je. 

Haish! Memang payahlah kalau nak ingat semua. Adik beradik abah aku sendiri je duk ada 13 orang ko. Ada yang tak terjumpa pun ada. Serious lupa yang mana satu pak cik aku hahaha! Teruk punya anak buah! Okay, selesai sudah beraya rumah tok andak, kita orang lari pulak ke rumah tok alang. Yang mana masa tu tok cik pon ada sekali. Bagus sangatlah kalau dah jumpa sekali tu.

Zulaikha sampai tertido dalam kereta. Time2 ni memang waktu dia ngorok.
Tapi, bila dah jumpa kawan, terus segar bugar mata dia. Kawan pulak yang sekepala. Pencinta Frozen katakan, haha. Kalau dengar dia orang bercerita, masing-masing nak menang saje.



Ok nak tanya ni, korang boleh main tak video ni? Aku rakam melalui insta. Tapi macam tak boleh play je. Video ni dia orang melayan lagu let it go. Siap togather menyanyi sampai meriah rumah moyang dibuanya. Tak sangka ko, Zulaikha datang sini dapat gang Frozen yang suka dengan princess anna dan elsa. Termasuk yang si abang tu ya. 


Korang nak tau tak? Siapa pulak budak-budak ni dengan Zulaikha? Apa hubungan mereka? Haaa... kalau korang nak tau, budak berdua tu adalah pakcik dan makcik Zulaikha, hahaha! *Yaaa... aku tau korang nak cakap keluarga aku dah macam keluarga 69 kan?* Tunggang terbalik ko, pening kepala aku. Mak ayah mereka ni pulak Zulaikha panggil nenek dan atok, krik..krik..krik..
*ngeeee... muda lagi dah kena panggil atok, kesian*.

Zulaikha tanya kawan baru dia *merangkap makcik dialah.*
Zulaikha : Awak siapa nama?
Makcik dia : Fatimah Al Zahrah, tapi boleh panggil kita princess elsa.
Zulaikha : (terkebil-kebil mata kawan tu dengar)
Muka tak puas hati tu sebab dia yang pakai gaun cantik-cantik macam princess, boleh pulak orang lain dapat nama princess elsa.

 

Korang, kenalkan ni tok cik aku. Alhamdulillah.. dia sebaya dengan abah aku rupanya. Okeh, aku confuse di sini. Agaknya orang dulu-dulu kawin muda kot ya. Muda melampau kot. Umur 13 tahun dah kawin. Anak pun bersusun. Korang percaya tak? Hihihi... Ni baru sebahagian. Yang lain dah bersepah duduk merata alam. Nak kena cari balik ni.

Ok, cuba teka aku dukung siapa? 
Ni makcik Zulaikha tau. Makanya baby ni sepupu akulah kan? What ever, tapi begitulah salah silah keluarga aku. Nak cerita panjang lebar pun nanti korang yang pening kepala, hihi. ;-)
Untuk raya kedua ni, hanya dapat pergi beberapa buah rumah je. Masa dah suntuk sangat. Jadi sambung cerita raya ketiga pulak eh?

Nak tau, kita orang pergi beraya ke mana pulak pada hari raya ke tiga tu? Tunggu aku update cerita dalam Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 5 ya. Hopefully ini yang penghabisan. Letih otak aku nak perah ayat, hihi. 
Ok bye!

7 comments

August 2, 2014 at 3:28 PM

Minat sungguh frozen ye zulaikha...mama minat apa?

August 2, 2014 at 5:45 PM

Mak oiii, kak.
Sampai part 4 dah ye..

August 2, 2014 at 6:03 PM

samalah je dgn dia.. haha sampai sampul duit raya frozen pun i beli tau... hehe :d

August 2, 2014 at 6:13 PM

harus pantas.. nanti terlupa hehehe... :-d

August 2, 2014 at 10:46 PM

haha. tau takpe. saya pun lepas raya je trus post. kang x ingat.

August 7, 2014 at 6:36 PM

stikk meriah lg walau raya ke 4...raya ke 4 sy dh keje

August 7, 2014 at 7:51 PM

sy hari jumaat dah kerja.. :)

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia