Ruang Iklan Untuk Disewa

Adik Pun Nak Jugak!!!

Assalamualaikum,

Comel tak? Hehehe... ni kek anak member office. Hari ni birthday anak sulung dia. Tapi disebabkan anak dia dua2 girls, so si adik pun sibuk nak jugak kek sama cam kakak. Terpaksalah si ayah beli satu lagi untuk si adik. Nak puaskan hati si kecik tapi tak tau nak tulis apa kat atas kek tu sebab bukannya birthday si adik pun. So si ayah dapat idea, cakap kat budak kedai kek tu tulis "adik pun nak jugak!!!" terkekek-kekek budak tu gelakkan. Tak pernah2 orang buat macam gitu. So apa hasilnya?

Inilah dia keknya. Cutekan? kan? kan?

Ini kek kakaknya

Ini adik punya kek

p/s: Syazrul aku pinjam gambar kek anak ko buat tatapan. Siapa berkenan boleh order cam gini ya. ngeee...

Pelancaran iPhone 5s & 5c, Seronok Dalam Sedih!




Jadi, Apple secara rasmi melancarkan dua telefon, iPhone 5s dan 5c secara rasmi dengan sistem operasi baru, ketahanan bateri dua kali lebih lama dan kuasa memproses grafik yang baru.
Malaysia akan memperolehnya pada Disember ini bersama 100 negara lain yang juga merupakan penghantaran kedua. Negara paling dekat yang memperolehnya terlebih dahulu adalah Singapura dan Australia.
Jom kita lihat secara ringkas ciri baru yang diperkenalkan Apple.
1. Ringan
2. Pengesan cap jari Touch ID (hanya untuk iPhone 5s). Letakkan jari anda di butang 'Home' yang terletak di bahagian tengah dan ia akan membuka telefon anda secara automatik! Cap jari anda juga membolehkan anda membeli produk dari iTunes dan App Store.
3. Cip A7 dan M7 (iPhone 5s saja). Secara rasmi, iPhone adalah telefon jenis 64 bit pertama di dunia yang memiliki CPU dan grafik 2 kali lebih pantas, Manakala M7 jelas menjadi pemproses tambahan bagi iPhone 5s untuk tugas yang lebih spesifik menjadikan iPhone 5s lebih efisien.
4. Kamera iSight. Model baru mempunyai sensor 15% lebih besar, ditambah apertur f/2.2 dengan ciri baru termasuk flash lebih baik, mod 'Burst' dan video slo-mo (hanya untuk iPhone 5s. Kamera dengan resolusi 8 megapiksel ini juga lebih mudah dan pantas merakam objek meskipun ia bergerak pantas.
5. LTE lebih pantas. Iphone 5s menyokong jalur LTE lebih banyak memastikan anda mendapat liputan LTE sebenar.
6. IOS7. Seperti dijangak iOS7 beroperasi lancar pada iPhone 5s yang ditambah 64 bit seperti dijelaskan di awal tadi. Ia bermakna, fungsi seperti pelbagai tugas/multitasking, AirDrop dan Control Center menjadi lebih bermakna kepada pemakai iPhone baru ini.
Jom kita lihat pula jangkaan orang ramai dan penganalisis yang tersasar dan tidak diumumkan.
1. Storan sehingga 128GB. Semuanya hampa apabila kapasiti terbesar masih di 64GB. Apple seakan tidak mahu memberatkan dua telefon dan ia mahukan pengguna memanfaatkan sepenuhnya iCloud.
2. NFC? Nampaknya tiada seperti yang digembar-gemburkan!
3. Rekaan baru? Nampaknya ia masih kekal seperti iPhone 5
Perbandingan antara iPhone 5s dan iPhone 5c

iPhone 5siPhone 5c
Harga$649 (16GB), $749 (32GB), $849 (64GB)$549 (16GB), $649 (32GB)
Warnaperak, kelabu, emasPutih, merah jambu, kuning, biru, hijau
Saiz123.8 x 58.6 x 7.6mm124.4 x 59.2 x 8.97mm
Berat112g132g
CipA7, M7A6
RangkaianGSM, UMTS, HSDPA, LTE, CDMA
Wi-Fi, bluetooth 4.0
GSM, UMTS, HSDPA, LTE, CDMA, Wi-Fi, bluetooth 4.0
Pengesan cap jariAdaTiada
Saiz4 inci 1136 x 640 piksel (326ppi) Retina4 inci 1136 x 640 piksel (326ppi) Retina
Kamera8 megapiksel dengan 1.5 ultrapiksel
apertur f/2.2
flash True Tone
mod Burst
8 megapiksel
apertur f/2.4
flash LED
Video slo-moAdaTiada
Penggunaan Internet8 jam (3G), 10 jam (LTE & WiFi)8 jam (3G), 10 jam (LTE & WiFi)

Sumber : Yahoo Malaysia

Reverse Parking, Siapa Betul, Siapa Salah? Minta Pencerahan!

Assalamualaikum,

Pagi ni ada sorang hamba Allah kat office ni buat saya rasa mengucap panjang! Saya nak reverse parking. Dia kat belakang saya Q pastu honk saya suh kedepan sikit bagi laluan pada dia dulu sebelum saya masuk reverse parking. Skang ni saya nak tanya? Dia belajar undang2 kat mana ek? Sekolah memandu mana yg ajar klu org tengah Q masuk parking, bagi org belakang jalan dulu? Tak boleh sabar ke apa? Macam ni punya manusia pun ada ka? Sy memang aim dia ni bawak kereta dalam kawasan office sangat macam pelesit. Mohon dia di beri petujuk. Jalan ni bukan jalan dia sorang, hak orang ramai. Kali ni saya maafkan dia. Tak mo pulak dia keluar kereta tadi tunjuk muka. Haish! Terima Kasih.



Sampel Sabun Serbuk Pencuci, High Quality, High Gred


Sabun Serbuk Pencuci
High Quality, High Gred
Cucian Nampak Bersih dan Berseri Seperti baru

Anda Nak Cuba?
Jom beli satu dan lihat hasilnya sendiri !

Hanya Beli Sample Sabun
1 KG > RM 18 Include Postage

p/s : Bagi yg sudah bekerluarga atau yg masih student, boleh je try sabun 1kg ni. 
Nak order boleh PM SINI atau pun email je kat nqz.collections@gmail.com

K daaa...

Food Poisoning

Assalamualaikum,


Dari semalam lagi dah terasa sakit perut lepas makan kat cafe office. Tak taulah, sy sorang je kena atau yg lain pun kena juga. Semalam kebetulannya ada majlis bacaan yasin bg menyambut jemaah-jemaah haji yang akan ke tanah suci. Jadi sy pun joinlah sekali. Lepas tu disediakan makan-makan kat cafe. Dari situlah sy kena. Habis segala tok nenek yg sy makan semalam keluar semuanya. Turun sekilo lebih berat sbb tak ada selera makan. Seksa ooo nak menahan asyik mutah tercirit je. Hari ni kebetulan cuti. Malas nak ambil ML. Rehat jelah kat rumah. Kebetulan suami kerja malam. Boleh temankan sekali. Lepas ni kena berhati-hati nak makan. Silap sikit je, mesti perut rasa tak sedap. Pucat lesi muka teman ni.

Cara hilangkan kelemumur


10 Sep – Kelemumur sememangnya sentiasa menjadi maslah utama bagi golongan wanita selain masalah rambut gugur. 

Masalah rambut berkelemumur ini harus dijaga dan diberi perhatian supaya ia tidak bertambah buruk. Pelbagai cara digunakan bagi mengelakan masalah ini, ada yang menggunakan petua tradisional dan ada yang membuat rawatan rambut di salun dan juga yang gunakan syampu. 

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk mengatasi masalah rambut berkelemumur anda. 

Daun inai dan serbuk teh
Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang. 

Air limau
Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. Tetapi bagi anda yang tiada masalah tu, bolehlah cuba petua ini. Amalkannya sehingga kelemumur berkurang. 

Daun pandan
Ambil kira-kira 10 helai daun pandan yang agak tua dan tumbuk sehingga halus dan campurkan dua gelas air. Kemudian tapiskan bahan tersebut dan sapukan pada rambut yang sudah dibersihkan. Biarkan ia kering selama 30 hingga 60 minit kemudian bilas dengan air mengalir. Daun pandan boleh mengurangkan masalah kelemumur dan juga membuatkan rambut menjadi wangi. 

Santan 
Menggunakan santan kelapa adalah salah satu petua tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun. Selain mengurangkan masalah kelemumur, santan juga akan membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan kuat! 

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah rambut kelemumur. Selamat mencuba!

sumber : Yahoo Malaysia

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia