Ruang Iklan Untuk Disewa

Simple Giveaway By Mahira Ridzuan

PESERTA COMPLETE 60
AND 
TAMAT! TAMAT! TAMAT!
(^^,)

Terima kasih kepada yang menyertai last minit.
Tunggu saya umumkan pemenang esok ya.


Assalamualaikum,

Buat pertama kalinya saya nak buat GIVEAWAY untuk rakan blogger semua. Dari sehari ke sehari sy terfikir nak buat tapi asyik tertangguh je. Jadi sudi-sudikanlah menyertai dan share bersama kawan-kawan ye.



Click Banner Untuk Join

Syarat-syaratnya sangat mudah.
-  Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. 
  1. FOLLOW blog Bila Aku Berkarya.
  2. LIKE dan SHARE page di bawah
  3. FOLLOW blog QMS
  4. Buat simple entry bertajuk ‘ Simple Giveaway by Mahira Ridzuan’.
  5. Kemudian letak benner di atas (printscreen).
  6. Tag pada 2 orang kawan anda dan make sure mereka tahu yang mereka ditag ya.
  7. Tinggalkan jejak link di kotak komen.

Pemenang akan di pilih secara random.org. (^^,)

Segala keputusan adalah muktamad melainkan ada yang tidak menuntut hadiah maka cabutan akan di buat semula.

Giveaway ni tamat bila peserta mencecah 100 orang. Kini tamat bila peserta cecah 60 orang sebelum 30 Julai 2013

~ Nak tengok hadiah, sila click SINI~

~ Senarai peserta terkini, sila click SINI~


* Terima kasih kepada siapa yang sudi join giveaway ni

Perubahan Giveaway by Mahira Ridzuan

Assalamualaikum,

Memandangkan Hari Raya Aidifitri jatuh pada 8 Ogos 2013, jadi dengan rasminya saya ingin memendekkan tempoh giveaway terhad kepada 60 orang peserta sahaja. Seandainya senarai peserta tidak mencecah ke angka 60 by this 30 Julai 2013, automatic giveaway ni saya akan tamatkan dan terus umumkan pemenang.


Kenapa saya buat pindaan? Sebab memudahkan proses pengeposan di lakukan seminggu sebelum hari raya menjelang. Pengalaman saya sebelum ni seminggu sebelum raya, pos man tak jalan dah. So, barang akan diperap di pos office sampai seminggu selepas raya. Lebih baik saya tamatkan awal supaya proses pengeposan berjalan lancar.


Mohon maaf kepada siapa yang tak sempat join. 
Next time kalau saya buat GA lagi, pakat join ramai2 lagi ya.

Selamat Hari Raya

*SIAPA YANG TAK MENEPATI SYARAT SILA LENGKAPKAN YA. 
SAYA CHECK SATU2 =)

Ini Namanya Rezeki Terlebih

Assalamualaikum,

Sedang sy main masak-masak di dapur semalam, tiba-tiba terdengar orang bagi salam kat luar rumah. Rupanya jiran sebelah nak bagi nasi beriani daaa... Rezeki memang rezeki... Ingat nak demo kat korang resepi ikan percik pulak tapi tak dan nak snap-snap... huhu

Yang ikan percik tu sy buat. Yang kari sotong tu pun saya buat. Yang sayur buncis tu pun sy buat jugak. Cuma nasi briani tu je rezeki dari jiran sebelah. Hehehe... Tak habis... bawa balik rumah mak terus...


Selamat berbuka semua...

First Giveaway By Ecah Khalili

Click Banner

Rakan di tag : Awak dan Awak

Pendapat saya : Kanak-Kanak Mati Ditinggal Dalam Kereta

Assalamualaikum,

Walaupun isu ni dah berlalu beberapa hari tapi saya rasa nak kupas juga sikit berkenaan dengan isu ni bila mana ada sesetengah pihak yang cuba melemparkan kata2 kasar terhadap si ibu. Terus terang cakaplah, kita tak berada di tempat dia, so kita tak tau apa yang berlaku. Jangan senang2 nak lemparkan kata-kata kasar seperti ini. Kalau si ibu baca mesti sedih.

Saya baca sesetengah ayat di facebook yang mengutuk si ibu tu pun rasa sakit mata. Antara ayat yang saya rasa tak boleh terima.

"Apa jenis maklah kalau suka sangat tinggal-tinggalkan anak dalam kereta??? Benda dah jadi, menangis pun tak guna!! Tak apa, kau beranak je lagi, lepas tu kau tinggalkan lagi dalam kereta tau, apa ada hal???"

Itu satu ayat yang tak patut di lemparkan, dalam erti kata kurang ajar.

"Macam manalah anak sendiri pun boleh lupa? Ni mesti jenis lepas tangan."

Mana kau tau si ibu tu jenis lepas tangan? Jangan main tuduh je bhai!

"Buat je anak baru, lepas tu jangan tinggalkan dalam kereta, tinggalkan je tepi jalan..."

Patut ke manusia ni keluarkan ayat seperti ni? Sepatutnya bagilah kata2 pengajaran. Bukan kata2 kutukan. Tak kena dekat dia bolehlah cakap macam tu. Cuba kalau dah kena batang hidung sendiri, baru tau tinggi langit ke rendah. Ingat ni di bulan puasa, kena jaga mulut dan hati. Jangan ikut sedap mulut je nak cakap.

Saya suka ayat sorang pengguna facebook yang sangat positif dan bermotivasi di bawah ni.

"Bersyukur dugaan yang di begitu hebat diterima oleh orang yang tepat. Beliau seorang yang sangat baik. Kebajikan anak-anak memang didahulukan. Tapi ketentuan Allah tak dapat di lawan. Besyukur jugak dugaan tu tak jatuh pada kita tetapi Allah memilih orang yang betul2 untuk terima ujianNya. Doakan semoga dia terus tabah dan berdoa juga supaya kita dijauhkan dari ujian sedemian.

Mak mana yang nak tinggalkan anak dalam kereta di tengah panas terik? Tak ada... Kadang2 semua ni diluar jangkaan. Macam kes si ibu ni memang dia betul2 terlupa disebabkan terkejar-kejar masa. Apa yang saya faham SOP mak dia sebelum ni anaknya dijaga adik dia. So, dah lama tak hantar anak ke pengasuh beberapa hari. Kebetulan masa tu hantar adik dia ke airport dan mungkin mind set dia kata dah hantar anak ke pengasuh sebelum hantar adik dia ke airport dan dia terus ke tempat kerja. Lagi pun anak dia tengah tidur. Mungkin dia pun tak perasan dan lupa. Kalau anak dia melompat2 tu mungkin dia sedarlah anak dia ada kat belakang. Itulah kronologi dia yang saya faham. Suka saya ulang, kita tak berada ditempat dia, so kita tak tau. Saya percaya ramai yang pernah terlupa. Cuma lesson learn. Kita jadikan pengajaran.



Mood Raya Sudah Mula

Assalamualaikum

Mood saya untuk bekerja sudah kurang. Mood raya sudah naik. Dah cuba untuk bersemangat tapi tak ada jiwa masa buat kerja. Apa macam ni? Korang macam mana? Semangat lagi tak bekerja hihi? Apa pun Selamat Hari Raya pada semua blogger.



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia