Ruang Iklan Untuk Disewa
Showing posts with label Peraturan Penting Fesyen Untuk Wanita Bersaiz Besar. Show all posts
Showing posts with label Peraturan Penting Fesyen Untuk Wanita Bersaiz Besar. Show all posts
Peraturan Penting Fesyen Untuk Wanita Bersaiz Besar
Bagi wanita bersaiz besar, anda pasti tahu bagaimana rasanya untuk sentiasa berasa 'insecure' dengan bentuk badan sendiri. Anda pasti tertekan dalam membuat keputusan apa yang perlu dipakai dari segi pakaian, jenis material, corak atau warna untuk kelihatan kurus. Semua ini pasti menyukarkan anda membuat pilihan dan sudah pastinya anda akan lewat ke pejabat!
Dibawah merupakan beberapa tips fesyen wanita bersaiz besar perlu tahu.
Terima kenyataanMasalah utama di kalangan wanita ini adalah mereka tidak boleh menerima kenyataan yang mereka bersaiz besar. Mereka banyak menghabiskan wang membeli pelbagai produk untuk kurus. Sayangi diri anda terlebih dahulu, anda perlu menerima hakikat bahawa kurus tak semestinya cantik dan gemuk tak semestinya hodoh. Anda mampu kelihatan cantik jika anda pandai memilih pakaian dan fesyen yang bersesuaian.
Tahu di mana untuk membeli belah Anda tidak semestinya perlu bergantung pada satu jenama pakaian sahaja. Cuba teroka kedai yang lain walaupun ia sekadar butik kecil sahaja, jika mereka menjual baju dan fesyen bersesuaian dengan anda apa salahnya?
Cari tukang jahit yang boleh dipercayai Selain mengenalpasti beberapa kedai, anda juga boleh mencari tukang jahit yang boleh dipercayai. Tukang jahit itu perlu lah tahu apa yang sesuai untuk saiz badan anda. Jadi, anda boleh meminta tukang jahit itu menjahit mengikut citarasa anda dan nasihat bernas darinya!
Langgar peraturan Jangan jadi seseorang yang membosankan dengan hanya memakai gaya yang sama sahaja setiap hari. Anda perlu keluar dari zon selamat jika anda ingin kelihatan berbeza. Anda perlu berani, yakin dan bijak menentukan apa yang perlu di pakai supaya kelihatan cantik. Jika wanita bersaiz besar tidak sesuai menggayakan corak jalur, apa salahnya anda mencuba corak itu, tapi cari yang bersesuaian.
Jangan jadi hamba fesyen Pasti ada sahaja trend fashion setiap musim, Jika anda seorang yang 'in trend'. Ubah suai fesyen itu mengikut kesusaian dan kselesaan anda. Tidak salah melabur sedikit untuk kelihatan cantik, tetapi perlu ingat, anda perlu tahu apa yang sesuai untuk badan anda dan jangan sesekali mengabaikan keselesaan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)

