Ruang Iklan Untuk Disewa

Malunya Aku Tersilap Orang Woi!

Assalamualaikum korang!

Haha... aku salah orang hari ni.
Serious aku malu sebab salah berbalas wassup dengan orang.
Aku ingat aku berwassup dengan staff company A, rupanya aku berwassup dengan staff company B.
Hahaha... apa ceritanya company A dengan company B?
Al-kisahnya begini, satu minggu yang lepas aku ada tempah biz card secara online dgn company A.
Dah tempah awal ni, siap email details, siap wassup dan inform tapi respon sangatlah macam tak welcome dengan tempahan yang aku mohon tu.
Okeh tak kisahlah, aku nak cepat ni, jadi aku terpaksa order kat kedai printing area rumah aku di company B.
Kat sini aku cakap dalam hati, siapa respon cepat aku terima dulu.
Yang lambat respon email aku abaikan.

Nak dijadikan ceritanya, antara dua company tu, yang respon balik email aku adalah company B.
Pucuk dicita, aku suka sangatlah dengan respon yang diberikan.
Berbalas sudah email dan dia suruh aku datang kedai untuk buat deposit tanda booking.
So, keluarlah resit tanda setuju order biz card kat dia orang petang tu.
Aku cakap kat staff dia orang, nanti sebelum print tunjuk draft dulu pada aku via email.
Yalah, manalah tau buat tak senonoh arah.
Aku jugak yang kecewa tahap gaban.
Then company B ni ok je dengan cadangan customer dia.

Okeh, selang sehari kemudian aku terima wassup dari nombor seseorang.
Wassup tu bertanyakan tentang details biz card yang aku nak buat tu.
Automatik dalam kepala aku dah set ini mesti wassup dari company A sebab setahu aku dengan company B aku suruh dia email je draft.
Lagipun segala detail pasal biz card tu aku dah email ke email company B.
Should be no questionlah tentang tu.
Hahaha... disinilah berlakunya kekeliruan dalam kepala aku.
Wassup tu berbunyi begini.

"Salam mahirah, lupa nak tanya, biz card punya detail tak bagi lagi."

Aku pun tertanya-tanya dalam hati, aik si company A ni baru nak wassup aku pasal detail ke?
Bukan dah lama ke aku email kat email dia tu?
Dan yang paling anginnya, aku dah tempah biz card pada company B kot, baru dia nak reply?
*Padahal yang wassup aku tu company B mahirah oi! Company B! Company B! Tau tak?!*
Serious aku tak cam langsung nombor wassup company A dan B ni.
Jadi, dengan confidentnya aku menjawab dengan tenang dan penuh kesabaran sebab aku fikir baru sekarang company A nak respon lepas aku dah tempah kat company B.

"Waalaikumsalam, sy dah lama email kat abcdefghij@gmail.com pada 17 sept. Details semua dalam tu." 
*Mesti kome pelik, takkan aku nak tempah card kat dua2 company sekali gus?*

Ya aku tak kisah tentang itu.
Janji mana yang siap dulu, itu yang aku guna.
Korang tau tak email abcdefghij@gmail.com tu email siapa?
Hahaha! Tu sebenonya email company A tapi sedangkan waktu tu aku tengah berwassup dengan company B.
Korang nampak tak kesengalan aku di situ??? *Waktu ni tak malu lagi sebab belum sedo diri.*
Lepas aku balas macam tu, terus company B tu senyap sunyi.
Sampailah wassup 22 Sept tu di reply balik dengan draft pada 24 Sept.
*Mesti company B tu pelik tengok aku wassup macam tu. Adoi, malunya kalau ingat balik tau.*

Comapany B yang ku sangkakan company A sudah pun come out with draft.
Kat sini satu lagi aku rasa pelik.
Draft card yang dia bagi tu sangat tak berkenan kat hati aku.
Design yang dibuat sekali imbas macam bendera PAS.
Cumanya yang putih tu dibelah tepi dan macam inverted comma gitu.
Kat sini sekali lagi aku terfikir, bukan aku dah email contoh dari album FB dia ke?
Apa cerita ni?
Dah lama-lama aku pun jadi stressed.
Mintak pendapat pakwan dan pakwan pun tak berkenan.
Sudahnya aku pun wassup dia balik.

"Awak, maaf ya rasa macam tak berapa ok di mata sy. Boleh ke kalau nak ubah ikut design yang sedia ada macam dalam album awak contoh macam ni."

Aku pun dengan selamba mewassup contoh biz card dari album company A.
Atee, dah salam faham, mati-mati aku ingatkan aku tengah berwassup dengan company A, jadi aku pun ambiklah contoh dari album company A dan sent pada company B.
Yang bestnya company B tu siap cakap macam ni.

Company B : "Boleh. Awak nak cam dalam gambar yang awak sent ni ke?"
Aku : "Ya, ikut macam dalam gambar, theme green n white."

Dan terus aku sent tanpa rasa was-was lagi.
Makanya di sini bertambah yakinlah aku bahawa waktu itu aku tengah bercakap dengan company A.
Dalam hati, apa cerita dengan company B ek? Tak ada respon lepas aku bayar deposit.
Korang faham tak situasi aku kat sini?
Salah faham yang kritikal sampai aku tak boleh cam langsung masing-masing punya nombor.
Yang pelik tu, takkan company B tak rasa pelik dengan wassup2 aku tu?
Hakikatnya, gambar yang aku sent tu company A punya, email yang aku mention awal tadi pun company A punya tapi kenapa company B tu tak tegor aku?
Dan terus biarkan aku termalu sendiri.
Oh, malunya!!

Lepas draft dah siap, company B yang ku ingat company A tadi terus hantar draft.
Pergh... hijau dia buat aku terpesona dan terus aku confirmkan setuju.
Mereka pun print dengan jayanya dan estimate siap hari ini.
Aku wassup dan tanya dalam wassup lagi sekali sebab tempoh collect dah tiba sepatutnya.

Aku : "Assalam, card sy dah siap ke?"
Company B : "Wsalam, nanti saya check balik ya.

Dalam pada masa yang sama aku pun email pada company B tentang biz card tu.
Yang mana aku dah tanya pun dalam wassup.
Timing bertanya tu mengena pulak tu yang buat aku keliru.
Tak dan lima belas minit aku dapat wassup dari nombor maxis pulak.

Company B :"Salam mahirah, biz card dah siap, boleh datang amik ari ni."

Aku terpinga-pinga, laaa ni nombor sapa pulak kata biz card aku dah siap? Aku baru email kat company B tanya pasal draft tak bagi lagi. Takkan dah siap kot???
*padahal, yg duk wassup selalu dgn aku tu dengan company B la, tp aku masih fikir yg aku duk wassup tu dgn company A."

Aku dgn muka tak malu : "Aik dah siap? Tak tunjuk draft pun huhu..."
Company B : "Bukan hari tu dah confirm ke?"
Aku : "Eh, sorry2 sy dah confuse kejap, hari tu nombor siapa?"
Compay B : "Tu nombor sy lagi satu. Awak dah confirm kn ari tu?"
Dalam hati aku cakap, SAH! Memang sah aku dah salah orang ni wei! Selama ni aku ingat aku berwassup dengan company A, rupanya aku duk wassup dengan company B. Ya ampun! Malu sungguh la weh. Patutlah aku pelik bila dia cakap "Dah boleh amik ari ni." Sedangkan company A tu buat biz online dan dia patut kena pos la kat aku. Kenapa pulak aku nak pergi amik kat kedai dia yang jauh tu?
Aku : "Dah2.. ya betul dah confirm. Sorry2 salah faham."
Company B : " Card dah siap, boleh datang amik ari ni, ok tak pe. [icon smile]"

Pergh! Nasib baik ko aku sedo diri cepat-cepat.
Hampir-hampir je aku nak suruh dia postkan biz card aku tu, kome oi.
Kalau la aku wassup balik suh dia post ke rumah...
*Mesti company B tu cakap, ko kejadahnya mahirah duduk sejengkal je dengan kedai aku tapi nak suruh aku pos? Nak kena hempuk ke apa? hahaha!*
Sepanjang nak balik tu, jenuh aku fikir, malunya aku nak berdepan dengan company B untuk collect, muahaha.
Siap nak suruh kawan aku menyamar jadi aku lagi tau untuk collect biz card tu.
*Mahirah, tolong jangan buat macam ni lagi. Rasa nak pakai topeng macam encik mimpi je tadi tau. Malu! Malu! Malu!*

Jadi, inilah dia blogger card Karya Mahirah yang menjadi issue hari ni.
Ok tak? Ok tak? Oklah nikan?

Janji kalau korang dapat, boleh buat penanda buku.
Sejuk sikit mata korang tengok color hijau hehe..


Apa dah jadi dengan company A? Langsung senyap. Malas nak tanya dah.
Kalau dia concern dia akan wassup atau balas email aku balik.
Nampaknya mereka terlalu busy sampai tak sempat replay email dan wassup aku.

Persoalannya, apakah moral of the story dari cerita aku di atas?
Hahaha!
Korang sharelah kat komen entry aku ni ya.
Ok bye!

12 comments

September 30, 2014 at 8:45 AM

kaler dia mmg cntk.nak 1 bc ni hehe

September 30, 2014 at 9:07 AM

hijau kaler natural. kaler "kokok"..hahaha adam panggil tu kat pokok

September 30, 2014 at 11:46 AM

hehe..kak KM excited nak buat biz card baru ni sampai confuse ye..

cantik kaler hijau tu!

September 30, 2014 at 12:57 PM

moral of the story, be alert! hehe
cantik juga, color tu sejuk mata memandang
berapa ye kalau buat kad gini
aritu ada tanya rm65

September 30, 2014 at 2:37 PM

smart r kak. ada hikmah dia silap orang. hehe

September 30, 2014 at 2:56 PM

oh my greeny
amboii siap suh orang mnyamar lagi tu...
ayu bace pon konpius jugak nie..
hehehehe
moral of stori kene tanya dulu sape tuuu

September 30, 2014 at 3:02 PM

hijua..cantik kak..moralnya ialah berhati2 selepas ini..hehe

September 30, 2014 at 3:53 PM

@yana yani... hanya RM30 je satu box... design sendiri free klu dia design kan RM10 tu je..

September 30, 2014 at 5:03 PM

moral dye.. berhati2 dan fokus dlm berwassap..hahha... kadang2 tgh pikir lain, tibe2 wassap sampai.. terus taip ape yg kite tgh pikir tu..hahah... kak KM...nak satu?? cantikk sangat2...hihihi... :P

September 30, 2014 at 10:14 PM

Aduhai memang malu.. Tak apa, janji dapat juga kad tu ;D

October 1, 2014 at 2:53 AM

Haha kelakar lah akak ni.
Cantik biz card nye. Hijau dia cantek.
Mcam nak je, haha
pengajarannya : save nombor company tu betul2, hehe and bertanya dengan siapa kite berwasep.

October 1, 2014 at 12:02 PM

haha. adeh, complicated sikit cter ni.... nasib baik ada yang bagi respons and buat kad akak tu..

lawa kad! ^^, rasa macam nak buat juga la.. heee

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia