Ruang Iklan Untuk Disewa

Cabaran 30 Hari Entry : Day 13 : 5 Blog Kegemaran KM

Assalamualaikum korang!

Haaa KM suka tajuk task yang ke 13 ni.
Dah lama nak buat review tapi tak berkesempatan.
So, inilah masanya kalau KM nak buat pun.
Korang nak tau tak KM sangat-sangat admire dengan beberapa blog ni.
Actually, mereka ada je dalam blogslist KM.
Yang mana hari-hari KM terjah masuk ke blog mereka semua tu.
Masalahnya di sini hanya 5 blog je yang KM kena senaraikan.
Jadinya silalah baca antara 5 yang terpilih ni ya.

1. The Kasih.
KM suka betul masuk blog kak filani.
Korang kenal kak fila? Kalau tak kenal, nanti rajin2 klik kat blogerratis nuffnang.
Kak fila ni tersenarai dalam list blogger nuffnang.
Macam mana KM boleh tersuka pulak kat blog kak fila ni?
Puncanya macam gini, KM sebenarnya tengah mencari hotel untuk percutian family KM.
Kononnya merancang nak tido kat Grand Lexis PD.
Dengarnya kat sana tempat cantik dan menarik, bilik siap ada pool private.
Tengah mengoogle kat pakcik google, nama kak fila ni ternaik sama dan terus KM click untuk baca kisah menarik dalam percutian dia orang.
Ya ampun sukanya KM baca kehidupan dia orang anak beranak yang hapening sangat.
Dengan kerenah the kasih yang diceritakan sorang2 tu, buat KM tertarik nak baca dan terus baca dengan gaya bahasa yang sangat santai.
Kalau korang nak tau, kak fila ni rajin share resepi. Banyak kali jugak nuffnang panggil dia buat live memasak hihi.
Siapa yang pergi jemputan hari raya nuffang hari tu mesti dapat jumpa kak fila tengah memasak.
Agak-agak kak fila baca tak review KM ni?
Kalau dia baca, terima kasihlah sebab sudi singgah ke blog picisan ni.
I admire u la kak fila.
Kalau ada rezeki, nak sangat jumpa kak fila tau.


2. Fatin Liyana
Sama jugak dengan fatin liyana.
KM suka masuk blog FL ni sebab kisah kehidupan dia sebagai doctor yang sangat menarik.
Kadang-kadang dia suka share resepi dia jugak. 
Haaaa salah satu resepi dia yang KM cuba adalah potato salad.
Sedap wei! Tak caya cuba try.
KM kagum dengan dia, walaupun sibuk dengan kehidupan dia tu tapi dia sempat jugak berbloging, bermodel, dan sekarang nampak dia lebih matang.
KM rasa kalau dia merawat pesakit, mesti pesakit akan jatuh hati dengan kecomelan dia haha.


3. Cik Epal
Sama jugak dengan cik epal yang kini dah jadi puan epal ya haha.
Cik epal ni pun blogger fames nuffnang jugak.
Gambo dia selalulah berlegar dekat promote content nuffnang.
KM suka sangat tengok kehidupan cik epal yang hapening ni.
Yang menarik perhatian KM sebab deme laki bini ni suka nau bergambar lompat terapung tu, haha.
Sekarang dia dah berumah tangga.
KM rasa suami isteri tu memang sama naiklah kegilaan mereka.
Cik epal ni pun rajin cuba resepi dan kalau korang nak tau, salah satu resepi yang KM cuba dari blog dia adalah resepi kek batik.
Sedap ko, kek batik tapi tak boleh buat selalu nanti jadi gebu gebas susah nak turun balik haha.
Terbaru KM dapat tau dia preggy kalau tak silap.
Tahniah buat cik epal yang comel cantik. Haha... dulu bergambar lompat berdua. Sekarang bergambar kena lompat sorang2 la ya. Hehe!


KM suka terjah blog encik Khir Khalid ni.
Banyak info issue semasa yang disediakan yang mana KM terlepas pun boleh korek kat sini.
Macam mana KM boleh tau blog encik Khir Khalid ni ya?
Haaaa... ingat dah! Kalau tak silap KM cari kisah yang dia cerita pasal highland tower kot.
Entah macam mana KM saja2 nak baca pasal highland tower sebab baru dapat tau kisah rupanya X MD tempat kerja pernah duduk situ dan pernah masuk dokumentari pasal highland tower runtuh tu.
Tengah godek2 terus jumpa blog Khir Khalid dan tu yang terus melekat jadi bloglist.
Jadi kekallah sampai sekarang sebab banyak info isu semasa yang KM suka baca.


Haaa blogger encik Hasrul Hassan ni pulak KM suka baca sebab banyak tips2 tentang blogging.
Blog encik HH ni memang sangat berguna untuk KM dan korang semua untuk rujuk.
Siapa yang masih baru dalam dunia blogging boleh terjah blog beliau.
Kadang-kadang sampai dah buntu sangat, KM tanya je dia macam mana nak selesaikan masalah kalau blog ada problem.
Isu2 semasa pun banyak diceritakan dalam blog beliau.
Tips2 melabur, affiliate dan macam2 lagi.
Kalau nak tahu banyak, korang tinjau blog dia dan baca ok.

Orait, banyak lagi blog yang KM suka baca tapi cabaran ni nak lima je.
Jadi tak payah pening kepala setakat ni KM mampu cerita.
Tunggu next cabaran pulak ya.
K bye!

11 comments

September 13, 2014 at 10:30 PM

singgah sini jenguk kak KM..hehe

September 13, 2014 at 11:50 PM

selamat malam akak~^^ suka juga baca blog fatin liyana :)

Anonymous
September 14, 2014 at 8:29 AM

kekeke kalau baca entry ni dari blogger lain majoriti kasi jawapan yang sama. aaargh sebab diorang ni memang famous pun and banyak share input yang orang ramai cari.

marilah kita brusaha nak jadi sefmous diorang

September 14, 2014 at 12:57 PM

suke singgah blog kak fateng..hihi... doktor comell... :D

September 14, 2014 at 8:55 PM

Alhamdulillah.. besar penghargaan KM bagi saya tu. T kasih. Semoga silaturrahim berkekalan dgn sepenuh keberkatan & semoga KM terus sukses mencapai segala yg dihajati... aamiin.. :)

September 14, 2014 at 9:04 PM

dulu dan kini, fatin liyana di hati.. hikhik. blog kak filla pun best gak. style menulis dia santai, best.. satu blog godek abis. haha

September 15, 2014 at 1:49 PM

salam. sy pun suka blog mereka :)

September 15, 2014 at 7:29 PM

Depa memang best:)

September 16, 2014 at 4:52 PM

jenguk jugak blog fl n cik epal

September 18, 2014 at 11:32 AM

ahaa..nanti boleh lah terjah blog dorang ni

October 23, 2014 at 11:53 AM

Nak terjah! Nak terjah! :D

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia