Ruang Iklan Untuk Disewa

Akhirnya Pakwan Tukar Juga Phone Baru.

Assalamualaikum,

Hai korang! Haaaa... tengah buat apa tu? KM nampak dari sini tau, haha!
Oklah, hari ni aku nak cerita pasal ayah zulaikha pulak.
Kisahnya pasal telefon bimbit je.
Erm... korang tau tak baru-baru ni pakwan merungut yang telefon dia kalau charge tak penuh-penuh.
Kalau korang tengok keadaannya memang kesian ler
Contoh macam gambar di bawah ni.
Mak datok hai, sampai jadi cenggini kome oi phone casing dia.
Phonce casing tu aku yang beli tau.
Tengok hijau tu pun korang boleh tau, tu maknanya akulah yang beli tu.
Dah macam baru lepas kena panggang dah aku tengok, haha.


Casing memang burok tapi handphone tetap lawo.
Cumanya tempat charger rosak je.
Tak daye asyik nak kena repair je gamaknya.
Sebab apa aku cakap cam gitu? Sebabnya sebelum ni pun phone tu ada masalah yang sama.
Masalah kat bahagian tempat charge tu.
Komponen dalam tu dah patah so memang langsung tak boleh masuk. (Amboi komponen kata ko)
Nampak tak kat situ betapa ganasnya pakwan guna?


Aku bila pakwan cakap asyik charge tak penuh2 tu mulalah risau.
Takut beterynya meletup je macam adik aku kena.
Tau-tau je dah kembung merekah sampai tercabut casing.
Yang kena pun handphone samsung jugak.

Jadinya aku pun bagilah cadangan.
"Kalau dah rosak tu, beli jelah baru. Tapi janganlah beli yang mahal. Beli sekadar untuk guna je."
Pakwan dengan machonya jawab.
"Alah, tak payahlah membazir, boleh pakai lagi ni. Cuma bahagian nak charge je rosak."
Aku pun jawab balik.
"Memanglah boleh pakai tapi masalahnya kalau dah bahagian charger tu rosak, cam ne abang nak guna??? Habis batery, padam macam tu je ler."
Pakwan diam kejap tak cakap apa. Baru nak terfikirlah tu.
Dahlah tempat kerja dia tu kena guna phone sentiasa.
Aku pun sambung cakap lagi.
"Kalau rasa benda tu perlu, abang beli jelah. Kalau rasa tak perlu, tak payah beli. Tapi kalau dah rosak cenggitu, baik tuko baru je. Tak guna jugak kalau asyik repair tapi tak ok-ok. Kalau rasa nak beli, kita pergi sekarang, petang karang boleh rasmi kat tempat kerja."
Nampak tak permainan kata-kata aku kat situ?
Aku phsyco je tu tapi tak sangka pulak termakan pujuk haha.
Muka pakwan masa tu berseri-seri je ko bila aku cakap cenggitu.

Petang tu jugak kami redah kedai phone.

Ya ampun... masa datang tu, mata aku pulak yang jadi rambang hahaha.
Aku nak yang ini, pakwan ambik yang tu! Aku nak yang sana tu, pakwan ambik yang sini!
*ni masalahnya pakwan yang nak beli ke aku yang nak beli ni? Mahirah! Jangan nak mengada!*
Nampak tak, aku yang terlebih excited dari pakwan?!
Hah! Tengah duk usha-usha, tetiba aku ternampak phone kemetot kat atas tu.
Serious, aku rasa kalau dapat kat aku tu, memang jahanam sudahnya.
Sekali duduk dah pecah kot hahaha!

Korang nampak tak anak dara aku dah start susun kerusi kat kedai tu?
Itu tandanya dia sudah bosan.
Haaa.. lepas ni siapa yang perlukan perkhidmatan mengemas bolehlah ambik tender dengan aku ya hahaha!
Okeh, aku dah merepek, sambung balik cerita tadi.
Pakwan tu sebenarnya nak cari screen beso macam samsung note 2 jugak.
Memandangkan kami main terjah je nak beli, jadinya kami terpaksalah ambil masa yang lama untuk fikir dan buat pilihan.
Kejap-kejap pakwan tanya aku, "Yang, yg ni ok tak? Ke yang ni lagi ok? Abang cam berkenan yang macam phone abah tu."
Jawapan aku? "I ok je semua ni bang."
Haha! Kesian dia, jawapan tak membantu langsung.
Sudahnya, pakwan pilih Lenovo A850 smartphone yang sama saiz macam note 2 dia.
Katanya puas sikit tengok mesej, besau-besau.
Dah dalam family aku, tiga orang gunakan telefon jenama yang sama dan siri yang sama hehe.

Aku suka cara saleman ni bercerita dengan kita orang.
Dia punya penjelasan lebih jelas dari salewomen yang handle abah aku dulu.
Macam cakap tak nak cakap je masa kita orang tanya.
Rezeki pakwan dapat saleman yang ok.

Ni cover kotak, telephonnya tengah setting, tengah charge.
Siap dapat free gift lagi ko, bahagianya hidup.
Nah sekarang barulah nampak muka pakwan ceria bila ada phone baru.
Tu la.., kalau dari dulu tukarkan dah settle masalah.
Ini tidak, nanti.. nanti.. nanti.. sampai bila nak nanti? 
Sampai dah nazak telefon tu sungguh2 baru nak tukar?
Huhu, oklah itu je nak cerita.
Daaa..



13 comments

September 23, 2014 at 9:23 AM

hijau dah xnampak hijao da KM..
hehehehe

September 23, 2014 at 9:25 AM

wow!! lenovo ker?

September 23, 2014 at 9:37 AM

wah wah
bergaya la pakwan dgn fon baru :)

September 23, 2014 at 9:45 AM

ala.. nama beli lenovo.. beli asus.. best gak tau. camera pun cantik.

entry terkini...Giveaway 2014 Mialiana.com

September 23, 2014 at 10:04 AM

wah-wah, akhirnya dapat jumpa gak hp baru ye... kalau dah selalu rosak, mmg kena beli baru la kan.

sekali ada emergency x memasal je. dan2 tu jugalah kang hp buat hal....

September 23, 2014 at 10:39 AM

sme la kite.. ibu yg nak beli kite yg eksaiteddd lebih. smpai penjual igt nadyya yg nak beli.hahahah

September 23, 2014 at 1:23 PM

Cik Mimie pun pengguna lenovo jugak :) heheh..senang hati pakwan dah skrg kn kak KM?

September 23, 2014 at 1:36 PM

bergaya dgn hp baru la lps ni..hehe

September 23, 2014 at 3:24 PM

ehh same jenis phone dgn adik anis la kak KM..hihi... akhirnye tukar jugak phone bru..hihi.. pandai kak KM psycho pakwan suruh tukar .. :P

September 23, 2014 at 6:00 PM

Hahha. kalau asyik rosak je, habis duit jugak. baik beli baru teruihh. hehe

September 23, 2014 at 10:49 PM

Wahh tahniah2.. :D :D

September 25, 2014 at 1:53 PM

Pakwan jenis sayang barang ye.
Bagus2..
Lagipun x membazir.

September 26, 2014 at 9:32 PM

berapa tahun usia phone yg lama tu km?

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia