Ruang Iklan Untuk Disewa

Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 5 (Akhir)

Assalamualaikum korang!

Haaa apa macam? Masih mood raya lagi ke? Aku nak update part akhir ni pun dah lemau sambil tisu kat tangan je haha! Bukannya sedih tapi selsema tahap gaban ni ha. Tekak dah perit dah ni.
Okay, kali ni memang betul-betul episod akhirlah sebab part 5 ni lepas beraya kita orang terus balik sepang. Konon-konon tak nak kena jemmedlah kan, sekali haaaa hambik ko, rupanya ramai yang dah gerak balik ya sebab Khamis tu ada yang dah kerja, kan?

Kampung Jana, 
Perak

Lepas sarapan pagi tu kita orang terus kemas-kemas homestay tu. Check apa yang patut, karang tertinggal memang takkan patah baliklah. Yang sedapnya, dah nak balik tu tetiba pulak remote TV hilang. Aish! Siapa pulak yang main ni. Macam biasalah, tanya Zulaikha dia kata tak tau. Cari punya cari bagai nak rak la selongkar celah sofa, akhirnya jumpa jugak. Kalau tak, jenuh kena ganti ko, haaa.


Sebelum kita orang gerak balik ke sepang, abang ajak beraya ke rumah sepupu dia yang aku panggil mak anjang. Memang rumah mak anjang ni kita orang tak boleh miss sebab kita orang banyak jasa dengan dia dari aku kana-kanak lagi. Kalau korang nak tau, mak anjang ni pernah jaga aku masa aku umur 5 tahun. Aku ingat lagi dulu-dulu aku nak ikut anak sulung dia pergi sekolah. Aku ingat lagi arwah abang Salihin dan arwah abang Kamal suka layan aku bermain. Dia orang dah anggap aku macam adik beradik sendiri.


Yang sedihnya raya 4 tahun lepas adalah raya terakhir aku jumpa arwah abang Salihin dan arwah abang Kamal.

Kalau kenang balik memang sedihlah sebab satu-satu Allah tarik anak mak anjang ni tapi yalah, Allah lebih menyayangi anak-anaknya. Arwah abang Salihin meninggal sebab jantung. Tengah drive balik ke kampung isteri dia masa tu tetiba pengsan dan terus meninggal. Manakala arwah abang Kamal pulak meninggal kemalangan digilis treler kat Klang kalau tak silap akulah sebab pernah masuk paper dulu. Itu pun masa bulan puasa.

Ni aku dukung cucu ke tiga mak anjang. Anak abang Ariff.
Abang Ariff ni the only anak lelaki yang tinggal dlm keluarga mak anjang.

Memang mak dia terduduk sekejap. Kalau bukak cerita pasal arwah-arwah ni, memang lemah longlai dan sedih. Tapi tulah, Allah lebih menyayangi anak-anak dia. Cuma sekarang alhamdulillah, mak anjang dah redha dengan pemergian anak-anaknya. Arwah-arwah memang anak-anak yang baik dan dengar kata. Aku akui sebab aku membesar sama dengan dia orang. Mak anjang ni dulu mengasuh aku. Masa datang beraya ni pun nampak je strong tapi sebenarnya terkesan jugak kat hati mak anjang dengan kehilangan anak-anaknya. Lagi pulak abang Salihin tinggalkan waris tunggal, cucu untuk dia. Lagilah mak anjang rasa sedih sebab duduk sebelah rumah je dan terbayang-bayang kewujudan arwah.


Okay, ni iklan ya.
Mak anjang aku ni ada buat business rempah masakan. Contohnya dia ada jual serbuk kari ayam dan daging, serbuk kari ikan, serbuk sambal tumis dan serbuk sup. Aku dah try tau serbuk masakan yang mak anjang buat sendiri ni memang sedap giler. Dia dicommercialkan kat perak, tempat dia je rasanya.

Masa datang raya baru ni, memang rezeki mak anjanglah pak wan borong dekat 10 kotak untuk stok kita orang. Sekotak kecil kat atas tu ada dua sachet dalamnya. So boleh buat dua kali masakan. Haaaa... bila dah ada paket serbuk rempah macam ni, memang senanglah untuk orang-orang bujang macam korang nak memasak. Sebab tu pakwan suka sangat beli serbuk masakan ni.

Kalau korang berminat nak order dan try, boleh order kat aku.
Tag line promot : Masak cepat dan mudah, *cewah!*
1.Serbuk Sambal Tumis, Malaysian Blend, 1 paket untuk makan 5-6 orang
2.Serbuk Kari Ikan, Malaysian Blend, 1 paket untuk makan 5.6 orang
3.Serbuk Sup, Malysian Blend, 1 paket untuk makan 5-6 orang
4.Serbuk Kari Ayam dan Daging, Malaysian Blend, 1 paket untuk makan 5-6 orang
Harga : RM5.50 sekotak


Okay, tutup cerita beraya kat rumah sepupu abah aku. Lepas tu kita orang beraya kat rumah pak andak pulak. Haaaa... sambil beraya, sambil melawat anaknya yang baru terima kehadiran orang baru. Tu dalam pantang tu. Geram je tengok nak dukung baby tapi tengah tido kat pangku mak tok dia pulak. Korang tengoklah si Zulaikha tu, duk tenung pelik kat adik sebab botak semacam. Korang tau dia boleh bisik apa kat aku masa hari tu?

Mama-mama, kita tak nak adik botak macam ni. Kita nak adik yang ada rambut macam tadi tu.
Haaaaa makna kata cucu mak anjanglah tu maksud dia. Mentang-mentang budak ni botak, ada hati nak pilih-pilih adik. Ingat senang orang nak bagi dia agaknya? Haha... begitulah pertama kali Zulaikha tengok budak botak ya. Dia tak tau, kalau ada adik besok pun adik dia kena botak macam ni hahaha.

Ni borak-borak antara mak tok dan mak tok

Yang ni berborak antara tok abah dan tok abah


Yang ni pulak berorak antara menantu sepupu dengan menantu sepupu.
Pak wan kalau dapat gang peramah, dia okay ja. Cuba kalau dapat gang tak peramah, mati kutu kalau tak bercakap.
Aku pulak ambil peluang berborak dengan sepupu aku yang baru bersalin tu. Hai, tengok orang ada baby baru, geramnyalah. Huhu...


Last but not least, rumah mami Laili atau mak tam. Ini kakak abah aku. Rumah ni wajib singgah sebab abah memang rapat dengan kakak dia mami Laili ni. Anak dia yang abang lan tu agen unit trust. Isterinya orang new zealend tapi dah fasih bahasa melayu mengalahkan kita haha. Sangat peramah dan lembut orangnya. Jadi aku pun tak kekok nak bercerita. Aku kalau nak tanya apa-apa info pasal hartanah atau apa yang berkaitan dengan pelaburan, memang suka rujuk dengan sepupu aku ni sebab dia banyak info.

Korang tengoklah ni gaya aku bercerita pun dah lemau haha. Masa ni kita orang tengah tunggu abah solat kat atas. Lamanya wei. Aku sampai tertido kat sofa. Pak wan dah lepak kat buaian luar. Dalam jam 5:30pm macam tu kita orang pun gerak balik ke Sepang. Sampai dalam jam 11 malam kat rumah. Penat toksah cakaplah. Balik mandi terus terbongkak tido.

Begitulah akhirnya kisah balik kampung aku hihi. Belum lagi sambung part beraya kat rumah kaum kerabat pak wan kat kampung. Korang taulah orang jawa punya style. Selagi ada pakcik makcik punya rumah, selagi tu semua rumah dia nak beraya. Meriah ko family pak wan. Kalah family aku ni ha.

Okaylah, itu je nak cerita.

THE END

Bye!

28 comments

August 7, 2014 at 12:14 PM

hahahahha..request zulaikha xboleh blah...naseb die tak cakap nak adik mata biru, hidung mancung, rambut blonde..lagi payah kang..

August 7, 2014 at 12:52 PM

itulah pasal hahaha =))

August 7, 2014 at 1:27 PM

heheh...sempat lg promote yeeee

August 7, 2014 at 1:55 PM

Meriahnya! aina pon raya perak jugak tahun ni, raya 1-3 pulak dah macam kenangan pahit sebab diarrhea uhuhuu...

Mai sini sirambotmaggi.blogspot.com

August 7, 2014 at 2:30 PM

Tumpang sedih cerita mak anjang.
Moga beliau tabah.
Akak dah ok ke selsema tu?

August 7, 2014 at 2:55 PM

:) saje tolong orang...

August 7, 2014 at 2:56 PM

akak pon perut meragam petang raya pertama...huhu

August 7, 2014 at 2:57 PM

dah ok sikit tp tekak masih perit..

August 7, 2014 at 3:18 PM

Time raya, antara perkara yang tak dapat dilupakan adalah mengingati saudara atau sahabat handai yang dah takde..Bila berkumpul, mulalah bercerita tentang arwah..sangat sedih dan pilu..

August 7, 2014 at 3:28 PM

betul... sedih sgt... ;(

August 7, 2014 at 3:54 PM

meriahh ekk. .

bila ade sedara da tiada terasa sayu jugak. teringat pulak arwah makcik meninggal. xlama tuu anaknya nk kawen,.. dia lupa mak dia da tkde siap ckp kat akak dia "cuba tanya mak kat depan" makcik2 die dengar ponn sayu je..

August 7, 2014 at 5:04 PM

KM nampak muda je..cam student IPT. hehe.kesian mak anjang ye..

August 7, 2014 at 6:17 PM

kesiannya dekat mak anjang. siapalah yang tak terkesan kan. lagi2 dua anak dah tak ada. tapi macam akak KM cakaplah. ALLAH lagi sayang mereka. kita pun x boleh nak buat apa.

wah-wah Zulaikha, nasib baik dia perempuan. kalau lelaki, botakkan je la kepala dia sekali. hehehe.. jangan marah. ^^

semoga cepat sembuh kak. :)

August 7, 2014 at 6:17 PM

Boleh tempah ni. hehe.

August 7, 2014 at 6:18 PM

kesiannya. memang terlalu happy sangat sampai dia terasa macam ada bayang-bayang mak sendiri dekat situ agaknya kan.

August 7, 2014 at 7:14 PM

kesian mak anjang..tp Allah lebih sygkan anak anak die kan...wah mak anjang de jual rempah jugak eh.

August 7, 2014 at 8:01 PM

yelah.. kesiannya.. ;(

August 7, 2014 at 8:11 PM

Nampak muda cam student IPT? Alamak... :-) baru masuk 3 siri sal...

Tagline promote : *gunalah safi rania gold* ngeeeee (poyo tak :p )

August 7, 2014 at 8:12 PM

haaa... itula pasal... klu anak lelaki, akak botakkan je senang hahaha :)

alhamdulillah... feel better now...

August 7, 2014 at 8:13 PM

sila... sila... :)

August 7, 2014 at 8:13 PM

ya mimi, mak anjang ada jual rempah... :)

August 7, 2014 at 9:20 PM

Selamat hari raya KM, Baru masuk 3 series patutlah still nampak cute so perlu panggil akak Jm lah :-)

August 7, 2014 at 10:29 PM

selamat hari raya kak JM... KM rasa mcm KM paling tua kat sini tu yg bahasakan diri akak hehe... :)

August 8, 2014 at 9:35 AM

Sedihnya kat mak anjang.. mesti sedih yang teramatnya, tapi mak anjang seorang yang tabah kan? ermm pandai mak anjang buat bisnes rempah2 nih..boleh cuba nih..

tetiba teringat kat arwah sepupu yang meninggal sbb eksiden dan arwah pak ngah ngan mak ngah yang meninggal sebab sakit..

August 8, 2014 at 11:17 AM

itulah... kita yg ada lagi ni sedekahkan je al fathiah.. :)

August 8, 2014 at 11:18 AM

kenapa KM guna icon senyum plak ni... patut icon sedih... adoi salah tekan... (p)

August 10, 2014 at 12:07 AM

Hari Raya memang waktu terbaik untuk kunjung mengunjung dan kekalkan selapas raya.
Banyak perkara yang dapat dikongsi bersama kan KM

August 10, 2014 at 10:11 PM

Try minum sunquick suam buat pekat2.
Unless ada bengkak.. Yang ni baru kene start antibiotic.

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia