Ruang Iklan Untuk Disewa

Kisah Kena Gangguan, Baru tau Ada Yang Ikut Balik

Assalamualaikum,

Sejak kahwin sampailah sekarang ni, aku tak pernah tau pun yang kat area rumah mertua aku tu ada penunggu setia yang dah berkurun lamanya sejak nenek moyang mereka ada dulu. Yang syoknya, tuan rumah sendiri pun tak tau cerita yang area rumah mereka ada penunggu yang dah berkurun lamanya duduk situ. Sesekali aku datang rumah kampung tu pun ada jugak terasa macam ada orang memerhati. Sampai aku jadi tak selesa nak tidur kat rumah tu. Ingat lagi seminggu lepas kahwin je kita orang gigih cari rumah lain. Sanggup hidup sendiri dari duduk rumah mertua yang dalam keadaan macam tu haha.

Aku dah lama perasan. Yang paling ketara sejak dapat anak dulu, anak aku si Zulaikha tu asyik kena usik je memanjang. Asal balik je dari rumah kampung tu mesti dia menangis sakan kat rumah kami. Adoi, letih wooo nak hadle budak nangis yang kita pun tak tau puncanya. Budak ni pulak jenis menangis yang macam kena pukul. Aku naik cuaklah bila tengok dia meneran suara. Aku bacakan macam-macam surah untuk dia. Masa dulu aku tak tau pun ada gabungan surah ruqyah. Tapi alhamdulillah, ada hikmahnya Allah bagi dugaan pada keluarga kami melalui anak ni. Dari sini barulah aku tau ada surah2 pendinding yang boleh di amalkan di rumah.

Okay, berbalik pada cerita tadi. Satu hari tu, di waktu magrib yang indah, aku pasang oasis seperti biasa. Waktu ni Zulaikha 2 tahun setengah kot. Aku tau oasis ada satu zikir yang mana kalau syaitan dengar memang dia terbakolah. Tiba-tiba Zulaikha datang depan TV sambil menangis ketakutan. Dia cakap "Mama! Mama! Utup! Utup! Dia akut! Mama dia akut!" Pelat2 dia cakap kat aku. Ya Allah, berderau jantung aku wei. Siapa yang dia cakap takut tu wei? Takut bila dengar zikir-zikir kat oasis pulak tu. Aku telefon encik suami yang masa tu tengah kerja, mintak pendapat. Telefon mak dan abah jugak untuk mintak pendapat. Lastly, dia orang cakap bawak darusyifaq BBST. Dekat je dengan rumah kami.

Next day kita orang bawak ke darusyifaq. Dalam pada tu tawakal jelah pada Allah. Kalau kat rumah dia selalu cakap takut, takut dan takut. Aku nak solat pun dia duduk kat sebelah aku. Apa yang dia takut pun aku tak tau. Yalah, kita tak nampak. Only budak kecik je yang biasa nampak. Waktu tu aku perasan jugak dalam rumah aku tu selalu bunyi guli, bunyi budak berlari, bunyi macam2 kat siling tapi aku abaikan. Cuma aku tersedar bila sampai ke 2-3 pagi masih bunyi budak main guli, berlari2 tu aku dah terfikir mesti ada sesuatu dalam rumah aku. Takkanlah pulak tengah malam buta ada budak berlari2 sambil main guli? Pelik!

Berbalik pada ke darussyifaq. Sementara nak tunggu giliran tu macam-macamlah kami dengar orang ada saka berubah suara. Tiga anak dara tersampuk sebab saka berpindah randah. Ya Allah seriau tengok wei bila tau benda tu suka berpindah randah. Malam tu memang ramai pesakit yang datang berubat. Kena kuat semangat sikit bila tersaksikan mereka yang kena rasuk. Sehinggalah datang 4 anak dara untuk berubat. Kalau tengok dari segi fizikal anak dara tu memang nampak sihat, tapi bila Zulaikha toleh ke anak dara tu, dia terus jadi takut. Memang nampak pucat muka Zulaikha takut kat anak dara tu. Masa tu aku tak terfikirlah yang Zulaikha boleh nampak apa yang anak-anak dara tu bawa.

Nak tau, Zulaikha pandang je 4 anak dara tu, muka dia terus berubah takut dan nampak cuak. Zulaikha terus cakap kat aku "Mama... akut... akut..." muka nak nangis sambil pandang 4 orang anak dara tadi. Aku dengar dan pelik jugak, apa yang dia takut sebab aku tengok budak 4 orang tu okay je macam manusia biasa. Tapi betullah anugerah melihat benda halus ni biasa budak2 je boleh nampak. Aku pun peluklah dia. Suami pun suruh aku bawa Zulaikha depan TV yang mana surah gabungan ruqyah sedang di mainkan. Kat situ kami suami isteri dah tau yang mata anak aku tidak berhijab.

Giliran kami yang terakhir. Masa tu dah nak dekat Jam 12am. Gelisah tak payah cakaplah sebab macam2 pesakit kita orang nampak keluar masuk bilik tu. Sampailah turn anak dara 4 orang tu masuk. Yang sakitnya 1 orang je. Yang lagi 3 orang tu tolong temankan je. Bila start je berubat, Ya Allah, menjerit2 anak dara yg ada saka tu kena rasuk. Dan sakanya ada 3 suara ya. Dalam 4 orang tu, 1 orang je sakit. 1 orang lagi memang kuat semangat. 2 orang lagi tak kuat semangat dan terus keluar. Saka tu marah kat budak 3 orang yang bawa budak 1 orang yang ada saka tu pergi jumpa ustaz, then terus saka tu berpindah kat lagi 2 orang anak dara yang lemah semangat tu. Ya Allah, depan mata aku, suami dan anak berlaku kejadian tu. Waktu tu aku tak fikir diri aku tapi aku fikirkan anak aku. Apa2 aku kena selamatkan anak aku huhu.

Lepas dah selesai 4 anak dara tu. Masing2 bertenang. Tapi belum balik sebab ustaz nak pantau sebab sekali 3 orang serentak kena rasuk. Mereka kena di asingkan. Dah lama tu barulah nama Zulaikha di panggil ustaz. Masuk je dalam, ustaz mohon maaf sebab ini pertama kali terjadi rasukan sekali 3 orang serentak. Nampak dia orang amat penat nak handle. Kemudian beliau tanya apa masalah dengan Zulaikha ni? Aku pun ceritalah masalah Zulaikha dari A to Z. Bila dah faham, ustaz buka 3 botol air yang kami beli dan mulakan bacaan surah. Kemudian berterusan sambil usap kedua belah kening Zulaikha.

Bila dah selesai, ustaz pun explain. Belum serius lagi. Katanya yang ganggu Zulaikha ni makhluk kecil lebih kurang baya2 Zulaikha je. Dia nak cuba berkawan. Yang pasal Zulaikha cakap "Dia takut... dia takut..." bila dengar oasis tu benda makhluk tulah yang pesan melalui dia. Berderau darah aku dengar. Yang ustaz usap ke dua belah kening dia tu untuk tutup semula hijab mata dia supaya lepas ni dia tak nampak lagi makhluk tu. Aku perasan, sebelum ni pun selalu jugak Zulaikha tunjuk kat bilik tu dia takut, kat dapur dia takut, kat toilet tak yah cakaplah, lagi dia takut. Rupanya benda tu ada kat tempat2 yang dia selalu cakap takut nak pergi sorang2.

Erm... pesanan ustaz, aku kena sentiasa dengan Zulaikha supaya makhluk tu tak tarik dia sikit2 untuk dibuat kawan. Kalau dah jadi kawan, lagi payah nak berubat. Jadi, ustaz pun ajar kami macam mana nak pagar rumah dan halau benda tu dengan cara baik ya. Bukan kasar2 sebab makhluk tu pun makhluk Allah.

Cara-caranya (Ni cara basic dan ringkas dan mudah ingat):
Baca surah yassin sampai ayat 9, kemudian renjiskan air yang dah di baca ustaz (surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) dengan bacaan yang betul) tadi pada 4 penjuru rumah dan bermula dengan sebelah kanan kita. Contoh, kalau kita mula dari pintu rumah, so tamat pun kat pintu rumah juga. Air tu kalau terkena dekat makhluk tu mungkin akan buat dia panas. Mesti buat waktu asar sebelum masuk maghrib sebab waktu ni syaitan mula berkeliaran. Kemudian bacakan yassin 3 malam berturut2 kat rumah. Kalau boleh bacalah kuat2. Kemudian balance air tu kena mandikan Zulaikha waktu asar sebelum maghrib dengan selawat ke atas nabi s.a.w. Al-fatihah, surah 3 kul dan ayat qursi. Kena buat 3 hari berturut2 juga.

Pesan ustaz, jangan keluar malam bawa budak. Jangan balik rumah dekat2 senja. Mungkin ada yang ikut balik. Jangan ambil anak dekat2 senja. Kalau masuk rumah bagi salam dulu. Aku pasangkan sekali oasis dan juga gabungan surah ruqyah dekat tab max volume. Satu rumah boleh dengar. Pengalaman masa pagar rumah tu, memang ada sedikit rasa meremang dan seolah sedang diperhatikan. Huhu, cuma aku kuatkan semangat demi anak aku je. Masa hari pertama buat tu, dia masih duk ada lagi berlari2 kat siling rumah. Bunyi macam tak tenteram je. Bila aku kuatkan gabungan surah ruqyah tu, laluan bunyi budak berlari kat siling tu seolah2 menuju ke arah pintu rumah kami dan keluar terus senyap sampailah sekarang. Alhamdulillah...

Perkara yang berterusan kami buat, baca al-quran sekurang-kurangnya satu helai muka surat setiap hari. Yang penting rumah kita tak sunyi dari ayat-ayat suci al-quran. Hari khamis, bacakan yassin. InsyaAllah mahkluk tu akan pergi dengan sendiri bila dia rasa panas dalam rumah kita. Dan sebenarnya kita sendiri boleh pagar rumah kita dan tak payah panggil ustaz pun. Hanya berpandukan apa yang ustaz ajar je. Yang penting yakin pada Allah.

Aduhai, kalau diingat balik, rasa tak tenteram dengan gangguan tu. Kesian anak aku, bawah mata sampai lebam. Now alhamdulillah dah ok. Aku ajar Zulaikha baca surah basic 3 kul dan al fatihah untuk pendinding diri dia. Then slow2 aku ajar dia ayatul qursi. Tak ada dah cakap takut, takut tu.

Kat sini aku akan sharekan link yang boleh korang buat rujukan macam mana cara nak pagar rumah dari gangguan makhluk halus. Ianya ada pelbagai cara untuk pagarkan rumah tapi basicnya masih sama. Dalam link ni dia akan cerita lebih detail dari apa yang ustaz tu ajar kami dan korang boleh pilih :

1. http://www.kasturisyifa.com/gangguan-makhluk-halus-di-rumah/
2. http://www.slideshare.net/usakinahsaptu/pagar-diri-dan-rumah-menurut-al
3. http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2011/06/satu-kaedah-memagar-rumah-dan-kawasan.html
4. http://uhanif.blogspot.com/2013/05/tips-memagar-diri-atau-rumah-dari.html

p/s : Apa yang berlaku kat rumah mertua aku tu? Haha... nak tau cerita selanjutnya, korang tunggu aku buat entry baru. Yang ni lebih suspen sikit sebab aku kena ingat satu-satu kejadian yang menimpa keluarga mertua aku awal tahun ni. Tunggu ya...


4 comments

June 24, 2014 at 5:58 PM

Fuhhh seriau ira baca..ira pon jenis keluar rumah xkira masa ni...berbekalkan ayat kursi bila nak masuk rumah...risau benda2 camni..

June 24, 2014 at 6:27 PM

Huhu... dulu pun saya jenis keluar rumah tak kira masa, tp sejak anak kena usik ni, saya balik setengah jam sebelum magrib. Boleh nak keluar malam tapi balik waktu selepas isyak. Jangan time magrib...

June 25, 2014 at 12:37 AM

Masa masih sekolah mak selalu pesan amalkan baca ayatul Qursi keluar dan masuk rumah. Yang paling penting jangan takut. yakin Allah ada bersama kita.

June 25, 2014 at 8:10 AM

Betul tu, ayatul qursi pendinding diri terbaik...

Post a Comment

Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia